Menjadi anak seni bukanlah satu perjalanan yang indah sepanjang masa. Di sebalik sorakan peminat, cahaya lampu pentas dan kejayaan lagu hits, ada juga sisi gelap yang menguji emosi dan kekuatan diri. Begitulah yang sedang dilalui oleh penyanyi berbakat besar, Naim Daniel.

Menurut laporan Kosmo, penyanyi berusia 28 tahun ini kini berdepan ujian berat apabila namanya terpalit dengan kontroversi yang menjejaskan reputasi. Namun, dalam kesukaran itu, Naim memilih untuk terus berdiri teguh. Baginya, setiap cabaran bukan alasan untuk berhenti, sebaliknya medan untuk mendewasakan diri.

“Bukan Perjalanan Mudah, Tapi Setiap Ujian Mendewasakan Saya” – Naim Daniel
Kredit: Instagram Naim Daniel

“Ini bukan perjalanan mudah. Sudah tentu ada beberapa peluang yang saya terlepas. Tapi saya percaya setiap ujian hadir untuk mendewasakan saya. Hidup mesti diteruskan. Jadi, saya sibukkan diri dengan perkara yang berfaedah,” kata Naim.

Fokus Pada Lagu & Persembahan

Walaupun terkesan dengan kehilangan beberapa peluang, Naim tetap bersyukur kerana masih diberi ruang mengadakan persembahan. Menurutnya, bidang muzik adalah saluran terbaik untuk meluahkan rasa sekaligus mengubat hati.

“Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran persembahan, namun lebih berhati-hati dalam memilih. Buat masa ini, saya mahu beri tumpuan penuh terhadap penulisan lagu kerana itu tanggungjawab saya sebagai penyanyi dan anak seni,” jelasnya.

Ads

Bagi Naim, penulisan lagu bukan sekadar kerjaya tetapi terapi untuk diri. Ia menjadi wadah untuk menyampaikan emosi dan kisah hidup yang mungkin dapat memberi inspirasi kepada orang lain.

“Bukan Perjalanan Mudah, Tapi Setiap Ujian Mendewasakan Saya” – Naim Daniel

Ads

Dikelilingi Insan Tersayang

Selain kerjaya seni, Naim juga menitikberatkan kesihatan mental dan fizikal. Dia memilih untuk sentiasa dikelilingi keluarga serta rakan-rakan rapat yang menyokong perjalanan hidupnya.

Ads

“Saya pastikan diri kekal cergas. Kalau diri sendiri tidak sihat, bagaimana saya mahu jalani hari dengan baik? Cukup tidur, fokus, dan terus mencari inspirasi dalam penulisan lagu,” katanya lagi.

Ujian Mendewasakan

Buat pembaca remaja, kisah Naim Daniel ini membuktikan bahawa hidup tidak selalunya mudah. Ada ketika kita diuji dengan dugaan besar yang boleh menjatuhkan semangat. Namun, cara kita bangkit adalah kunci untuk menjadi lebih matang.

Setiap ujian yang datang adalah peluang untuk belajar, memperbaiki diri dan menjadi lebih kuat. Seperti kata Naim, perjalanan mungkin sukar, tetapi ia tetap mendewasakan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads