Penyanyi berusia 56 tahun itu memberi jaminan kepada peminatnya bahawa konsert yang diadakan sempena ulang tahun ke-35 dalam industri itu adalah sebahagian daripada persiapan untuk bukunya.
“Ini bukan konsert terakhir saya tetapi momen dari konsert ini akan direkodkan di dalam jilid terakhir buku yang akan saya terbitkan kemudian,” ujarnya menurut Harian Metro.
Ads
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin telah mempersembahkan lagu-lagu popularnya sejak awal kariernya seperti Sembilu, Pengemis Cinta, Tiada Tangis Lagi, Kesal, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Cinta Selembut Sutera, Dua Insan Bercinta, Standing In The Eyes Of The World, dan Peace Love Rindu.
Menarik sekali apabila jumlah lagu yang dipersembahkan mewakili 35 tahun beliau dalam industri muzik.
Ads
Di samping itu, Ratu Rock tersebut turut menghiburkan peminat dengan persembahan tetamu oleh Amy Search pada hari pertama, dan Datuk Ramli Sarip pada hari kedua.
Sekadar info, konsert legenda rock Malaysia ini turut menerima pengiktirafan ‘Most Concert Tickets Sold Out: 10,000 Tickets in 24 Hours’ oleh Malaysia Book of Records. Wowww!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Kosmo Digital
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada hari ini, keputusan bagi calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah mula boleh didapati di sekolah masing-masing. Walau bagaimanapun tiada pengumuman secara berpusat dilakukan seperti tahun sebelumnya selepas pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan PMR.
Untuk tahun 2017, seramai 424,251 calon menduduki peperiksaan di seluruh negara. Pelajar-pelajar dinilai mengikut empat jenis penilaian merangkumi keputusan keseluruhan, penghuraian keputusan mata pelajaran, laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta laporan psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan seseorang.
Jadi ke mana hala tuju pelajar selepas PT3? Tidak dapat dinafikan masih terdapat kekeliruan daripada ibu bapa dan terutamanya di kalangan pelajar sendiri bagaimana untuk menentukan hala tuju yang terbaik bagi pemilihan aliran sesuai bila ke tingkatan 4 nanti.
Difahamkan, pelajar-pelajar yang layak boleh memohon memasuki ke Tingkatan Empat di mana-mana sekolah terpilih termasu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara. Tujuh SBP menawarkan sejumlah 945 tempat untuk kemasukan pelajar Tinglatan Empat. Itu untuk pelajar yang cemerlang. Bagaimana pula dengan yang lain?
Bagi Remaja, PT3 memang peperiksaan dan penilaian yang penting tapi ia bukanlah titik nokhtah untuk pelajar mencapai kejayaan pada masa akan datang. Masih jauh lagi perlajanan mereka untuk ditempuhi.
Jadi bagaimana ntuk memilih aliran yang sesuai. Di sini Remaja ingin kongsikan beberapa tip yang mungkin boleh membantu ke mana hala tuju pelajar selepas PT3.
Aras Pencapaian
Keputusan PT3 boleh digunakan sebagai kayu pengukur pencapaian pelajar, terutamanya buat pelajar berminat untuk ke aliran Sains. Pencapaian bagi subjek seperti Sains dan Matematik harus diberi perhatian memandangkan lebih banyak subjek berkaitan akan dipelajari bila memasuki aliran Sains nanti. Ada banyak lagi faktor yang mempengaruhi. Namun sekurang-kurangnya ini adalah indikator awal yang membolehkan atau membataskan pencapaian akademik pelajar di tingkatan 4 kelak. Pencapaian yang baik, tak bererti anda boleh buat dengan baik dalam aliran Sains dan juga pencapaian yang kurang memuaskan, tak bererti anda tak boleh buat dengan baik dalam aliran Sains.
Ukur Kemampuan
Selain daripada pencapaian PT3, perlu juga ada muhasabah diri menilai kemampuan belajar bagi 2 subjek tadi, iaitu Sains dan Matematik. Kalau kebiasaannya berdepan kesukaran untuk belajar dan sentiasa mendapat markah yang kurang memuaskan, maka kamu perlu pertimbangkan dengan sebaiknya. Adakah benar kamu ingin teruskan dalam aliran Sains? Jika bukan aliran Sains, bagaimana? Mungkin itu yang menjadi persoalan kamu. Percayalah aliran Sastera dan Teknik/Vokasional juga sangat penting. Bukanlah nak cakap dua aliran itu lebih senang tetapi mungkin kecenderungan kamu bukan pada aliran Sains. Nilai diri dengan sebaik mungkin, InshaAllah perancangan anda ini nanti akan akan jadi satu percaturan yang terbaik.
Kenal Pasti Minat
Untuk memilih aliran sama ada Sains, Saster atau Teknik/Vokasional juga boleh didasarkan kepada minat kamu terhadap bidang tertentu. Dengan minat, apa yang kamu lakukan pada masa akan datang akan menjadi lebih senang dan teratur. Tapi ingat, dengan minat sahaja kamu tidak akan ke mana tapi harus selari dengan pencapaian dan Kemampuan anda dalam subjek berkenaan. Minat dalam aliran Sains atau Sastera juga boleh ditentukan melalui Ujian Psikometrik yang dijalankan oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kamu boleh rujuk guru kaunseling sekolah untuk ketahui potensi kamu ke arah mana.
Jangan Segan Bertanya
Malu bertanya sesat jalan. Begitulah lumrah hidup, kita memang tidak boleh nak buat pandai sendiri jika tidak tahu. Sebagai seorang pelajar kamu tidak harus berasa malu atau segan untuk bertanya kepada guru. Contohnya kalau kamu ingin ambil aliran Sains, pergilah berjumpa guru Sains dan Matematik. Selaku pembimbing kamu dia lebih mengetahui adakah kamu boleh teruskan dengan minat terhadap aliran tersebut. Jangan malu untuk kadikan guru mereka sebagai suara penting untuk kamu buat keputusan.
Istikharah
Selepas segalanya telah diusahakan kamun harus berserah dan memohon pertolongan daripada Yang Maha Esa agar diberi petunjuk dan mempermudahkan segala perancangan kamu.Usaha terkakhir ini juga merupakan satu lagi ikhtiar terbaik terutama bagi kamu yang dalam dilema teruk.
Buat semua lepasan PT3, good luck dan buatlah pilihan yang tepat semasa memilih aliran untuk memasuki Tingkatan Empat!
Foto: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Impian untuk bergelar penghibur akhirnya menjadi kenyataan buat Ariel Fesol, juara Big Stage Alpha musim pertama.
Selepas enam tahun setia berkhidmat dalam industri penerbangan, Ariel akhirnya membuat keputusan besar untuk meninggalkan kerjaya sebagai pramugara.
Walaupun kerjaya itu stabil dan menjamin pendapatan tetap, penyanyi berusia 27 tahun itu akur dengan suara hati yang sudah lama memanggilnya ke pentas seni.
“Sebelum ini saya sudah cuba macam-macam pertandingan tetapi tidak menjadi. Saya pernah putus asa dan nekad tinggalkan industri seni. Saya tak nak kejar lagi impian ini.
“Tapi kali ini rezeki berpihak kepada saya dan menjadi juara Big Stage Alpha. Saya rasa ini permulaan dan disebabkan itu saya dah buat keputusan untuk tinggalkan kerjaya sebagai pramugara.
“Saya nak kejar impian dan capai lebih banyak kejayaan dalam bidang muzik. Bukan tak bersyukur, tapi saya nak hidup buat benda yang saya suka. Saya mahu fokus menyanyi,” katanya kepada Remaja.
Kemenangan Yang Membuka Laluan Baharu
Mengulas tentang kemenangan dan hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 yang diraih, Ariel mengakui masih belum membuat sebarang perancangan konkrit. Namun, satu impian besar tetap bermain di fikirannya.
“Sejujurnya saya pun masih terkejut dengan kemenangan ini. Duit itu pun saya tak terfikir lagi nak buat apa lagi.Tapi saya ada impian untuk ke Tanah Suci.
“Saya dah pergi banyak negara sepanjang jadi pramugara tapi belum berkesempatan jejakkan kaki ke Mekah. Kalau ada rezeki, insya-Allah saya mahu tunaikan umrah,” jelasnya.
Bersedia Jadi Sumber Semangat Untuk Alpha
Bercakap mengenai penyertaannya dalam kumpulan lelaki baharu Alpha, Ariel yang berasal dari Kuala Lumpur bersikap terbuka jika diberi kepercayaan sebagai ketua tidak rasmi kumpulan tersebut.
“Kami tak letak sesiapa sebagai ketua tapi akan ada seorang untuk ke hadapan. Bagi saya, tugas saya lebih kepada jadi pemberi semangat.
“Kalau ada yang rasa jatuh, mereka akan cari saya. Sejak dulu saya pegang satu prinsip iaitu layan semua orang dengan baik. Saya nak terus sebar kebaikan,” luahnya.
Untuk info, Ariel berjaya menewaskan enam finalis lain dan diumumkan sebagai juara Big Stage Alphapada konsert akhir yang berlangsung semalam.
Kemenangan itu juga melayakkan dirinya menyertai Alpha, yang kini tampil dengan single debut berjudul Mona Lisa dan bakal menjalani latihan intensif di Korea Selatan tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi rap dan pelakon terkenal, T.O.P baru-baru ini kembali mencuri perhatian peminat apabila mengumumkan bakal mengadakan jelajah fan meeting solo ‘T.O.P PRE-STUDIO 2026’ di beberapa negara Asia.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, T.O.P atau pemilik nama sebenar Choi Seung-hyun (39), mendedahkan poster utama jelajah tersebut yang sekaligus memperkenalkan rangka siri pertemuan peminat yang dijadualkan berlangsung di beberapa lokasi utama Asia termasuk Hong Kong, Taipei, Jakarta, Kuala Lumpur, Tokyo dan Kaohsiung.
Difahamkan, konsep “PRE-STUDIO” membawa pendekatan berbeza berbanding persembahan biasa kerana ia memberi ruang kepada peminat untuk lebih terlibat dalam pengalaman interaktif, seakan-akan menjadi sebahagian daripada proses kreatif yang ingin ditampilkan dalam acara tersebut.
Selain itu, pihak pengurusan turut memberi bayangan bahawa senarai lokasi jelajah ini tidak terhenti setakat itu sahaja, sebaliknya lebih banyak bandar akan diumumkan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan semasa jelajah berkenaan.
Apa yang lebih menarik, Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai salah satu destinasi penting apabila T.O.P dijadualkan membuat penampilan di Unifi Arena pada 27 September ini, sekaligus menjadi antara momen yang paling dinantikan peminat tempatan.
Untuk rekod, BIGBANG yang dianggotai T.O.P sejak 2006 merupakan antara kumpulan yang banyak mencorakkan perkembangan global muzik K-Pop menerusi pelbagai lagu hit seperti Fantastic Baby, Bang Bang Bang, Haru Haru, Bae Bae, BLUE dan Lies yang masih menjadi kegemaran ramai sehingga kini.
Selain aktif dalam bidang muzik, T.O.P juga dikenali sebagai pelakon berbakat apabila pernah membintangi beberapa filem popular seperti Iris, 71: Into the Fire, Commitment dan Tazza: The Hidden Card, yang mengukuhkan lagi namanya dalam industri hiburan Korea Selatan.
Terdahulu, beliau turut mencuri perhatian penonton antarabangsa apabila muncul dalam siri Netflix popular Squid Game Musim 2 sebagai watak Thanos. Manakala maklumat lanjut berkaitan tiket bagi jelajah ‘T.O.P PRE-STUDIO 2026’ di Kuala Lumpur masih belum diumumkan dan dijangka akan dikongsikan dalam masa terdekat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...