Bila sebut tentang Cameron Highlands, pusat peranginan di Tanah Tinggi ini tidak pernah sunyi dari kunjungan pengunjung. Ada ketika di hujung minggu, kawasan percutian itu penuh sesak dengan orang ramai yang mahu bercuti sambil menikmati keindahan alam sekitar.
Selain terkenal dengan tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, kaktus dan banyak lagi lokasi menarik untuk diteroka di tempat udara dingin ini, tarikan baru yang wujud di Cameron Highlands ini pastinya membuat korang lebih teruja untuk pergi sebaik saja Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat melibatkan Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan terbaru Seremban berahir.
Ads
Yup, rindu nak beli keledek manis, jagung manis sambil minum teh di ladang teh sambil menghirup udara segar.
Ads
Terbaru, khabarnya Cameron Highlands ada tarikan baru itu belon udara panas atau Hot Air Ballons untuk menikmati pemandangan ladang teh dari ruang udara.
Pergh, kalau suami isteri baru berkahwin dan pergi bulan madu di sini, mesti sangat romantik. Tapi korang yang couple pun boleh naik, lagi bestkan. Sambil tu berangan sikit seolah-olah naik belon udara panas di Turki, hikz.
REMAJA cuba menghubungi nombor yang tertera untuk mendapat maklumat harga lebih details tapi empunya nombor memaklumkan mereka mahu membuat beberapa penerbangan lagi sebelum membukanya kepada umum. Buat masa ini ia sudah beroperasi tetapi mungkin kekerapannya tidak diumumkan lagi.
Apa pun, next trip lepas PKPB, boleh lepak naik belon udara panas di Cameron Highlands.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering kita terbaca di media sosial, pelajar sekolah terkena histeri. Biasanya pelajar yang diganggu akan berkata, mereka nampak bayangan perempuan menakutkan serta pelbagai lagi. Masa yang sama, mangsa yang pernah terkena akan berulang kembali.
Persoalannya, kenapa histeria menyerang mangsa yang sama secara berulang kali sebelum merebak kepada orang sekitarnya? Baca penerangan lanjut dari Naqib Masjid Al Khadijiah, Ustaz Shahril bin Abdul Samad mengenai masalah histeria.
Temuramah REMAJA bersamanya juga bertanya, kenapa mangsanya selalu perempuan dan bukan lelaki! Sebab-sebab histeria terjadi dan kenapa mangsanya berulang-ulang.
Histeria biasanya berlaku pada orang yang sama kerana sudah ada “pintu” masuk dalam tubuh mereka, Ustaz Shahril
Kata Ustaz Shahril, histeria bermula apabila individu ternampak benda aneh dan menakutkan. Akibat rasa takut, dia akan menjerit.
“Jin pula apabila melihat keadaan ini, mereka lagi mengambil kesempatan untuk menakut-nakutkan manusia kerana sebahagiannya berasa seronok berbuat demikian.
“Biasanya mangsanya adalah mereka yang lemah semangat, suka bercakap besar, suka mencabar-cabar, tidak menjaga kebersihan diri dan tidak berdamping dengan Quran selain kurangnya zikir dalam diri,” katanya memberitahu ini enam sebab mengapa histeria terjadi.
Tambah Ustaz Shahril lagi, biasanya mereka yang pernah diganggu biasanya akan terkena kembali kerana sudah ada “PINTU”. Ia umpama satu laluan iaitu jalan masuk jin ke tubuh manusia jika selepas terkena histeria, induvidu itu tidak mengubahnya. Maksud berubah di sini ialah kurangnya berzikir atau kurang mendekati al-Quran.
“Jika kita pernah terkena kali pertama, biasanya kita akan kena lagi dan lagi selagi jin itu tidak dibunuh atau dipenjara. Ia ada laluan masuk yang mudah jika pengamalnya tidak mengamalkan zikir,” katanya memaklumkan zikir adalah makanan untuk urat-urat kerana biasanya makhluk halus akan masuk melalui saluran darah.
Histeria yang berlaku buat kali ketiga di SMK Katereh, Kota Bharu semalam
Histeria di SMK Ketereh ini turut berlaku pada guru juga selain pembantu makmal
Dalam pada itu, Ustaz Shahril turut berkongsi pengalaman ketika di universiti dahulu, tiga rakan baik ini selalu terkena histeria.
“Bila kita berdialog dengan jin ini, ia dilakukan oleh 3 beradik jin yang suka makan gula-gula hacks madu. Itu satu cara jin nak minta makanan yang disukainya selain katanya dia menyukai tiga sahabat itu,’katanya menambah jin yang biasa mengganggu manusia ini biasanya kafir.
Biasanya dalam sesi perubatan atau dialog dengan jin apa yang dibincangkan? Tentu ramai nak tahukan!
Selalu kita dengar dialog kenapa datang, pergi dari sini, jangan ganggu anak cucu cicit Adam dan lain-lainkan tetapi tentu ramai nak tahu apa kesudahannyakan. Ya lah, ke mana jin-jin ini dibawa pergi atau bagaimana caranya nak menghalau mereka!
Kata Ustaz Shahril, biasanya dialog akan diadakan dengan jin yang mengacau ini. Langkah pertama, sesi dialog dilakukan.
“Biasanya kita akan pujuk suruh peluk Islam. Kita beritahu dia tentang Islam. Sesetengah jin kafir ini bersetuju dan biasanya dialog ini akan berakhir dengan baik di mana jin ini tak akan ganggu manusia itu lagi.
“Tapi bagi yang degil, kita akan tangkap dan penjarakan mereka. Masa jin ini dalam penjara, kita akan pujuk lagi. Tapi kalau tak jalan semua itu, biasanya kita akan bunuh sekampung. Hapuskan semua supaya mereka tak menganggu lagi,”katanya memaklumkan ada beberapa ayat suci yang boleh digunakan, antaranya Al-Fatihah, ayat Qursi, tiga kul dan sebagainya.
Kenapa pilih perempuan, jarang lelaki?
Tentu ramai nak tahukan, kenapa orang perempuan banyak kena berbanding lelaki?
Kata Ustaz Shahril, biasanya selain kurang semangat, hal ini banyak berkait rapat dengan kebersihan diri dan tempat.
“Orang perempuan ini bila tiba datang bulan, badan bukan saja lemah tapi biasanya mereka tidak boleh solat. Jadi jin-jin ini mengambil kesempatan atas kelemahan ini. Pad yang mengandungi darah juga antara makanan kesukaan jin. Sebab itulah amat penting pad dibersihkan dengan betul dan dibuang ke tempat disediakan, bukan disepah-sepahkan begitu sahaja. Semua ini boleh jadi punca,”katanya mengulas panjang hal ini.
Jelas Ustaz Shahril lagi, setiap perkara yang berlaku biasanya adalah atas keizinan Allah taala.
“Ia memberi peluang dan ruang untuk manusia melihat makhluk alam lain. Allah ingin menguji sejauh mana kita mampu berhadapan dengan makhluk lain di bumi yang luas ini. Cara merawat dan sebagainya. Kalau tiada hal-hal sebegini berlaku, kehidupan manusia itu mungkin statik sahaja,” katanya.
Satu pesanan akhir dari Ustaz Shahril, perbanyakkan mendekati al-Quran dan zikir kerana ia adalah makanan untuk urat-urat. Buang sikap bercakap besar dan bertanya pelik-pelik tentang alam ghaib,” katanya memberi nasihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Semua kejohanan dunia perlu memberi jaminan kepada SEMUA negara dan atlet agar selamat dan bebas daripada diskiminasi semasa bertanding..”
Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Internation Paralympic Council (IPC) menerusi presidennya, Andrew sewaktu mengumumkan pelucutan hak Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renanh Paralimpik Dunia 2019.
Malaysia sepatutnya dijadualkan untuk menjadi tuan rumah kejohanan tersebut di Kuching Sarawak bermula 29 Julai depan.
Namun, selepas keputusan Malaysia menerusi kerajaan Pakatan Harapan menolak kemasukan atlet Israel ke dalam negara sekaligus tidak membenarkan mereka mengambil bahagian, dunia terus menyoal keputusan negara tersebut.
Ini kerana sewaktu Malaysia menerima hak tuan rumah pada tahun 2017, kita sudah dimaklumkan untuk memberi jaminan kepada semua negara yang bertanding tanpa diskriminasi.
Dalam pada itu, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkenaan isu ini.
Namun menerusi akaun Instagramnya beberapa hari lalu, rakyat Malaysia di Palestin gembira untuk mendengar ketegasan negara yang menolak kemasukan warga Israel kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjadi kebiasaan pemandu di negara kita apabila dengan suka hati menukar ‘lane’ ketika memandu di jalanraya.
Lebih sadis apabila tindakan yang tidak bertanggungjawap pemandu kereta berkenaan yang yang menukar laluan secara mengejut menyebabkan individu lain terbabit kemalangan.
Tapi korang tahu tak ada undang-undang mengubah haluan secara mengejut dan menyebabkan kecederaan parah boleh mengakibatkan korang didenda sehingga RM 10,000?
Baru-baru ini, menerusi kemaskini yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia dalam Facebook rasminya, mereka yang mengubah haluan secara mengejut boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Menurut perkongsian itu, pemandu yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM 10,000 jika disabit kesalahan.
Foto Via FB PDRM
Perbuatan pemandu yang mengubah haluan secara mengejut tanpa memberikan isyarat amaran (signal) adalah sebuah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Perbuatan itu bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan malah ianya juga mampu mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya yang lain. Lebih teruk ia mungkin akan mendatangkan kecederaan parah kepada pengguna yang lain.
“Apabila kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kecederaan parah, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa,” tulis kemaskini tersebut.
Selain itu, jika disabitkan kesalahan, pemandu juga boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM10,000 serta boleh juga dipenjara tidak melebihi 12 bulan.
Jadi, kesimpulannya jangan lupa berikan isyarat lampu (signal) untuk menukar lane korang. Jangan membahayakan diri sendiri dan orang lain ketika memandu okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!