Prosiding inkues Zara Qairina memasuki fasa baharu
Prosiding inkues Zara Qairina Mahathir memasuki fasa baharu apabila seorang saksi remaja tampil memberikan gambaran sebenar tentang peribadi arwah. Ini bukan sekadar khabar atau andaian, tetapi keterangan daripada seseorang yang pernah mengenali Zara sebagai junior di SMKA Tun Datu Mustapha, Kinarut.
Pelajar yang sopan, periang dan disenangi ramai
Menurut saksi yang merupakan deponen ke-44, Zara bukanlah seperti persepsi negatif yang pernah tular. Saksi menggambarkan Zara sebagai seorang pelajar yang sopan, ceria dan senang bergaul, seorang remaja yang aktif membantu guru dan rakan dan jauh berbeza daripada cerita liar yang pernah kedengaran.
Zara, katanya, tidak pernah menunjukkan tanda kemurungan, tekanan emosi atau masalah mental. Malah, personalitinya yang “happy-go-lucky” menjadikannya antara junior yang disenangi ramai dalam lingkungan sekolah.
Rajin ke surau dan sering membaca al-Quran
Antara sisi paling menonjol tentang Zara ialah kecintaannya kepada al-Quran.
“Saya selalu nampak Zara membawa al-Quran dan membacanya di surau sekolah.”
Arwah juga rajin membantu ahli Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) walaupun masih di Tingkatan Satu. Semangatnya yang matang untuk usia muda membuatkan dia menyerlah sebagai pelajar junior yang berdedikasi.
Ads
Namun saksi menjelaskan bahawa ada pelajar Tingkatan Dua yang tidak menyukai Zara kerana dia rajin menulis nama pelajar yang tidak menunaikan solat. Perkara kecil seperti ini kadangkala mencetuskan rasa tidak puas hati dalam suasana asrama.
Didakwa dimarahi pelajar senior sebelum kejadian tragis
Pada malam sebelum kejadian, saksi memaklumkan bahawa dia terdengar beberapa pelajar bercakap buruk tentang Zara ketika berada di kawasan mesin basuh.
Ads
“Mereka panggil Zara ‘Sok-Sok Badar’. Saya juga dengar Zara dipanggil ke sebuah dorm dan dimarahi pelajar Tingkatan Empat.”
Menurut saksi, terdapat seorang pelajar senior yang dikatakan paling lantang memarahi Zara. Kejadian itu didakwa membuatkan Zara menangis. Arwah juga dikatakan meminjam gunting daripada rakan dorm — satu detail penting yang kini dipertimbangkan dalam inkues Zara Qairina.
Warden larang pelajar hubungi ibu bapa — suasana tegang dan ramai menangis
Saksi turut menceritakan peristiwa lain pada minggu kejadian. Ketua warden sekolah mengumumkan bahawa pelajar tidak dibenarkan menghubungi ibu bapa selama dua hari, dari 16 hingga 18 Julai.
Ads
Pelajar hanya boleh membuat panggilan pada jam 10 malam hari Jumaat. Larangan itu mencetuskan suasana kelam-kabut di asrama kerana ramai pelajar bergantung kepada telefon sekuriti Aunty Linah untuk berhubung.
Keadaan menjadi tegang dan menurut saksi:
“Suasana ketika itu menakutkan. Ramai pelajar menangis.”
Pendedahan ini sekali lagi menimbulkan persoalan tentang tahap keselamatan emosi dan kesejahteraan pelajar di sekolah berasrama, yang kini menjadi antara isu penting dalam inkues Zara Qairina.
Refleksi buat remaja, keselamatan emosi bukan topik kecil
Kisah Zara Qairina bukan sekadar kes mahkamah. Ia memberi peringatan besar kepada seluruh remaja tentang pentingnya:
Bersuara apabila rasa tak selamat — tiada siapa berhak menengking, mengugut atau merendahkan orang lain di asrama.
Budaya senior-junior perlu dipantau — ia bukan alasan untuk mengasari junior. Hormat mesti datang bersama empati.
Jangan meminggirkan rakan kerana hal agama — sikap Zara yang rajin ke surau bukan perkara untuk dijadikan bahan ejekan.
Remaja juga ada hak untuk dilindungi — dan sekolah perlu menjadi ruang paling selamat untuk mereka.
Prosiding inkues ini diharapkan mampu merungkai punca sebenar tragedi yang menimpa, dan lebih penting, membuka mata semua pihak bahawa keselamatan pelajar bukan perkara remeh. Prosiding inkues Zara Qairina ini turut mengingatkan bahawa emosi remaja tidak boleh dipandang ringan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Atlet golf muda negara, Muhammad Afham Othman baru-baru ini berjaya menempah slot ke Piala Dunia Remaja 2025 di Florida, Amerika Syarikat yang bakal berlangsung pada 3 hingga 5 Januari tahun hadapan.
Menurut jurulatih beliau, Dinie Zakie berkata ini selepas pemain berusia 13 tahun itu berjaya menduduki tempat kedua pada Kejohanan Golf Remaja Thailand yang berlangsung pada 8 hingga 10 November lepas.
“Saya sendiri tidak menyangka Afham boleh beraksi cemerlang pada kejohanan semalam sebab dia dalam peralihan teknik pukulan bila mana selalunya atlet yang berada di fasa ini sukar untuk menampilkan prestasi terbaik, tapi Afham mampu cipta kejutan”
Kredit: Awani
“Selain itu, kami mahu beri pendedahan kepadanya untuk bermain dengan pemain lain dan dia memberi tentangan sengit kepada pemain Korea dengan perbezaan satu par sahaja (pada pusingan ketiga),” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Muhammad Afham membuat kejutan di kejohanan tersebut dengan menamatkan saingan di tempat kedua, mencatat keseluruhan 6 atas par 114 pukulan di bawah pemain Korea Selatan Taeoh Ryu yang mengungguli saingan dengan catatan keseluruhan 5 atas par 112 pukulan, manakala tempat ketiga menjadi milik atlet Filipina Ralph Rian Woo Batican.
Kredit: Sinar Harian
Susulan itu, Dinie berkata Muhammad Afham masih belum membuat keputusan untuk menyertai Kejohanan Remaja Piala Dunia kerana mempertimbangkan kos perjalanan yang akan ditanggung untuk ke Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, beliau berharap atlet kelahiran Kelantan itu dapat menyertai kejohanan berprestij itu untuk memperoleh pengalaman selain mengasah potensi Muhammad Afham serta bakal menyediakan beberapa program buat Muhammad Afham sebagai persediaan untuk beraksi di Florida kelak.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konflik hubungan antara pengarah filem dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar terlerai apabila mereka disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, sebentar tadi.
Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Mohd. Faizal Habib kira-kira pukul 10.30 pagi, 5 September 2024 dan mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujud pelanggaran taklik oleh Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29.
Kredit: KosmoKredit: Kosmo
Peguam syarie mewakili Syamsul Yusof (40), Azmi Mohd. Rais sebelum ini mengesahkan pelakon berkenaan sudah memfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu atas sebab mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina lebih setahun.
Sekadar info, pasangan itu berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand. Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Klip temubual seorang wartawan warganegara China bersama ahli-ahli politik dari Malaysia telahpun menarik perhatian wargamaya gara-gara penguasaan Bahasa Melayu yang cukup baik dan lancar.
Wartawan yang dikenali sebagai Husna Liang itu sememangnya tidak asing lagi dengan sesi-sesi temubual bersama figura politik Malaysia sekiranya mereka bertandang ke China.
Terdahulu, Husna pernah menemui Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Tidak lama selepas itu, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pula membuat kunjungan mesra di Beijing untuk bertemu Husna.
Terbaru, figura yang menjadi jemputan khas Husna pada kali ini ialah Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong untuk berinteraksi mengenai warisan budaya tradisional dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kebolehan Husna untuk berbahasa Melayu tanpa gaya tubuh kekok dan lontaran kata yang tidak pelat sama sekali membuatkan wargamaya kagum dengan skil komunikasinya.
Malah, Datuk Seri Wee Ka Siong juga dilihat selesa untuk terlibat dalam temubual itu yang kini sudahpun dimuat naik ke laman Facebook Husna.
Husna Liang.
Skil tersebut barangkali mula diasah Husna sewaktu bergelar penuntut Universiti Minzu Yunnan, China dan mengikuti program pertukaran pelajar semalam dua semester di Universiti Malaya (UM).
Peluang tersebut tidak dibazirkan begitu sahaja oleh Husna untuk menguasai bahasa Melayu sebagai aset berguna seorang pengamal media antarabangsa.
Rata-rata wargamaya meninggalkan respon positif dalam ruangan komen Husna dan berharap agar rakyat Malaysia berbilang kaum turut menguasai bahasa kebangsaan kita, bahasa Melayu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!