Pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad baru-baru ini difahamkan sedang giat merealisasikan hasrat mulia untuk menjadikan rumah pusaka keluarganya di Mambau, Negeri Sembilan sebagai sebuah madrasah.
Menurut Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad (42), projek pembinaan madrasah yang dibangunkan atas tanah seluas satu ekar setengah itu akan merangkumi penempatan bagi ustaz, para pelajar dan ruang untuk aktiviti pengajian agama.
Selain itu, kos pembangunan semula kediaman tersebut dianggarkan mencecah RM500,000 dan setakat ini Nabil membiayai sendiri projek tersebut namun beliau turut mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai.
Kredit foto: Tiktok Nabil Ahmad
“Sekarang ini saya biayai sendiri tempat pembinaan itu tetapi InsyaAllah nanti saya akan buka kepada sesiapa yang ingin turut serta,” katanya.
Ads
“Apabila saya uar-uarkan saya mahu buka madrasah ramai yang mesej saya mahu turut serta,” kongsi Nabil.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa niat untuk membina madrasah itu lahir daripada hasrat ibunya, Rohaizah Abdul Latiff yang kini sudah lapan tahun menjalani rawatan dialisis.
“Ibu saya sering tanya mengenai madrasah. Dia juga risau sebab sudah tua jadi dia mahu buat bekalan untuk akhirat. Saya tengah cuba secepat mungkin untuk memulakan pembinaan madrasah ini,” ujarnya lagi.
Ads
Nabil bersama ibu dan adik beradiknya (Kredit foto: Mingguan Wanita)
Pada masa yang sama, hos rancangan MeleTOP itu juga berusaha untuk mempercepat segala urusan supaya ibu kesayangannya dapat menyaksikan proses tersebut dengan mata sendiri.
“Impian saya kalau boleh mahu ibu lihat proses pembinaan sendiri. Jika umur dia panjang, saya nak dia tengok sampai madrasah itu didiami pelajar dan siap sepenuhnya,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Nabil pernah menyuarakan niatnya untuk mengubah rumah peninggalan keluarganya menjadi pusat pengajian ilmu Islam. Beliau juga sempat berkongsi kenangan membesar di rumah tersebut bersama keluarga tersayang, menjadikan projek ini lebih bermakna buat dirinya.
Intihanya, projek dan niat murni ini bukan sahaja simbol kasih sayang Nabil terhadap ibunya, tetapi ia juga satu usaha berimpak tinggi dalam menyumbang kepada perkembangan ilmu agama dan kemudahan pembelajaran untuk masyarakat setempat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem legend Charlie’s Angel yang yang terakhir ditayangkan kira-kira 16 tahun lalu dan sekali lagi filem aksi perisik wanita handal ini bakal menemui penonton dengan aksi yang lebih mantap gandingan lakonan dari pelakon hebat termasuklah Kristen Stewart, Naomi Scott, Ella Balinska, Elizabeth Banks, Sam Claflin dan Djimon Hounsou.
Para angels yang dulunya dibintangi oleh Cameron Diaz, Drew Barrymore dan Lucy Liu kini digantikan oleh Kristen Stewart (Sabina), Naomi Scott (Elena) dan Ella Balinska (Jane). Diarahkan oleh Elizabeth Banks, Charlie’s Angel akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 14 November 2019.
Filem ini mengisahkan tentang tiga angels yang bergabung dalam Townsend Agency untuk menggendalikan satu kes berat. Dalam Charlie’s Angels 2019 kali ini mereka akan beraksi untuk melindungi dunia kerana adanya teknologi berbahaya.
Kehebatan aksi tiga wanita cantik itu harus diberi pujian kerana berjaya menghidupkan watak perisik yang licik dan bertenaga. Tidak hanya berbekalkan wajah jelita, nyata tiga pelakon wanita ini mampu memberikan sepenuh tenaga untuk tampil dalam filem bergenre aksi.
Jalan ceritanya sarat dengan aksi juga membuatkan penonton tidak sempat untuk berasa bosan atau mengantuk. Mana tidaknya, belum pun 10 minit filem ini bermula, sudah ada babak berlawan.
Plot filem ini tersusun cantik dan straight forward, jadi korang tak perlulah nak berkerut dahi memikirkan apa sebenarnya yang terjadi.
Cuma..
Kami suka bila ada babak ‘twist’ yang diselitkan dalam filem ini. Rasa macam puas hati la bila tengok ending movie ni. Hiks!
Nah, tak syok la kalau kami nak cerita panjang. Korang kena tonton sendiri filem ini di pawagam nanti. Confirm berbaloi! Serius, tak tipu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau hendak diikutkan dengan peredaran zaman kini, memang banyak haiwan peliharaan menjadi popular dengan memiliki akaun Instagram sendiri. Pastinya pemilik mereka adalah ‘mastermind’ di sebalik akaun itu.
Berbeza dengan kucing yang seekor ini, Gli, yang popular dek kecomelannya dan merupakan residen tetap bangunan bersejarah di dunia, Hagia Sophia yang terletak di Turki.
Meski pun tidak bertuan namun Gli cukup popular media sosial, kucing tidak bertuan ini popular di kalangan pelancong asing dan tempatan yang tidak melepaskan peluang bergambar dengannya. Namun kini kelibatnya tiada lagi.
Mati pada usia 16 tahun kerana tua, kehilangan Gli pasti menjadi kesedihan dan kenangan buat semua penduduk serta pelancing yang pernah mengunjungi Hagia Sophia sementelah lokasi itu kini telah dibuka untuk tujuan menunaikan solat bagi umat Islam.
Berita kematian kucing ikonik Turki ini disampaikan sendiri oleh gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya menerusi kicauan di laman Twitter beliau. Menurutnya di dalam kicauan itu, “Kucing Hagia Sophia, Gli yang telah dirawat di klinik veterinar daerah Levent sejak 24 September lalu mati kerana usianya yang tua. Kami tidak akan pernah melupakanmu Gli.”
Seperti yang kita tahu, Istanbul adalah antara bandar yang sangat mesra haiwan terutamanya kucing dan juga anjing. Setiap haiwan yang tidak bertuan dijaga dengan baik bahkan mereka menerima rawatan dari semasa ke semasa oleh jabatan veterinar.
Sumber : Twitter Ali Yerlikaya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun kita hidup di era yang serba kecukupan dengan kecanggihan teknologi seperti sekarang, namun dalam kepercayaan masyarakat nusantara seperti di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan beberapa lagi. Masih ada yang menggunakan khidmat alam ‘sebelah’ bagi mendapatkan keuntungan dan kejayaan.
Contohnya, kini jika kita ingin melariskan produk atau perkhidmatan. Sudah pasti melalui pemasaran unik yang boleh dimuat naik ke media sosial pasti lebih mudah untuk digunakan. Kita cuma tunggu viral sampai orang beratursaja…
Kredit: CNN Indonesia
Tapi, pernah tak korang tertanya, ada lagi ke peniaga yang masih menggunakan ‘pelaris’ old school? Lebih lagi zaman kini…
Sudah tentulah ada! Diinspirasikan dari kisah nyata yang sangat dekat dengan masyarakat. Pengarah Indonesia, Hadrah Daeng Ratu kembali lagi dengan filem Menjelang Ajal selepas kejayaan Pemandi Jenazah Februari lalu.
Kredit: Trailer Menjelang Ajal
Menjelang Ajal adalah kisah seorang ibu tunggal yang mengalami sedikit kesulitan selepas pemergian suaminya. Disebabkan terpaksa mencari nafkah bagi mencukupkan keperluan seharian, ibu (Sekar) membuka warung makan bagi menyara kehidupan.
Pelaris adalah salah satu ‘bantuan’ yang dipilih Sekar sampailah dia tidak sedar bahawa hal itu bakal membawa kemudaratan kepada dirinya sendiri dan keluarga.
Satu demi satu malapetaka berlaku selepas kematian bomoh yang telah membantu Sekar mengikat perjanjian dengan syaitan itu tau! Bukan setakat itu, penonton juga perlu tahu bagaimana pengakhiran kisah seorang yang telah mensyirikkan tuhan melalui filem ini sebab bak kata orang don’t judge a book by it’s cover. Baik atau buruk, penonton boleh nilai sendiri.
Kredit: Rapi Film
Filem ini dilakonkan oleh barisan pelakon terkenal dan berbakat seperti Shareefa Daanish, Daffa Wardhana, Caitlin Halderman, dan ramai lagi. Ia juga mendapat sambutan hangat di negara asalnya, Indonesia dan kalau korang nak tahu. Menjelang Ajal bakal menyelubungi seluruh pawagam di Malaysia bermula pada 16 Mei ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!