Terkini, komitmen peribadi yang tinggi terhadap amalan dermawan seperti pendidikan dan alam sekitar oleh Brahmal Vasudevan dan pasangannya Shanthi Kandiah membuahkan hasil.
Hal ini apabila mereka tersenarai dalam Wira Dermawan (Heroes of Philanthropy) 2022 Forbes Asia bersama 14 tokoh lain termasuk individu terkaya India Gautam Adani dan jutawan ekuiti swasta yang berpangkalan di Hong Kong, Jean Salata.
Brahmal Vasudevan dan Shanthi Kandiah tersenarai dalam edisi ke 16 ini selepas menunjukkan komitmen peribadi yang tinggi terhadap amalan dermawan seperti pendidikan dan alam sekitar.
Ads
Foto Via FMT
“Senarai itu menonjolkan dermawan yang menyumbang kekayaan mereka sendiri dan meluangkan masa serta perhatian secara peribadi kepada mana-mana pihak yang menjadi pilihan,” menurut Forbes Asia.
Vasudevan, 54, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma ekuiti swasta Creador yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan isterinya yang juga seorang peguam Shanthi Kandiah, 53, menyokong komuniti tempatan di Malaysia dan India melalui Yayasan Creador, sebuah syarikat bukan berdasarkan keuntungan yang diasaskan bersama pada 2018.
Pada Mei tahun ini, mereka berikrar untuk menderma RM50 juta bagi membantu membina hospital pengajar di kampus Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampar di Perak.
Ads
Pasangan itu membantu menambah pembiayaan setelah mengetahui UTAR hanya dapat mengumpulkan separuh daripada jumlah yang diperlukan untuk membina kemudahan itu. Kemudahan yang dijadual siap pada 2023 itu akan menyediakan penjagaan kesihatan pada kadar berpatutan.
Pada Mei, pasangan itu menderma £25 juta pound (RM133.6 juta) kepada Imperial College London – antara sumbangan terbesar dalam sejarah kolej itu – untuk mewujudkan Institute for Sustainable Aviation Brahmal Vasudevan yang bertujuan merintis teknologi bagi membantu industri penerbangan beralih kepada pencemaran sifar.
Menurut Forbes Asia, senarai itu tidak termasuk dermawan korporat, kecuali syarikat milik persendirian yang mana individu tersebut merupakan pemilik majoriti.
Ads
Apa-apa pun Remaja ingin mengucapkan tahniah buat pasangan ini kerana berjaya mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuaca di negara kita yang agak panas menjadi sebab kenapa pentingnya penggunaan penghawa dingin. Bila tiba waktu cuaca panas, kadangkala aircond dirumah sudah tidak terasa sejuk, dek kerana panas yang melampau atau penghawa dingin korang dah lama tak service.
Lagi-lagi bila kes harian Covid-19 meningkat dan kita mula berkerja dari rumah semula.
Foto Via Pexels
Rupanya mudah sahaja melakukan sesi service aircond ni, berikut merupakan perkongsian di laman Twitter tentang cara servis aircond sendiri di rumah hanya dengan modah RM25 sahaja.
Harini aku nak share kat korang cara nak servis aircond sendiri kat rumah. Bermodalkan RM25 ringgit jer kompom aircond korang yang kat rumah yang dah tak sejuk tu terus jadi macam baru.
Ada empat step yang mudah. Step easy dan mudah jer:
1. Buka cover aircond dan keluarkan filter. Make sure dah tutup switch aircond tau.
2. Spray cleaner ni dalam cooling fins/coils aircond tu.
Beli spray cleaner boleh dibeli di shopee je.
3. Biarkan dalam 10 minit, kotoran tu nanti akan keluar ikut paip belakang aircond. Tak perlu basuh ke apa dah.
4. Lepas 10 minit pasang balik filter dan cover aircond tu settle.
Amacam mudahkan tip yang dikongsikan ini? Selamat mencuba!
**Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kes haritu masih segar lagi dalam ingatan tapi jenama tudung popular buat hal lagi?
Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran penulis sejak isu ciplak rekaan tudung ini kembali viral dan ‘hangat’ di media sosial dan portal online.
Hal ini selepas tular seorang lelaki pengasas tudung menangis teresak- esak meluahkan rasa selepas kecewa dengan mendakwa rekaan miliknya telah ditiru oleh sebuah jenama tudung terkenal.
Menerusi perkongsian video di platform TikTok, Yusfariq Iqmal memberitahu dan mengetahui konsep dan idea serta hasil usaha kerasnya sejak dua tahun lalu diciplak oleh jenama besar tersebut.
Apa yang mengejutkan netizen, ini bukan kali pertama isu ini terjadi.
Tidak cukup di laman TikTok, pemuda ini turut memuat naik di laman Twitter
So tahun ni FOUNDER TUDUNG YANG HOBBY DIA CIPLAK IDEA SMALL BUSINESS ambik idea aku plak which is #BawalMagnetic by TheJasmine.Hq which own, designed & invented by me
Menurut pemuda berusia 26 tahun itu, dia berhempas pulas mengembangkan perniagaan tudung bawal ‘magnetic’ miliknya namun mendakwa jenama berkenaan senang-lenang mempergunakan idea orang lain.
“Senang-senang nak ambil idea aku. Dua tahun lebih aku cuba meyakinkan orang ramai, buat Research and development (R&D) sampai kemurungan.
“Apa yang pelanggan mengadu, aku cuba perbaiki. Tapi aku bersyukur akhirnya hasilkan benda ni. Founder jenama besar ni setiap tahun buat hal,” katanya.
Ini bukanlah kes pertama satu jenama ditiru secara bulat-bulat. Apa pendapat korang, patut tak jenama yang ‘meniru’ ini dikenakan tindakan undang-undang? Ataupun mereka juga orang berniaga yang mencari makan dan persamaan yang wujud itu hanyalah kebetulan?
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad telah mengeluarkan satu kenyataan menyeru umat Islam di negara ini supaya tidak menyertai program Festival Bon Odori yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai depan.
Sebelum ini boleh dikatakan setiap tahun pesta Bon Odori dianjurkan di Shah Alam dan sejak pandemik COVID-19 yang melanda negara dua tahun lalu, ia dihentikan sementara. Tahun ini, festival tersebut sekali lagi bakal menjadi antara acara terbesar di Shah Alam.
Datuk Idris Ahmad menyifatkan bahawa festival itu mengandungi unsur agama lain dan kerana itu juga umat Islam tidak digalakkan untuk menyertainya. Namun, hari ini Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan Datuk Idris Ahmad untuk hadir ke program itu supaya dapat memahami perbezaan antara agama dan budaya.
Sumber: Facebook Selangor Royal Office
Baginda tidak mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggunakan platform Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat kenyataan yang mengelirukan dan tidak tepat. Perbuatan itu juga dikatakan boleh menjejaskan imej dan reputasi jabatan tersebut.
Titah Baginda lagi, sambutan Bon Odori di Malaysia adalah lebih kepada festival kebudayaan yang mempamerkan budaya tradisional rakyat Jepun khususnya tarian, persembahan gendang, perhiasan tanglung, pakaian dan makanan tradisi Jepun, serta produk makanan tempatan. Ia juga dipromosikan sebagai hari untuk menyatukan kembali keluarga dan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu.
Sumber: Facebook Selangor Royal Office
Dalam kenyataan yang dibuat di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office, menjelaskan bahawa Baginda sendiri pernah menghadiri sambutan perayaan ini pada 2016 diiringi oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia dan dilihat sambutan itu tidak melibatkan upacara berbentuk keagamaan atau ritual (syirik) yang boleh memesongkan akidah individu yang hadir.
Untuk info, perayaan ini menjadi popular di Malaysia apabila banyak syarikat-syarikat dari Jepun melabur dan membuka cawangan kilang mereka di Selangor. Oleh yang demikian, Bon Odori menjadi platform untuk memperkenalkan budaya hiburan di Jepun, selain merapatkan lagi hubungan antara rakyat kedua-dua buah negara.
Apa-apa pun pilihan ditangan korang. Tepuk dada tanya selera!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.