Ramai yang suka makan tongkeng ayam atau disebut juga buntut ayam. Goreng secara panas-panas dan dimakan begitu sahaja. Rasanya yang enak ditambah lemak minyak yang melekat membuatkan penggemarnya mampu menghabiskan tanpa sedar. (Ops, Min tak pernah rasa, tapi orang cakap sedap. Betul ke?)
Biasanya yang kita tahu, kebanyakan hanya membuang bahagian atas (kelihatan seperti lemak membukit) kerana di situ merupakan saluran najisnya. Tapi rupanya jika kita hanya membuang bahagian atasnya, najis ayam masih ada lagi jika tidak dibelah di bahagian tersebut.
Satu perkongsian dari Studio ChefViral mengenai teknik betul membersihkan buntut ayam agar kita tak termakan najisnya.
Anak dara yang nak melangkah ke alam rumah tangga tu kena ambil ilmu nie. Mana tahu bakal suami korang suami makan buntut ayam pulak.
Awas…
Khas buat peminat Tongkeng/Buntut Ayam.
Dah lama nak Share tapi tak berkesempatan. Tak kira la masak macam mana pun tapi ini penting. Kalau tak buang memang anda semua makan tahi ayam.
Ads
Sebabnya? Sebab yang hujung-hujung ni memang tahi. Bukan lemak.
Ini cara Bro kalau nak masak. Boleh amalkan & share.
1. Anda belah betul-betul tengah buntut ayam ni.
2. Bila dah belah anda akan nampak kotoran berwarna kuning. Bersihkan.
Ads
3. Tak habis lagi. Di kiri & kanan tu anda akan jumpa satu ketulan berwarna kuning pucat (seperti dalam gambar). Buangkan.
Masalah hilang pekerjaan bukan hanya kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil, tetapi kepesatan teknologi hari ini juga menjadi salah satu faktor pelaksanaan sistem automasi di tempat kerja.
Sudah tentu pelaksanaan sistem ini lebih menjimatkan kos dan syarikat terpaksa menukar strategi perniagaan masing-masing sehingga bakal menyebabkan lebih ramai pekerja yang dibuang.
Gambar hiasan
Lebih membimbangkan lagi, Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan sebelum ini ada memberi amaran bahawa tiga sektor paling berisiko berdepan dengan pengurangan pekerja adalah sektor pembuatan, peruncitan dan kewangan disebabkan oleh pelaksanaan sistem automasi ini.
Pada 2016, 40,000 pekerja diberhentikan dan18,000 daripadanya adalah daripada sektor perbankan kerana melaksanakan sistem perbankan secara online.
Malah, katanya lagi lebih ramai pekerja mungkin dibuang tahun ini di Malaysia.
Selain itu juga, kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyatakan antara tahun 2015 dan 2020, lebih 5 juta pekerjaan akan digantikan dengan mesin. Malah, laporan daripada The Future of Employment oleh Universiti Oxford pada 2013 meletakkan pegawai telemarketing, pegawai kredit dan juruwang sebagai pekerjaan paling berisiko untuk digantikan dengan mesin.
Pengasas Syarikat Perunding DDG, Justin Tobin menasihatkan agar semua pekerja mula mempelbagaikan kemahiran bagi menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar.
Namun begitu, antara pekerjaan paling selamat yang disebut adalah pekerja sosial, pakar terapi pemulihan dan pakar nutrisi/diet.
Hm, boleh tahan mencabar juga masa hadapan kita ni, tapi ingatlah satu perkara yang rezeki semua di tangan Tuhan. Selagi kita berusaha dan yakin akan pertolonganNya, insyaAllah ada rezeki buat kita nanti.
Eww! Serius tak boleh brain bagaimana pekerja di restoran Raj’s Banana Leaf boleh tergamak untuk membasuh talam hidangan dengan air yang kotor.
Restoran yang terletak di Bangsar itu bertukar viral atas sebab yang salah setelah sebuah video yang menunjukkan perbuatan jijik itu tersebar semalam. Difahamkan, insiden itu melibatkan pekerja baru mereka dan pihak Raj’s Banana leaf telahpun mengeluarkan kenyataan mohon maaf atas kejadian tersebut.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Raj’s Banana Leaf di Facebook.
Bagaimanapun hari ini, restoran tersebut telah diarahkan untuk ditutup serta merta oleh bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.
Sekitar jam 9.20 pagi tadi, seramai 10 pegawai daripada jabatan tersebut tiba untuk memeriksa premis tersebut. Raj’s Banana Leaf yang bertindak untuk tidak beroperasi pada hari ini diwakili oleh pekerjanya bagi tujuan pemeriksaan tersebut.
Sedap dah sedap, tapi buat hal pula.
Hasil siasatan dan selepas meneliti video pekerja yang membasuh talam di dalam lopak air tersebut, arahan agar premis itu ditutup untuk sementara waktu telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Mungkin ada baiknya kejadian ini terjadi. Ia agar premis seumpamanya yang lain akan lebih mementingkan isu kebersihan dan kualiti makanan serta minuman yang dihidangkan kepada pelanggan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Viral di media sosial aksi dua remaja bergayut ala-ala Supermen di bonet sebuah kereta yang dilihat selamba bergerak di jalan raya di Johor. Lebih ‘ngeri’, kenderaan itu dilihat melanggar lampu isyarat yang nyata boleh membahayakan nyawa pemandu lain kalau bertembung.
Jika ramai tertanya-tanya kenapa dua remaja itu melakukan aksi ala Superman, ternyata jawapan dari bapanya (nama tidak dinyatakan) mengakui dia memenuhkan impian anaknya serta teman untuk bergayut di belakang kenderaan tersebut).
Pasti korang akan rasa marahkan kalau dengar jawapan begini tapi itulah kenyataan dikeluarkan oleh bapa kepada salah remaja yang juga pemandu kenderaan tersebut.
Baca kenyataan penuh dari Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu sepasukan Unit Siasatan dan Risikan (USR) JPJ Negeri Johor yang disiarkan di fb rasmi JPJ mengenai isu ditularkan.
Bertindak atas aduan awam, sepasukan Unit Siasatan dan Risikan (USR) JPJ Negeri Johor telah ke lokasi aduan serta rumah suspek. Sebaik tiba di rumah suspek didapati kenderaan yang diadu iaitu JLE882 berada didalam rumah suspek. Pasukan USR telah memperkenalkan diri dan memaklumkan tujuan serta kes yang tular di media sosial.
Hasil temu siasat, didapati suspek yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) telah mengaku pada waktu kejadian bertarikh 20/07/2019 jam 3.30 petang telah memandu kenderaannya di Jalan Persiaran Scientex Pasir Gudang dengan membawa 3 orang budak (2 situasi berbeza) duduk/bergayut di bonet belakang kenderaan.
OKS mengaku video dan gambar yang tular dimedia sosial adalah beliau dan memaklumkan salah seorang dari budak tersebut merupakan anak beliau dan 2 orang lagi merupakan anak jiran/kawan beliau. Pada waktu kejadian juga OKS mengaku tidak mematuhi isyarat lampu merah di Jalan tersebut.
Dimaklumkan tujuan OKS berbuat demikian kerana memenuhi permintaan anaknya yang mahu melakukan demikian. Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut, didapati kenderaan itu merupakan yang Asal/Memuaskan dan didaftarkan atas nama orang lain (beli sambung bayar).
Saman JPJ (P)22 telah dikeluarkan atas kesalahan :-
1) Cuai Semasa Memandu
2) Gagal Patuhi Isyarat Lampu Merah
dan diserahkan kepada OKS. Untuk makluman pasukan PDRM dari IPD Sri Alam juga turut hadir pada waktu di siasat.
Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku di dalam kalangan masyarakat. Pihak JPJ ingin menasihati dan mengingatkan mana-mana pemilik/pemandu kenderaan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan. Diharap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!