Memulakan kerjaya lakonannya pada 2012 ketika berusia 4 tahun, pelakon tanah air, Qistina Raisah mula dikenali umum selepas membintangi drama Papa Ricky lakonan Fadlan Hazim dan Siti Elizad.
Pelakon yang kini menginjak ke usia remaja baru-baru ini ditemui di acara ‘Race Day’ anjuran jenama fesyen terkenal, Neonate di Litar Sepang.
“Buat masa kini, saya sedang giat berlakon bagi slot drama Samarinda TV3, di mana saya memegang watak sebagai Rania, adik kepada Shukri Yahaya,” komennya.
Apabila ditanya berkenaan watak idaman beliau sebagai seorang pelakon, gadis manis ini tampil bercerita tentang watak yang sudah lama diimpikannya selama ini.
“Dalam drama tersebut, saya sudah pun bergelar pelajar kolej dan bekerja. Jadi watak idaman sebagai pelakon remaja sudah termakbul,
Ads
“Tapi antara watak yang memang saya sudah idam lama adalah watak yang ‘adventure’, yang ada terlibat dengan adegan menembak kerana saya pun buat masa kini sudah dalam perjalanan menyertai kelab menembak bagi mendapatkan pengalaman tersebut,
“Sebab dari dulu saya memang seorang yang sukakan cabaran, nak terjun bangunan pun boleh,” seloroh pelakon berusia 15 tahun ini.
Pelakon drama Demi Cinta Ain ini juga mengakui bahawa dirinya sedang bergiat aktif dalam industri pengacaraan apabila dilantik sebagai pengacara bagi aplikasi Lazada.
“Bukan sahaja lakonan, saya juga ada ambil ‘hosting job’ buat aplikasi Lazada. Saya juga sedang ceburi dunia pemodelan dan Insya-Allah suatu hari nanti mungkin akan menyanyi,” komennya lagi.
Ads
Akui sudah kerap dihampiri syarikat rakaman, dirinya enggan memulakan karier sebagai seorang penyanyi selagi belum bersedia.
“Banyak dah agensi approach seperti Awal Music dan FMC Music, tapi saya sendiri yang tak berani sebab saya tidak mahu memulakan sesuatu secara sambil lewa,
“Saya nak betul-betul pandai vokal, boleh menyanyi secara langsung dan bukan sekadar recording sahaja sebab saya memang minat menyanyi dan enggan main-main dalam karier ini,” jelasnya kepada REMAJA.
Pelakon hebat ini juga mengakui bahawa ada perancangan dari pihaknya untuk memasuki kelas vokal demi mengasah kemampuannya itu dengan lebih lagi. Namun dek kerana jadual pengambaran yang padat dan aturan ‘homeschooling’ beliau buat masa kini menghalang niatnya itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Qistina Raisah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dianjurkan pada setiap tahun, ternyata alumni daripada ‘keluarga’ pencarian Hero Remaja & Dewi Remaja tidak gagal untuk menempatkan diri dalam kalangan para pemenang.
Edisi ke 33 yang berlangsung pada Jumaat lalu turut tak terkecuali apabila Ben Amir dari Hero Remaja 2011/2012 dan Mawar Rashid dari Dewi Remaja 2014/2015 muncul sebagai pemenang dalam kategori masing-masing.
Ben Amir yang memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular berkata dia terharu dengan kemenangan pertama ini selepas 8 tahun berkecimpung dalam industri seni.
“Saya terharu di atas sokongan peminat. Ia pencapaian yang saya hargai dan dengan anugerah ini, saya akan terus memperbaiki kelemahan diri. Saya juga tak boleh terus leka dengan kemenangan ini. Ia isyarat untuk terus bekerja keras,” kata pemilik nama Muhammad Amir Sabaruddin.
Manakala, Mawar Rashid yang juga merupakan Dewi Favourite sewaktu bertanding dahulu di Dewi Remaja 2014/2015 mendedikasikan kemenangan tersebut kepada kelab peminatnya.
“Trofi ini sangat bermakna. Ini adalah rezeki bayi dalam kandungan. Saya juga berhasrat untuk terus membina nama dalam industri seni.”
Tahniah Ben & Mek Wa!
Selain mereka berdua, sebelum ini ramai lagi bintang yang lahir daripada Hero Remaja & Dewi Remaja yang telah menaiki pentas ABPBH sebagai pemenang hasil undian peminat.
Jom lihat kalau ada artis kegemaran korang.
Agaknya, tahun depan giliran Hero & Dewi mana pula untuk naik pentas?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon yang juga isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata ketujuh di sebuah pusat perubatan swasta di pada jam 12.57 tengah, Jumaat lalu.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suami tercintanya sendiri menerusi hantaran di Instagram Story. Menurut Zaquan, mereka menimang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 12.57 tengahari pada 2 Ogos 2024. Selamat datang ke dunia anak lelaki saya,” katanya.
Dalam pada itu, Zaquan memaklumkan isteri dan bayinya berada dalam keadaan baik dan sedang berehat di hospital.
“Ayu sedang rehat, Alhamdulillah semuanya okey. Saya suruh dia tidur dulu kerana saya nak balik rumah uruskan uri, cuci bersih dan saya akan tanam.
“Kepada suami di luar sana, pastikan kalau boleh biarlah kita yang uruskan kerja-kerja mencuci dan menanam uri anak-anak,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq, Muhammad Aisy Al Jibreel dan anak keenam yang berusia setahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Siti Khadijah Halim mengakui bahawa dia seorang yang ‘membosankan’ kerana tidak mempunyai cerita sensasi seperti anak seni yang lain.
Katanya kepada Remaja, pelakon drama popular From Saga With Love itu memaklumkan, dia sering kali menjadi pilihan terakhir untuk ditemubual, kerana tidak mempunyai cerita yang menarik perhatian ramai.
“Kalau berlakon, saya selalu berasakan pelakon lain lebih popular daripada saya.
“Bukan nak merendah diri, tetapi biasanya kalau ada sidang media, sayalah pelakon paling akhir ditemubual.
“Mungkin kerana jawapan yang saya berikan membosankan,” luah pemenang Pelakon Wanita Komedi Terbaik, Asian Academy Creative Awards 2024 itu.
Bagaimanapun, pelakon berusia 27 tahun itu tidak berkecil hati dengan situasi tersebut. Sebaliknya, dia menerima kenyataan itu dengan hati terbuka dan terus fokus pada kerjayanya dalam bidang lakonan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.