Pasti ini adalah berita baik untuk mereka yang membuat pinjaman dengan AmBank. Maksudnya ada lanjutan moratorium sehingga 30 Jun 2021 akan datang. Tapi pada masa yang sama, peminjam harus merancang kewangan dengan baik bagi memastikan pinjaman pada tahun hadapan dapat dibayar tepat pada masanya dan tiada tunggukan.
Memetik laporan Harian Metro, AmBank akan melanjutkan Program Bantuan Pembayaran Semula bersasar sehingga 30 Jun tahun depan sebagai usaha menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta rakyat Malaysia yang terjejas akibat Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, pihaknya komited membantu pelanggan mengharungi tempoh yang sukar ini.
Ads
"Justeru, kami menyediakan pelan penjadualan serta penstrukturan semula yang bersesuaian bagi memenuhi komitmen kewangan setiap pelanggan.
"Kami sudah menjangkau lebih dari 500,000 pelanggan yang ditawarkan bantuan pembayaran semula.
Ads
"Pada pertengahan Oktober lalu, sebanyak 60,000 permohonan dari pelanggan individu dan PKS diproses dan hampir 100 peratus permohonan ini diluluskan.
"Kami berbesar hati dapat memberikan bantuan pembayaran semula pinjaman yang berjumlah lebih dari RM11 bilion," katanya dalam kenyataan, semalam.
Ads
AmBank akan terus berinteraksi dengan pelanggannya yang belum mengemukakan permohonan mereka, khususnya yang terbabit dalam industri yang terjejas akibat pandemik terbabit.
Permohonan Bantuan Pembayaran Semula boleh didapati di laman web AmBank untuk kemudahan pelanggan yang tinggal di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sahaja isu geng basikal diperkatakan kerana memanjat roundabout Elmina untuk bergambar, kini tular pula sebuah video yang menunjukkan individu berbasikal membawa masuk basikal mereka ke dalam kedai makan.
Tindakan yang dilakukan oleh dua penunggang basikal ini menerima kritikan daripada masyarakat kerana sikap mereka yang mungkin menimbulkan rasa kurang selesa buat pelanggan lain.
Iyelah, besar mana pun kedai tu kalau semua penunggang bawa masuk basikal mereka sekali kan?
Namun, ada juga yang menjelaskan bahawa brother basikal tersebut sekadar ingin menyokong bisnes kedai makan tersebut dan telah pun meminta kebenaran daripada pekerja yang bertugas.
Ada juga yang menyalahkan pemilik kedai kerana tidak meletakkan signage basikal boleh masuk atau tidak.
Namun, ia netizen tetap menganggap ia satu kesalahan dengan menyifatkan tindakan ini hanya memerlukan common sense.
Apa-apa pun diharap isu seperti ini tidak lagi berlaku dan sebagai masyarakat, kita juga perlu prihatin dengan orang disekeliling.
Tidak semua penunggang basikal mempunyai attitude yang tidak baik, tapi jangan pula hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Hanya kerana ingkar arahan menjalani kuarantin di rumah selepas kembali dari Sivagangga, India, pemilik nasi kandar Salleh di Napoh, Kedah dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan selepas ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian 14 Julai lalu.
Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57 membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun hari ini.
**media[238343]**
**media[238344]**
Kluster Sivangangga telah menggegarkan negara kerana seramai 45 individu dijangkiti selepas menikmati nasi kandar di kedai berkenaan tanpa menyedari pemiliknya perlu menjalani kuarantin dan masa yang sama disahkan positif COVID-19.
Dalam satu kenyataan kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan kes positif Covid-19 bagi kluster Sivagangga kekal 45 kes.
**media[238346]**
Apa yang kita semua dapat pelajari dari kes kluster Sivagangga ini, apabila diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari di dalam rumah, silalah ikut arahan dengan betul. Jika sikap ambil remeh terus bersarang di minda kita, tanpa sedar kita turut membahayakan nyawa orang lain.
Mungkin hukuman penjara dan denda yang dikenakan boleh dijadikan pengajaran buat orang lain untuk tidak melakukan kesalahan yang sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering kita terbaca di media sosial, pelajar sekolah terkena histeri. Biasanya pelajar yang diganggu akan berkata, mereka nampak bayangan perempuan menakutkan serta pelbagai lagi. Masa yang sama, mangsa yang pernah terkena akan berulang kembali.
Persoalannya, kenapa histeria menyerang mangsa yang sama secara berulang kali sebelum merebak kepada orang sekitarnya? Baca penerangan lanjut dari Naqib Masjid Al Khadijiah, Ustaz Shahril bin Abdul Samad mengenai masalah histeria.
Temuramah REMAJA bersamanya juga bertanya, kenapa mangsanya selalu perempuan dan bukan lelaki! Sebab-sebab histeria terjadi dan kenapa mangsanya berulang-ulang.
Histeria biasanya berlaku pada orang yang sama kerana sudah ada “pintu” masuk dalam tubuh mereka, Ustaz Shahril
Kata Ustaz Shahril, histeria bermula apabila individu ternampak benda aneh dan menakutkan. Akibat rasa takut, dia akan menjerit.
“Jin pula apabila melihat keadaan ini, mereka lagi mengambil kesempatan untuk menakut-nakutkan manusia kerana sebahagiannya berasa seronok berbuat demikian.
“Biasanya mangsanya adalah mereka yang lemah semangat, suka bercakap besar, suka mencabar-cabar, tidak menjaga kebersihan diri dan tidak berdamping dengan Quran selain kurangnya zikir dalam diri,” katanya memberitahu ini enam sebab mengapa histeria terjadi.
Tambah Ustaz Shahril lagi, biasanya mereka yang pernah diganggu biasanya akan terkena kembali kerana sudah ada “PINTU”. Ia umpama satu laluan iaitu jalan masuk jin ke tubuh manusia jika selepas terkena histeria, induvidu itu tidak mengubahnya. Maksud berubah di sini ialah kurangnya berzikir atau kurang mendekati al-Quran.
“Jika kita pernah terkena kali pertama, biasanya kita akan kena lagi dan lagi selagi jin itu tidak dibunuh atau dipenjara. Ia ada laluan masuk yang mudah jika pengamalnya tidak mengamalkan zikir,” katanya memaklumkan zikir adalah makanan untuk urat-urat kerana biasanya makhluk halus akan masuk melalui saluran darah.
Histeria yang berlaku buat kali ketiga di SMK Katereh, Kota Bharu semalam
Histeria di SMK Ketereh ini turut berlaku pada guru juga selain pembantu makmal
Dalam pada itu, Ustaz Shahril turut berkongsi pengalaman ketika di universiti dahulu, tiga rakan baik ini selalu terkena histeria.
“Bila kita berdialog dengan jin ini, ia dilakukan oleh 3 beradik jin yang suka makan gula-gula hacks madu. Itu satu cara jin nak minta makanan yang disukainya selain katanya dia menyukai tiga sahabat itu,’katanya menambah jin yang biasa mengganggu manusia ini biasanya kafir.
Biasanya dalam sesi perubatan atau dialog dengan jin apa yang dibincangkan? Tentu ramai nak tahukan!
Selalu kita dengar dialog kenapa datang, pergi dari sini, jangan ganggu anak cucu cicit Adam dan lain-lainkan tetapi tentu ramai nak tahu apa kesudahannyakan. Ya lah, ke mana jin-jin ini dibawa pergi atau bagaimana caranya nak menghalau mereka!
Kata Ustaz Shahril, biasanya dialog akan diadakan dengan jin yang mengacau ini. Langkah pertama, sesi dialog dilakukan.
“Biasanya kita akan pujuk suruh peluk Islam. Kita beritahu dia tentang Islam. Sesetengah jin kafir ini bersetuju dan biasanya dialog ini akan berakhir dengan baik di mana jin ini tak akan ganggu manusia itu lagi.
“Tapi bagi yang degil, kita akan tangkap dan penjarakan mereka. Masa jin ini dalam penjara, kita akan pujuk lagi. Tapi kalau tak jalan semua itu, biasanya kita akan bunuh sekampung. Hapuskan semua supaya mereka tak menganggu lagi,”katanya memaklumkan ada beberapa ayat suci yang boleh digunakan, antaranya Al-Fatihah, ayat Qursi, tiga kul dan sebagainya.
Kenapa pilih perempuan, jarang lelaki?
Tentu ramai nak tahukan, kenapa orang perempuan banyak kena berbanding lelaki?
Kata Ustaz Shahril, biasanya selain kurang semangat, hal ini banyak berkait rapat dengan kebersihan diri dan tempat.
“Orang perempuan ini bila tiba datang bulan, badan bukan saja lemah tapi biasanya mereka tidak boleh solat. Jadi jin-jin ini mengambil kesempatan atas kelemahan ini. Pad yang mengandungi darah juga antara makanan kesukaan jin. Sebab itulah amat penting pad dibersihkan dengan betul dan dibuang ke tempat disediakan, bukan disepah-sepahkan begitu sahaja. Semua ini boleh jadi punca,”katanya mengulas panjang hal ini.
Jelas Ustaz Shahril lagi, setiap perkara yang berlaku biasanya adalah atas keizinan Allah taala.
“Ia memberi peluang dan ruang untuk manusia melihat makhluk alam lain. Allah ingin menguji sejauh mana kita mampu berhadapan dengan makhluk lain di bumi yang luas ini. Cara merawat dan sebagainya. Kalau tiada hal-hal sebegini berlaku, kehidupan manusia itu mungkin statik sahaja,” katanya.
Satu pesanan akhir dari Ustaz Shahril, perbanyakkan mendekati al-Quran dan zikir kerana ia adalah makanan untuk urat-urat. Buang sikap bercakap besar dan bertanya pelik-pelik tentang alam ghaib,” katanya memberi nasihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!