Bekas penyanyi K-Pop yang juga merupakan anggota Crayon Pop, Cho A baru-baru ini berkongsi kisah menyayat hati apabila didiagnosis menghidap kanser serviks pada Mei tahun lalu.
Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya pada 14 Oktober lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Dancing Queen’ itu berkata dia pada awalnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia menghidap penyakit itu di usia muda.
“Saya didiagnosis menghidap kanser pada umur 33 tahun, yang mana ia sepatutnya menjadi usia yang paling membahagiakan dalam hidup saya. Pada Mei 2023, selama tahun awal pertama saya menjalankan kehidupan sebagai pengantin baru, saya ambil keputusan untuk pergi buat pemeriksaan prenatal secara kerap tapi waktu itu juga saya dapat khabar yang mengejutkan, saya ada kanser serviks.”
Kredit: Instagram @minjinchoa
“Pada awalnya saya tak percaya sebab macam tak mungkin saya muda dan sihat ada kanser. Saya siap tanya pada doktor sama ada itu salah diagnosis dan pergi ke 5 hospital terbaik yang lain dengan harapan dapat keputusan yang berbeza,” ujarnya lagi.
Cho A atau nama sebenar Heo Min Jin (34) kemudian turut menceritakan pengalaman di mana dia perlu menjalankan ujian seperti MRI dan PET CT Scan selepas mengetahui sel kansernya masih berada di tahap satu (1) dengan tumor bersaiz 3 sentimeter.
Menurut doktor yang merawat Cho A, kemungkinan untuk dia mendapatkan anak juga akan memberi kesan kerana tahap kesuburannya.
Ads
Kredit: Instagram @minjinchoa
Katanya, “Dunia saya seperti hancur selepas mendengar hal itu. Saya juga sedih sampai menangis tersedu-sedu, dan waktu itu adalah waktu paling sukar dalam hidup saya.”
Meskipun hampir berputus asa, namun suaminya tetap memberikan sokongan dan semangat untuk tidak pernah menyerah dan Cho A juga berusaha sebaik mungkin untuk mengecilkan tumor berkenaan dengan belajar mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.
Ads
Kredit: Instagram @minjinchoa
Dalam pada itu, bekas penyanyi itu juga difahamkan telah menjalankan pembedahan dan kini tahap kesuburannya semakin membaik.
“Saya baru saja lulus untuk rawatan seterusnya dan dalam masa terdekat saya akan jalani pembedahan untuk melindungi kesuburan kandungan saya pula,” jelasnya menerusi perkongsian yang sama.
Ads
Tambahnya, kini dia bebas dari kanser tetapi untuk peringkat awal dia perlu melalui prosedur pengikatan rahim terlebih dahulu.
Cho A juga berkata bahawa masih banyak lagi rintangan yang perlu dilalui, berharap suatu hari dia akan seorang ibu dan mempunyai anak pada masa akan datang.
Di akhir perkongsiannya, dia berharap menerusi kisah yang dikongsi olehnya itu mampu memberi harapan dan sinar kepada sesiapa sahaja yang mengalami pengalaman yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau kata nak diet je, mesti orang cakap jangan makan nasi. Tapi yang peliknya, berat tak turun-turun juga bila dah mula cut nasi dalam pemakanan seharian.
Persoalannya, adakah benar nasi itu menggemukkan? Bagaimana pula kalau dah exercise hari-hari pun tapi berat badan masih sama?
Ha, nak tahu jawapannya? Jom tonton video ini bagi menerangkan segala kemusykilan yang sering anda hadapi.
Siapa yang suka makan memang akan excited dengan cerita yang kami nak sampaikan ni. Terutamanya untuk orang-orang Utara, tahu tak kemudahan komuter yang ada sekarang ni sangat la memudahkan perjalanan korang untuk ke Hatyai?
Tarikan makanan Thai ni memang boleh orang jadi ‘gila’. Mana taknya, kalau ada je festival makanan Thai di KL, mesti berduyun-duyun manusia yang datang.
Jadi, ini berita baik untuk korang yang memang selalu mengidam nak makan sedap. Baca perkongsian yang telah dibuat oleh AyuMastura Kenon yang katanya hanya bermodalkan RM35 je, orang-orang Utara boleh pergi balik hari ke Hatyai.
Perghh, jealous beb!
Semenjak komuter mula beroperasi senang sangat-sangat dah nak ke Thailand . Hanya bermodalkan RM35 dah boleh pergi Hatyai balik hari.
Ok meh aiols share sikit untuk trip baru ni. Ni panduan untuk ambil komuter dari Butterworth atau kawasan-kawasan sekitarnya.
Aiols ambil train dari Tasek Gelugor (TG) ke Padang Besar (RM10.40 adult / RM5.20 child)
Train dari TG sejam sekali bermula 5:48 pagi dan mengambil masa sejam setengah untuk sampai ke Padang Besar.
Aiols naik train pukul 7:48 pagi sebab nak kejar train ke HatYai pukul 9:55 pagi waktu Malaysia. Sesampai kat Padang Besar memag ngam-ngam train Thailand tengah tunggu..
Tiket train kelas ketiga Pdg Besar ke HatYai RM7 (50thb)..
Kalau korang pergi awal tu boleh la naik bus or naik mini van ke Hatyai.. tapi ai is malas sebab banyak kali nak bertukar-tukar nak naik train gak yang senang terus sampai ke Hatyai.
So dah sampai Hatyai ni pandai-pandai ler kan… nak pergi Krabi ke Phuket ke Koh Lipe ke Bangkok ke.. suka hati mung lah..
Lepas ni kalau terasa nak makan makanan Thai, tak perlu lagi nak tunggu food festival kan. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan hos terkenal, Ain Edruce, yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, memberitahu bahawa dia menyerahkan sepenuhnya tugas memilih nama bayi lelaki mereka kepada suami tercinta, Amirul.
Menurut Ain, suaminya lebih teruja apabila mengetahui mereka bakal mendapat anak lelaki. Oleh itu, dia memberi peluang kepada Amirul untuk memilih nama bayi mereka.
“Kali ini sebab baby lelaki, kita bagi peluang Amirul beri nama. Amirul cakap, tunggu baby keluar nanti kita cari nama yang sesuai.
“Nama Amirul dah panjang, jadi pilih nama yang pendek sahaja. Yang paling gembira adalah Amirul. Saya rasa dia teringin nak anak lelaki tetapi tidak beritahu saya.
“Pada awalnya saya rasa anak perempuan, tetapi lepas tahu jantina anak, Amirul memang teruja,” katanya kepada Remaja.
Ain berkata demikian selepas ditemui di majlis Aeon Seloka Raya, Balik Kampung Gosip Raya, yang diadakan di Aeon Style Taman Maluri pada Khamis.
Mengulas mengenai kerjayanya selepas bersalin, Ain berkata dia mungkin akan kembali bekerja selepas beberapa bulan.
“Keutamaan saya selepas ada anak memang saya tumpukan pada anak dan kerja yang kedua. Saya nak tunggu anak besar sedikit.
“Saya juga sudah bersedia untuk kurangkan aktiviti seni tetapi tidak berhenti. Saya masih aktif di media sosial seperti biasa,” tuturnya lagi.
Untuk makluman, Ain dan Amirul telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya, yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adobe Certified Professional 2026 menyaksikan pelajar UPSI, Muhammad Fawwaz Haiqal, meraih tempat ketiga dunia selepas menewaskan peserta dari 45 negara.