Jika hendak diikutkan, bermacam-macam dugaan yang terpaksa dilalui oleh pasangan sama cantik sama padan, Shila Amzah dan Muhammad Ubaidillah Mohd Zukfelfi atau lebih dikenali sebagai Ubai MZ sebelum tibanya hari bahagia mereka, 5 Ogos hari ini.
Paling menyayat hati tentunya pemergian ibu tercinta Ubai pada 30 Julai 2023, hanya seminggu sebelum mereka disatukan akibat penyakit barah.
Namun, rahsia jodoh dan kematian kekal berada di tangan Tuhan dan sebentar tadi, Ubai dan Shila sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Majlis yang dilangsungkan pada 10.27 pagi Sabtu itu menyaksikan pasangan yang muncul dalam persalinan serba putih rekaan Zaimi Zulkafli ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Amir Amzah Salleh atau ND Lala sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan Taman Tun Razak Ampang, Mohamad Khairi Hussein.
Ubai telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas lima oleh pihak pengantin perempuan. Manakala jumlah wang hantarannya pula dirahsiakan.
Ads
Sewaktu ditemui media ketika meninggalkan dewan akad nikah pagi ini, Ubai berkata dirinya bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaga dan menyayangi Shila sebagai isteri dan anaknya dari perkawinan pertama Shila, Seth Uwais Bin Haris.
“InsyaAllah saya akan jadi suami dan ayah yang baik kepada Nurshahila (dan Seth yang kini berusia empat tahun).
“(Majlis) yang sepatutnya Mak ada… itulah, ingat Mak sajalah. Tapi, kami ingat balik.. memang Mak hendak kami disatukan. Jadi syukur Alhamdulillah, hari ini kami disatukan dengan sekali lafaz.
Ads
“Sebaklah.. sebak. Sebab inilah yang Mak hendak,” katanya.
Soal berbulan madu pula, Ubai memaklumkan kekangan waktu kerja mereka berdua yang padat dan ditambah pula dengan urusan peribadi keluarga membuatkan sebarang perancangan bulan madu perlu ditangguhkan terlebih dahulu.
“Mungkin akan ada percutian pendek di dalam negara terlebih dahulu,” ulasnya.
Ads
Majlis akad nikah pada hari ini turut dihadiri beberapa rakan artis termasuklah Amylea Azizan, Jaclyn Victor, Fara Fauzana, Zara Zya, Jihan Muse dan Marsha Milan.
Tahniah Shila & Ubai! Semoga ikatan suci ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peristiwa ombak tsunami yang menghempas persisir pantai di Pulau Pinang 20 tahun lalu masih jelas dalam ingatan ibu bapa kepada seorang remaja yang terselamat daripada menjadi mangsa korban bencana.
Pasangan yang dikenali sebagai A. Suppiah dan L. Annalmary itu masih terkenangkan peristiwa mendebarkan di mana bayi mereka, S. Thulaashi yang pada waktu itu baru berusia 22 hari telah dihanyutkan ombak di Pantai Miami, Tanjung Bungah.
Gelombang ombak pertama dari Sumater ke Pulau Pinang dengan kelajuan 800 kilometer sejam telah ‘menarik’ Thulaashi yang nyenyak tidur di atas tilam di kafe keluarganya yang terletak berhampiran pantai.
Tidak lama kemudian, gelombang ombak kedua pula melanda Pulau Pinang dan ia telah ‘menghantar’ bayi itu semula ke kawasan pantai dengan selamat. Peristiwa tersebut hangat diperkatakan oleh media tempatan ketika itu sehingga menjadikan Thulaashi dikenali sebagai ‘Tsunami Miracle Baby’. Menariknya sepanjang kejadian itu, Thulaashi kekal tidur di atas tilamnya.
A. Suppiah dan L. Annalmary ketika ditemui oleh BERNAMA sempena ulang tahun bencana tsunami ke 20, semalam. Sumber: BERNAMA
Memetik laporan BERNAMA yang kembali menemui pasangan tersebut sempena ulang tahun bencana tsunami pada 26 Disember semalam, pasangan itu mengimbau semula bagaimana kedua-dua gelombang ombak itu berlaku selang 40 minit sahaja.
Ketika gelombang pertama datang, air di dalam bilik tempat Thulaashi tidur mencecah paras leher dan mereka cuba mencarinya.
40 minit kemudian ketika pasangan itu masih berusaha mencarinya, seorang lelaki Indonesia yang bekerja di sebuah tapak pembinaan tidak jauh dari situ berkata bayi mereka telah terdampar di atas tilamnya di pantai berhampiran.
Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 27 Disember 2019 ketika A. Suppiah dan S. Thulaashi (kiri) ditemu bual.
Terkini, Thulaasi sudahpun berusia 20 tahun dan bergelar mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perakaunan di Universiti Sains Malaysia (USM).
Manakala, A. Suppiah dan L. Annalmary sehingga kini masih mengusahakan kafe mereka di Pantai Miami, Tanjung Bungah. Sekali-sekala, Thulaasi akan pulang ke kafe yang menyimpan seribu satu memori itu untuk membantu keluarga.
Saban tahun ketika ulang tahun bencana tsunami, keluarga mereka akan mengadakan upacara sembahyang di persisir pantai dan amalan tradisi itu katanya akan terus dilakukan mereka sebagai tanda kesyukuran atas keajaiban yang berlaku.
Bagi korang yang meminati filem bergenre biografi muzikal, jangan lepaskan peluang untuk menonton sebuah filem biopik Elton John yang berjudul Rocketman.
Diarahkan oleh Dexter Fletcher, filem ini mengisahkan tentang perjalanan karier Elton John yang bermula di Royal Academy of Music sehinggalah beliau berjaya memberi pengaruh muziknya kepada peminat di seluruh dunia.
Watak penyanyi versatile yang pernah popular dengan lagu Sorry Seems To Be The Hardest Word ini dilakonkan oleh Taron Egerton bersama gandingan actor hebat lain seperti Jamie Bell, Richard Madden dan Bryce Dallas Howard.
Rocketman akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 25 Julai ini dan apa yang menariknya, macam biasa kami nak berikan pass masuk percuma untuk menonton filem hebat ini.
Jawab soalan mudah dan korang bakal memenagi pass masuk untuk dua orang ke tayangan Rocketman di seluruh pawagam Malaysia.
Pemenang akan diumumkan di ruangan mesej di Instagram dan korang perlu mengambil pass tersebut di alamat seperti yang tertera dibawah:
Nu Ideaktiv Sdn Bhd Lot 2, Jln Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
*Pass perlu di ambil dalam masa satu minggu selepas pemenang diumumkan mengikut waktu yang kami akan berikan nanti.
Good luck guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Rio Mikaela Zahri mungkin masih kedengaran canggung dalam kalangan peminat sukan tempatan.
Begitupun, langkah kanak-kanak berusia 10 tahun ini dalam arena sukan mula memberikan harapan untuk Malaysia mempunyai prodigi atlet tenis yang hebat pada masa hadapan.
Kebelakangan ini, Mikaela yang merupakan anak perempuan kepada jurulatih kecergasan popular, Kevin Zahri, berada pada prestasi yang cukup baik apabila satu-persatu kemenangan di gelanggang menjadi miliknya.
Sepanjang bertanding dalam jelajah Eropah, Mikaela meneruskan rentah kemenangan untuk pertandingan kategori Bawah 10 dan hanya tewas untuk hanya satu perlawanan sahaja sepanjang jelajah berkenaan.
Lebih memberangsangkan apabila Mikaela sedang berada pada kedudukan pemain nombor satu dalam liga U10 di Mallorca, Sepanyol anjuran Porto Cristo Tennis Academy.
Pada hujung minggu lalu pula, Mikaela kembali ke tanah air untuk menjulang trofi kemenangan di kejohanan Terbuka Junior Kuala Lumpur pula.
Sewaktu ditemui oleh portal Sinar Daily, Kevin kongsikan bahawa Mikaela berpeluang untuk mempelajari selok-belok sukan tenis daripada bekas pemain nombor satu dunia, Carlos Moya.
Ia secara tidak langsung menguatkan lagi semangatnya untuk mengambil serius sukan tenis sebagai satu kerjaya, suatu hari nanti.
Mikaela berpeluang bertemu dan mendapatkan kata-kata semangat daripada Carlos Moya.Mikaela bersama ayahnya, Kevin Zahri.
“Perjalanannya bukan mudah, tetapi dengan sokongan ahli keluarga, jurulatih dan peminat tenis, dia nekad untuk mencapai impian dan membuatkan Malaysia bangga,” kata Kevis.
Latihan Mikaela selepas ini katanya akan bertempat di Turki, Bosnia dan tentunya Mallorca, Sepanyol di mana dia akan terus memperbaiki skilnya dan mewakili Malaysia pada kejohanan tenis antarabangsa.
All the best, girl!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!