Inisiatif Dapur Siswa KPT dilihat sebagai langkah signifikan dalam memastikan kebajikan mahasiswa terus terpelihara, khususnya golongan kurang berkemampuan yang berdepan tekanan kewangan serta peningkatan kos sara hidup.
Peruntukan sebanyak RM15 juta bagi pelaksanaan program ini membuktikan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap realiti kehidupan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Isu makanan yang sering dianggap remeh sebenarnya memberi kesan besar terhadap fokus, kesihatan dan prestasi akademik pelajar.
Peruntukan sebanyak RM15 juta bagi pelaksanaan program ini membuktikan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap realiti kehidupan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Gambar Bernama
Dapur Siswa KPT Perkukuh Kebajikan Asas Mahasiswa
Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM), Muhammad Afiq Hasraf Hazly, 22, menyifatkan peruntukan untuk Program Bank Makanan Dapur Siswa KPT sebagai satu usaha penting dalam mengekalkan kebajikan asas pelajar.
Menurutnya, isu kebajikan makanan bukan perkara baharu dalam kalangan mahasiswa kerana ia sangat dekat dengan kehidupan seharian. Katanya, inisiatif ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap realiti yang dihadapi pelajar, terutamanya mereka yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
“Kami menyambut baik usaha ini kerana inisiatif Dapur Siswa sedikit sebanyak membantu mahasiswa agar tidak perlu memilih antara kelangsungan hidup dan komitmen akademik,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa program Bank Makanan Dapur Siswa KPT memberi impak besar kepada pelajar daripada golongan B40, sekali gus membolehkan mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian tanpa dibayangi kebimbangan soal makanan harian.
gambar : utusan
Tekanan Kos Sara Hidup Mahasiswa Bandar
Pandangan sama turut dikongsi penuntut Universiti Malaya (UM), Nur Atiqah Yusof, 24, yang menyifatkan inisiatif ini amat membantu dalam mengurangkan beban harian mahasiswa, khususnya mereka yang bergantung kepada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ads
Menurutnya, kos sara hidup di bandar besar semakin membebankan kerana harga makanan yang meningkat. Malah, membeli makanan di kafetaria universiti dua kali sehari sahaja boleh mencecah sekitar RM10, sekali gus memberi tekanan kepada pelajar yang mempunyai bajet terhad.
“Jika mahu berjimat, memang terpaksa ‘ikat perut’. Pinjaman PTPTN atau biasiswa kadang-kadang tidak mencukupi untuk menampung semua keperluan,” katanya.
Bantuan Makanan Ringankan Beban Kewangan Pelajar
Sementara itu, penuntut USM, Wan Mohamad Shafiq Wan Hamid, 24, melihat peruntukan tersebut sebagai langkah positif kerajaan dalam menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan pelajar kurang berkemampuan, terutamanya dalam mendapatkan makanan yang mencukupi dan berkhasiat.
Katanya, majoriti mahasiswa tidak mempunyai pendapatan tetap, justeru kemudahan makanan percuma atau pada harga rendah menerusi Dapur Siswa KPT berjaya meringankan beban kewangan mereka.
Ads
Beliau turut berkongsi pengalaman pernah menerima bantuan Bank Makanan sebelum ini dan menyifatkan makanan yang disediakan adalah sihat serta berkualiti.
Selain itu, beliau mencadangkan agar pendedahan mengenai Dapur Siswa diperluaskan supaya lebih ramai mahasiswa yang memerlukan dapat memanfaatkan inisiatif tersebut, di samping menggalakkan kerjasama dengan pihak swasta bagi menambah stok makanan.
Sokongan Ibu Bapa Terhadap Inisiatif Dapur Siswa
Sokongan terhadap Dapur Siswa KPT turut datang daripada golongan ibu bapa. Seorang ibu, Hasina Anuar, 66, berkata inisiatif ini adalah langkah yang sangat baik dalam membantu meringankan beban kewangan keluarga, khususnya mereka yang tergolong dalam kategori B40 dan asnaf.
Ads
Beliau mengakui kebajikan makanan anak yang melanjutkan pengajian di universiti sering menjadi kebimbangan ibu bapa, lebih-lebih lagi dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini mengumumkan peruntukan RM15 juta bagi pelaksanaan inisiatif Dapur Siswa KPT ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Januari dan Amanat Tahun 2026.
Pelaksanaan inisiatif makanan percuma dan bank makanan ini diharap dapat mengurangkan isu mahasiswa yang berdepan kekurangan makanan, sekali gus memastikan kebajikan mereka terus terbela sepanjang menuntut ilmu di menara gading.
Itulah kata-kata terakhir yang sempat diluahkan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, dalam siaran langsung terakhirnya dari kapal Mikeno sebelum misi Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan oleh tentera Israel sekitar jam 6 pagi tadi.
Dalam perkongsian penuh emosi itu, Ardell sempat menceritakan bagaimana mereka berdepan saat getir apabila tentera Israel mula memutuskan semua talian internet flotila yang sedang bergerak menuju ke Gaza.
“Saya sedang cuba sorokkan telefon saya. Tentera Israel sedang memutuskan semua talian internet. Kami sedang cuba sambung secara luar talian. Saya cuma tunggu peluang untuk siaran langsung semula. Doakan kami dan rakan-rakan kami,” luahnya dalam nada sebak.
Lebih mencemaskan, Ardell turut mendedahkan mesej ugutan yang disampaikan tentera Israel melalui signal radio, memberi amaran bahawa semua sukarelawan GSF bakal dipenjarakan. Namun selepas ‘live’ terakhir sekitar jam 6 pagi, Ardell langsung tidak lagi mengemaskini sebarang hantaran di media sosial.
15 sukarelawan Malaysia Ditahan
Sehingga pagi tadi, Sumud Nusantara Official melaporkan seramai 15 sukarelawan Malaysia yang menyertai konvoi bantuan itu telah ditahan rejim Israel. Antara yang terlibat termasuklah penyanyi Zizi Kirana, aktivis Heliza Helmi, pempengaruh Hazwani Helmi, selain Ardell sendiri bersama beberapa lagi sukarelawan lain.
Berita penahanan ini segera mencetuskan rasa bimbang dan sebak di kalangan rakyat Malaysia yang sejak awal mengikuti perkembangan misi flotilla tersebut. Ramai netizen turut membanjiri ruangan komen dengan doa serta kata-kata semangat agar kesemua sukarelawan pulang dengan selamat.
Misi Global Sumud Flotilla merupakan usaha antarabangsa membawa bantuan kemanusiaan terus ke Gaza, meskipun berdepan risiko besar dihalang tentera Israel. Keberanian Ardell dan rakan-rakan sukarelawan membuktikan bahawa suara kemanusiaan tidak mengenal sempadan bangsa mahupun agama.
Bagi anak muda, kisah ini adalah satu peringatan bahawa perjuangan untuk membela mereka yang tertindas memerlukan pengorbanan besar. Walaupun ringkas, kata-kata Ardell “Kami diseksa” kini menjadi simbol betapa kuatnya jiwa seorang pejuang kemanusiaan, meski berdepan ancaman nyawa.
Tidak ada yang lebih istimewa dan indah buat pemain badminton negara, Nur Izzuddin Rumsani apabila mendedikasikan kejuaraan Terbuka Artik di Finland kepada isteri, Mawar Mutiara yang menyambut ulang tahun kelahiran ke 27 pada Ahad.
Nur Izzudin yang berpasangan dengan Goh Sze Fei baru-baru ini memperagakan aksi bertenaga ketika menumpaskan gandingan nombor dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 15-21, 21-15, 21-19 dalam aksi final yang mendebarkan.
“Syukur Alhamdulillah semua kejayaan ini datang daripada Dia (Allah). Kemenangan ini juga khas buat isteri saya yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27”
Kejayaan berstatus Super 500 di Energia Areena, Vantaa itu adalah ketiga buat Nur Izzudin-Sze Fei yang turut cemerlang menjuarai Terbuka China (Super 1000) bulan lalu dan Terbuka Jepun (Super 750) pada Ogos lalu.
Pemain berusia 27 tahun itu turut menyifatkan kejayaan yang diraih tersebut bukan mudah, tetapi perlu melalui saingan sukar dan sengit daripada lawan.
Katanya, “ia bermula di peringkat suku akhir sehingga ke final.”
Susulan itu, menerusi kejayaan tersebut membolehkan pasangan nombor lapan dunia itu membawa pulang wang berjumlah AS$33,180 (RM142,442).
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan kejadian kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights pada hari Selasa, bukan hanya penduduk yang diselamatkan oleh anggota bomba tetapi juga haiwan peliharaan yang terperangkap di dalam rumah di taman kejiranan berkenaan.
Pegawai Bomba Sukarela Shah Alam, Datuk Dr Ken Foo Kwok berkata kepada pihak media semalam, sejumlah enam ekor haiwan peliharaan termasuk dua ekor anjing, tiga ekor arnab dan seekor hamster berjaya diselamatkan setelah ditemui di tiga buah rumah terjejas.
Kongsinya, anjing-anjing berkenaan ditemui di luar rumah manakala arnab serta hamster pula di dalam rumah.
Sejurus penemuan selepas insiden terbabit, kesemua haiwan peliharaan itu dikejarkan terus ke pusat veterinar Taman Megah di sana untuk pemeriksaan lanjut.
Dalam pada itu, pemilik tiga ekor arnab berkenaan yang dikenali sebagai Yap, 60-an berkata, beliau hanya sempat membawa seekot tupai peliharaan bersamanya selepas terdengar bunyi letupan.
Yap bersama arnab peliharaannya yang berjaya diselamatkan. FOTO: Sinar Harian
Yap cuba membawa kesemua enam ekor haiwan peliharaannya termasuk seekor lagi arnab dan seekor tikus belanda ke dalam kenderaannya.
Namun usahanya itu gagal disebabkan suhu sangkar besi yang terlalu panas.
Tinjauan REMAJA di ruangan komen di media sosial mendapati orang ramai turut gembira apabila pihak Bomba tidak melupakan nasib haiwan peliharaan di kediaman terjejas.
Antara komen yang paling banyak diberikan termasuklah ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa serta perasaan lega apabila nyawa haiwan di sana turut terbela.
Terima kasih Abang Bomba!
SUMBER: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!