Kecoh minggu lalu apabila tular beberapa gambar dan video di laman media sosial yang memperlihatkan seekor harimau berkeliaran di sebuah kampung iaitu Kampung Besul, Bukit Besi, Terengganu.
Namun, apa yang menghairankan netizen apabila harimau tersebut tidak menyerang manusia malah secara santai berlegar-legar di kawasan kampung berkenaan.
Susulan itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tidak menolak kemungkinan bahawa haiwan tersebut diserang penyakit Canine Distemper.
Memetik NST, Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata penyakit tersebut berpunca daripada virus dan sering menyerang haiwan domestik seperti kucing dan anjing.
Bagaimanapun, virus tersebut juga turut boleh menyerang hidupan liar seperti musang, serigala dan harimau.
“Harimau yang normal tidak akan tolak makan orang atau ternakan. Jika tidak makan pun dia akan serang kerana itu naluri atau tabiat semula jadi haiwan ini. Namun dalam kes ini, harimau itu tidak mencederakan manusia atau ternakan yang ditemui.
“Perkara ini mungkin disebabkan harimau diserang Canine distemper, ia menjadi seperti bingung dan tidak dapat membezakan sifat pemangsanya,” katanya.
Ads
Tambahnya lagi, itu semua hanyalah andaian sahaja kerana ujian darah memerlukan masa dua minggu untuk diketahui keputusannya.
“Ini berdasarkan pemerhatian awal pakar haiwan liar daripada Perhilitan dan Jabatan Veterinar Terengganu yang terbabit dalam operasi menangkap harimau itu.
“Selain berkemungkinan diserang virus, mungkin ia memang mengalami kecacatan sejak kecil. Apa pun kita perlu tunggu keputusan makmal sebelum tindakan susulan boleh diambil,” katanya
Ads
Pagi tadi, harimau tersebut telah disahkan mati di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NRWC) di Sungkai, Perak. Walaupun petugas memaklumkan bahawa ia mula beransur pulih, kelihatan lebih sihat dan dapat makan serta minum dengan baik, namun nampaknya usia Awang Besul tidak panjang disebabkan virus tersebut.
Pemeriksaan fizikal menemukan kecederaan pada bahagian kaki, keradangan mata selain keadaannya yang mengalami dehidrasi.
*
Ads
Dalam pada itu, beliau juga menolak kemungkinan bahawa ada dua ekor harimau yang terlepas di kampung tersebut.
“Orang kampung kata ada dua harimau sesat, tapi hasil siasatan kita yakin hanya seekor, ini berdasarkan penelitian tapak kaki ditemui, saiznya sama saja. Selain itu kita juga jumpa kesan tapak kaki yang lain dipercayai harimau kumbang kerana penduduk juga memaklumkan kewujudan haiwan liar itu.
“Atas sebab keselamatan pemantauan dan usaha menjejaki haiwan diteruskan bagi tempoh dua minggu lagi, perangkap juga dipasang,” tambahnya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Majoriti remaja perempuan di Malaysia pasti mengenali jenama stor barangan aksesori popular, Lovisa. Sekali masuk, mana-mana pengunjung tentunya akan rambang mata dengan tawaran pelbagai jenis aksesori cantik untuk mereka tambah ke dalam koleksi sedia ada.
Cuma, apa yang tidak berapa nak cantik adalah aduan seorang warganet yang terkejut dengan layanan pengurus stor Lovisa yang terletak di pusat membeli-belah, Suria KLCC terhadap pekerjanya.
Difahamkan, pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai @Nicholas_Gomez itu telah menemani isterinya ke stor tersebut. Alangkah terkejutnya apabila mereka mendapati seorang pekerja stor sedang merangkak untuk membersihkan lantai stor dari satu sudut ke sudut lain dengan menggunakan tisu basah.
Pada waktu yang sama, apabila ada pelanggan yang datang kepadanya untuk bertanyakan sesuatu, dia terpaksa menjawab daripada posisi tersebut.
Persoalan utama bukanlah mengenai cara pekerja tersebut membersihkan stor tetapi lebih kepada cara pengurus stor mengendalikan staf. Di mana-mana stor lain, prosedur membersihkan stor selalunya ditetapkan sebelum stor dibuka ataupun selepas ia ditutup kepada pengunjung. Ini demi memastikan imej profesional ketika menerima kunjungan pembeli dan agar lantai stor tidak merbahayakan pembeli sekiranya basah.
Isteri Nicholas terus bertanya kepada pengurus stor sekiranya ini adalah prosedur normal mereka. Namun tiada jawapan munasabah yang telah mereka terima.
Bagi pasangan itu, layanan ini boleh dianggap sebagai isu membuli di tempat kerja. Bukan saja mereka dipaksa membersihkan stor pada waktu tidak bersesuaian, pekerja juga tidak diberikan peralatan yang betul dan dipaksa menggunakan tisu basah sahaja.
Jika kebanyakan syarikat menormalisasikan arahan seperti ini tidak kiralah di stor ataupun di pejabat biasa, ia secara tidak langsung akan menjurus ke arah persekitaran bekerja yang toksik yang menganggu kesihatan mental pekerja itu sendiri.
Tinjauan di bahagian komen mendapati beberapa bekas pekerja stor tersebut juga pernah berdepan isu layanan pengurusan. Biarpun mereka faham stor seperti Lovisa ingin kelihatan bersih dan teratur sepanjang masa demi keselesaan pengunjung, but there is a right time and space to do such jobs.
Mereka turut berharap agar pengurusan Lovisa melatih para pengurus cawangan mereka akan tatacara sebagai ketua dan mengenai delegasi tugasan mengikut waktu yang tepat.
Salah seorang pengguna juga menerima respon balas menerusi bahagian DM di Instagram daripada Lovisa. Memo tersebut secara ringkasnya menerima aduan yang dihantar dan akan melaporkannya kepada pihak pengurusan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasti ini adalah berita baik untuk mereka yang membuat pinjaman dengan AmBank. Maksudnya ada lanjutan moratorium sehingga 30 Jun 2021 akan datang. Tapi pada masa yang sama, peminjam harus merancang kewangan dengan baik bagi memastikan pinjaman pada tahun hadapan dapat dibayar tepat pada masanya dan tiada tunggukan.
Memetik laporan Harian Metro, AmBank akan melanjutkan Program Bantuan Pembayaran Semula bersasar sehingga 30 Jun tahun depan sebagai usaha menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta rakyat Malaysia yang terjejas akibat Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, pihaknya komited membantu pelanggan mengharungi tempoh yang sukar ini.
"Justeru, kami menyediakan pelan penjadualan serta penstrukturan semula yang bersesuaian bagi memenuhi komitmen kewangan setiap pelanggan.
"Kami sudah menjangkau lebih dari 500,000 pelanggan yang ditawarkan bantuan pembayaran semula.
"Pada pertengahan Oktober lalu, sebanyak 60,000 permohonan dari pelanggan individu dan PKS diproses dan hampir 100 peratus permohonan ini diluluskan.
"Kami berbesar hati dapat memberikan bantuan pembayaran semula pinjaman yang berjumlah lebih dari RM11 bilion," katanya dalam kenyataan, semalam.
AmBank akan terus berinteraksi dengan pelanggannya yang belum mengemukakan permohonan mereka, khususnya yang terbabit dalam industri yang terjejas akibat pandemik terbabit.
Permohonan Bantuan Pembayaran Semula boleh didapati di laman web AmBank untuk kemudahan pelanggan yang tinggal di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gantung The Series pernah mencipta fenomena apabila kemunculan siri ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada bukan hanya peminat di Malaysia, malah ia juga turut menjadi bualan di negara jiran, Indonesia.
Gibbs, Ray, KJ dan Troll adalah geng Musketeer yang berjaya menambat hati penonton dan seterusnya membuatkan peminat ternanti-nanti akan kesinambungan siri yang diadapatasi daripada novel best seller hasil nukilan Nadia Khan.
Remaja sempat menemubual Nadia kerana melihat wanita ini gigih mempromosikan crowdfunding Gantung The Movie di laman media sosialnya.
“Sejujurnya saya agak kecewa dan hampir berputus asa kerana sudah terlalu lama niat untuk meneruskan pembikinan bagi Gantung The Movie tertangguh disebabkan tidak mempunyai dana yang mencukupi. Setelah berbincang dengan pelbagai pihak produksi dan stesen televisyen, namun hasilnya masih menghampakan,”
“Sehinggalah hujung tahun lalu, saya mendapat idea untuk membuat crowfunding bagi merealisasikan Gantung The Movie pada tahun 2020. Dan pada 25 Januari yang lepas, setelah berbincang dengan para pelakon dan beberapa orang kru, crowfunding Gantung The Movie sudah pun dilancarkan. Alhamdulillah setakat ini kami berjaya mengumpul RM20,000,” jelas Nadia.
Bagi korang yang ingin menyumbang, ada beberapa pakej yang ditawarkan termasuklah seperti yang dikongsi dalam laman twitternya.
Pakej 1 & 2
Pakej 3
Pakej 4
Pakej 5
Pakej akan datang
Okay ada banyak cara untuk korang contribute dalam Gantung The Movie ni sebenarnya. Menurut Nadia lagi, mereka memerlukan sekitar RM250 ribu hingga RM300 ribu untuk menjayakan siri terbaru Gantung.
“Kami akan mula menjalankan penggambaran sekitar Ogos nanti dan insyaAllah barisan pelakon lama masih akan dikekalkan. Gantung The Movie ini juga akan ditayangkan di YouTube kerana kami ingin semua orang boleh menonton secara tidak terhad,” tambahnya lagi.
Good luck kami ucapkan buat Nadia dan team produksinya. Semoga impian mereka untuk merealisasikan Gantung The Movie akan terlaksana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!