Penerbit terkenal tanah air, Gayatri Su-Lin tampil mengulas mengenai hubungan baiknya dengan ibu Zul Ariffin, Allahyarham Robiah Nasir.
Berkata kepada Remaja, sejak kehilangan kedua orang tuanya, Gayatri yang lebih disapa Gaya menjadikan ibu aktor filem Sheriff: Narko Integriti itu sebagai tempat menumpang kasih.
“Jujurnya, saya dengan arwah ibu Zul sangat rapat. Saya sangat sayangkannya. Bila ibu dan ayah meninggal dunia, saya kadangkala terasa mahukan kehadiran sosok atau figura seorang ibu dalam hidup ini.
“la tidak bermaksud kita nak kongsi apa-apa pun. Tetapi kerana kita rindukan belaian dan kasih sayang daripada seorang ibu. Sebenarnya, saya ini anak manja. Masa ayah meninggal dunid, agak lama juga saya nak ‘pulih’ kerana dunia saya bagaikan tiba-tiba jadi gelap.
“Ada orang, dia senang melupakan, tetapi tidak bagi saya. Jadi, kepada ibu Zul lah saya jadikan tempat mengadu dan menumpang kasih,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan drama Restu di platform Iqiyi, semalam.
Ads
Selain itu, Gayatri turut menjawab status hubungannya bersama Zul, apabila menjadi tanda tanya ramai pihak.
Ujarnya, dia lebih selesa untuk tidak mengumumkan apa-apa dan berpegang kepada prinsip itu sejak dari awal mengenali pelakon berkenaan.
Ads
“Saya sudah biasa, dari dulu akan cakap perkara serupa. Kalau ada jodoh, ada. Kalau tiada, maka tidak ada. Saya ini seorang penerbit, bukannya bahan yang menarik untuk netizen bercerita.
“Mungkin mereka nak tahu hal ini dari Zul sebenarnya. Namun daripada saya sendiri, saya tak tidak akan komen,” tuturnya lagi.
Pada 1 Syawal lalu, Gayatri telah mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen apabila memuat naik foto dirinya beraya dengan Zul serta dua kakaknya.
Hal itu menyebabkan ramai berspekulasi bahawa Gayatri seolah-olah memberi bayangan bahawa dia dan Zul bakal bersatu sebagai pasangan suami isteri tidak lama lagi.
Kata Zul, arwah ibunya sudah menganggap Gayatri sebagai anak kandungnya sendiri dan sangat menyayanginya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Gayatri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini kami ada menyiarkan berita tentang beberapa team produksi drama di Korea terpaksa ditunda kerana salah ramai pelakon yang terlibat menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19. Sungguh, virus ini tidak mengenal mangsa dan risikonya juga tinggi lebih-lebih lagi jika dijangkiti pada golongan warga emas.
Terbaru, pengarah terkenal Kim Ki Duk dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19 semasa berada di Latvia, Eropah. Menurut sumber, pengarah itu tiba di Latvia pada pertengahan November dan dirawat di hospital kerana mengalami gejala koronavirus.
Kredit foto: The Week
Namun, rawatan yang dijalankan tidak berjaya dan dia meninggal dunia selepas dua hari dimasukkkan ke hospital.
Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar khususnya buat industri filem Korea kerana Kim Ki Duk merupakan satu-satunya pengarah di Korea Selatan yang memenangi ketiga-tiga festival filem utama di Eropah; Cannes, Venice dan Berlin.
Antara filem terkenal yang diarahkan olehnya termasuk 3-Iron, Samaria, Arirang, Spring, “Summer, Fall, Winter…and Spring” dan One on One.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa dan semoga masyarakat kita lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga SOP yang diarahkan.
Memang best lah ada tarikh cantik ni! 10.10!! Sebab apa?! Sebab ada promosi best guys!!
Berita baik untuk anda yang bergelar ‘food hunter’! Ini kerana bersempena 10/10, tiga jenama restauran popular ini telah membuat promosi terhebat bagi bulan Oktober 2019.
Bukan seperti hari biasa, sebaliknya promosi ini berlangsung untuk satu hari ini sahaja, oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun ini
IKEA Tawar Promosi 10 Biji Meatball RM3 Sahaja!
Kalau pergi ke gedung perabut IKEA, tak sah rasanya kalau tak pekena Swedish meatballs yang popular gila tu. Boleh dikatakan ramai yang datang ke sana untuk menikmati bebola daging tersebut dan bukan untuk beli barang IKEA.
Buat peminat meatball IKEA, jangan lepaskan promosi pada 10 Oktober ini dimana mereka menawarkan 10 biji Meatball dengan hanya RM3 sahaja.
Tapi perlu diingatkan harga tersebut hanya ditawarkan untuk ahli IKEA Family sahaja dan menariknya setiap pemegang kad hanya dihadkan untuk dua hidangan sahaja. Boleh la makan ramai-ramai. Tunggu apa lagi, daftar sebagai IKEA Family secara percuma sekarang. Tawaran ini sah di semua cawangan IKEA seluruh Malaysia.
McDonald’s McDelivery Flash Sale 10.10
McDonald’s pun keluarkan promosi hebat!! Tampil dengan promosi McDelivery Flash Sale 10.10 yang bermula dari 7 Oktober sehingga 16 Oktober 2019. Tawaran promosi yang hebat ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati RM10 diskaun semasa membeli 2x set McChicken, Fillet-O-Fish, Big Mac, Ayam Goreng McD atau mana-mana 7 pilihan makanan lain dan pelanggan akan menikmati RM10 diskaun!
Jadi korang yang McDonald’s lovers jangan lepaskan promosi hebat ini, apa yang perlu dilakukan hanyalah memesan makanan secara online dengan segera dan pilih mana-mana pilihan 2 set makanan yang di minati dan diskaun sebanyak RM10 akan di tolak kemudian tunggu makanan sampai di rumah! Serius mudah kan.
Cepat order McDelivery’s 10.10 Flash Sale sekarang!!
KFC 10.10
Siapa kat sini penggemar ayam goreng KFC. Ada berita baik untuk korang dari KFC. KFC ada buat offer RM10 untuk snack plate atau 2 piece combo meal untuk korang pada 10.10 iaitu esok hari. Promosi ni berjalan serentak di seluruh negara dan hanya sah untuk satu hari sahaja iaitu pada 10.10. 2019.
Macam mana cara nak dapatkan KFC RM10 ni?
Muat turun aplikasi KFC di telefon bimbit pintar.
Pilih menu Snack Plate atau kombo 2 ketul ayam di dalam aplikasi.
Masukan kod promosi “Tentastic” semasa hendak checkout.
Selesai dan nikmati ayam goreng dengan gembira!
Untuk makluman, promosi KFC pada 10 Oktober 2019 ini hanya boleh digunakan menerusi aplikasi KFC sahaja jadi, jangan lepaskan peluang. Muat turun aplikasi KFC hari ini dan dapatkan promosi ayam goreng KFC esok!
Jadi jangan lepaskan peluang untuk serbu promosi-promosi gempak dan berbaloi ini pada 10 Oktober 2019 ini dan dapatkan menu makanan yang di gemari dengan potongan harga yang sangat murah! Tak sabar rasanya penulis nak menunggu hari esok…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi K-Pop terkenal, Winter daripada kumpulan Aespa meraih perhatian apabila tampil dengan inisiatif kebajikan yang cukup menyentuh hati peminat di seluruh dunia. Tindakan penyanyi ini sekali lagi membuktikan bahawa pengaruh seorang selebriti bukan sekadar di atas pentas, tetapi juga mampu memberi impak besar kepada masyarakat.
Difahamkan, Winter atau nama sebenarnya Kim Min-jeong (25) telah menyumbangkan sejumlah 200 juta Korea Won, bersamaan kira-kira RM525,000, kepada dua organisasi berbeza iaitu UNICEF Korea dan Samsung Medical Center. Sumbangan tersebut diagihkan sama rata, masing-masing 100 juta Korea Won bagi menyokong golongan yang memerlukan.
Dana yang disalurkan kepada UNICEF Korea akan digunakan bagi membantu kanak-kanak yang terkesan akibat konflik dan bencana di seluruh dunia. Dalam masa sama, sumbangan kepada Samsung Medical Center pula disalurkan menerusi dana khas yang memberi bantuan rawatan kepada pesakit daripada keluarga kurang berkemampuan.
Menurut Winter, sumbangan tersebut dilakukan dengan harapan dapat mengembalikan semula kehidupan normal kepada mereka yang terjejas. Selain itu, keputusan untuk menderma juga lahir daripada rasa penghargaan terhadap peminat.
“Saya berharap mereka yang kehilangan kehidupan harian akibat pelbagai sebab di seluruh dunia dapat kembali kepada rutin yang aman secepat mungkin,” katanya.
“Saya membuat keputusan untuk menderma bagi berkongsi kasih sayang yang saya terima daripada peminat dengan cara yang lebih bermakna. Saya benar-benar berharap para pesakit dapat kembali menjalani kehidupan sihat seperti biasa,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Winter terlibat dalam aktiviti kebajikan. Sebelum ini, beliau pernah menyumbang 100 juta Korea Won bagi membantu mangsa kebakaran hutan di wilayah Gyeongsang dan Yeongnam, selain turut terlibat dalam usaha bantuan kecemasan di peringkat antarabangsa bersama ahli kumpulan Aespa yang lain.
Malah, sebahagian hasil konsert mereka juga pernah disalurkan untuk membantu mangsa kebakaran hutan di Los Angeles, Amerika Syarikat, menunjukkan komitmen berterusan kumpulan tersebut dalam menyokong isu kemanusiaan global.
Dalam perkembangan lain, Aespa dijangka akan meneruskan jelajah Asia ‘2025–26 Aespa Live Tour SYNK: aeXIS Line’ dengan persinggahan seterusnya di Jakarta, Indonesia pada 4 April ini, sekaligus mengekalkan momentum populariti mereka di peringkat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!