Disebalik peserta yang hadir pada sesi uji bakat Hero Remaja hari ini, seorang lelaki yang merupakan cancer fighter turut mahu mencabar diri menyertai Hero Remaja 2020.
Muhammad Afiq Ab Molok pernah menderita kanser otak sewaktu umurnya 11 tahun. Namun begitu, dek kerana semangatnya yang kuat dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga tersayang, pemuda berusia 23 tahun ini telah disahkan bebas kanser.
"Pada zaman sekolah dulu, saya sering pengsan di dalam kelas. Ingatkan sakit biasa sahaja. Cuma ada sekali tu saya terkena sawan dan bila keadaan jadi lebih teruk, pihak hospital melakukan MRI dan pada mulanya mengesahkan ada brain tumor sebesar telur ayam di dalam kepala saya,"
Ads
"Saya terus dibedah dan tumor tersebut pecah di dalam kepala. Meneruskan rawatan kimoterapi sebanyak 6 cycle, kesakitan yang dirasai waktu itu hanya Tuhan saja yang tahu. Hospital seperti sudah menjadi rumah kedua saya," jelas Afiq.
Ingin menjadi sumber inspirasi
Ads
"Jika saya terpilih menjadi sebagai salah seorang finalis Hero Remaja, insyaAllah saya ingin menjadi sumber inspirasi buat remaja di luar sana, terutamanya pesakit kanser. Saya mahu menunjukkan semangat yang positif,"
"Walaupun tidak terpilih pada hari ini, juri menyarankan saya agar cuba lagi pada minggu hadapan. Saya tidak berputus asa dan insyaAllah saya akan kembali dengan lebih bersemangat," katanya lagi.
Ads
Semangat yang ditunjukkan oleh Afiq sememangnya wajar dicontohi oleh anak muda semua. Jangan pernah berputus asa dan selagi korang ingin mencapai impian yang ada, segalanya tidak mustahil untuk dikecapi.
Finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry telah selamat diijab kabul dengan pasangannya, Najla Samshul sebentar tadi. Majlis pernikahan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Pasangan mempelai dua sejoli itu dilihat cantik mengenakan busana rekaan pereka ternama, Rizman Ruzaini.
Majlis resepsi sebelah keluarga perempuan akan diadakan pada malam ini di sebuah resort yang terletak di Melaka.
Menurut Ikmal Amry, majlis resepsi sebelah keluarga lelaki yang dijadualkan berlangsung pada 27 Disember ini terpaksa ditunda ke tarikh lain ekoran kes COVID-19 yang masih menular di Lembah Klang.
Kami di Remaja mengucapkan selamat pemgantin baharu buat Ikmal dan pasangan, Najla Samshu! Semoha perkahwinan kalian diberkati serta dikurniakan kebahagiaan sehingga akhir hayat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Impian pelakon meningkat naik, Mierul Aiman memiliki ijazah direalisasikan selepas berjaya menggenggamnya pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel), baru-baru ini.
Pemilik nama Mohammad Amirul Aiman Norazman itu antara ratusan graduan yang diraikan dalam konvokesyen kali ke-17 di Kampus Bestari Jaya.
Menerusi platform Instagram, pelakon naskhah hit Projek: High Council itu ada memuat naik beberapa keping foto yang mengenakan jubah konvokesyen hitam dengan kapsyen yang menyifatkan perjalanannya masih belum terhenti di situ.
“Masih belum selesai. Perjalanan gila! #MechyBoy,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan maklum balas, hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada pengikut dan ada juga yang mendoakan kejayaan aktor berusia 25 tahun itu, pada masa hadapan.
“Handsome with brain,” komen seorang pengikutnya.
“Alhamdulillah, tahniah @mierulaiman, ” komen lagi seorang pengikutnya.
Sekadar informasi, Mierul menceburi industri hiburan setelah dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2021 dan menjadi sebutan ramai apabila memegang watak utama dalam drama bersiri Projek: High Council.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tempoh empat tahun selepas pencarian Hero Remaja 2024 melabuhkan tirainya dengan menobatkan Nadhir Nasar selaku juara, nama Hariz Hamdan yang membarisi senarai12 finalis jejaka berpotensi lagi berbakat besar dalam pencarian berkenaan nyata tidak malap sama sekali.
Sebaliknya, Hariz berjaya menapak ke hadapan sebagai salah seorang pelapis dunia lakonan tanah air yang konsisten mewarnai naskah drama serta filem biarpun usianya baru memasuki 22 tahun.
Berpenampilan ‘macho’, mesra apabila bersua dan bebas kontroversi barangkali adalah antara impresi pertama yang dikaitkan dengan Hariz.
Begitupun, disebabkan imej sedemikian juga, bintang drama bersiri X-Change itu tidak dapat lari daripada menjadi menjadi bualan mulut peminat yang tidak keruan melihatnya.
Terbaru menerusi aplikasi X, Hariz menjadi perhatian apabila seluar yang disarungkannya bagi satu sesi temubual promosi drama bersiri X-Change kelihatan ketat sehingga menampakkan ‘asetnya’ bagi tatapan ramai.
Menjawab tentang isu tersebut kepada REMAJA ketika ditemui baru-baru ini, Hariz tidak mahu menghiraukannya bahkan merasakan ia tidak harus dijadikan sebagai isu sekalipun.
“Sebenarnya ini bukanlah kali pertama ada pihak bertanyakan kepada saya mengenai hantaran sebegitu oleh netizen.
“Saya sedar ada mata yang mungkin memandang saya sebagai objek. Saya diberitahu mereka akan ‘zoom’ kepada bahagian tubuh tertentu terutamanya bila melibatkan selebriti atau atlet lelaki. Untuk tujuan apa, saya pun tidak tahu.
“Bagi saya, nak buat macam mana? Memang saya memakai seluar yang telah disediakan oleh mereka yang lebih pakar dalam bidang fesyen. Lagipun, saya berpakaian tertutup, berseluar panjang serta berbaju. Bukannya saya bertelanjang atau melakukan aksi tidak senonoh.
“Senang cerita, it is just a matter of an unfortunate camera angle. Saya tidak duduk di kerusi temubual itu dalam gaya yang pelik semata-mata untuk menunjukkan aset atau sebagainya. Saya hanya di situ untuk mempromosikan drama terbaru kami, X-Change. Saya hanya menjadi diri sendiri,” ulasnya.
Hariz yang kini berkerjasama rapat dengan jenama pakaian sukan dan gaya hidup popular, ASICS bagaimanapun berharap agar netizen memandangnya sebagai seorang pelakon yang serius ingin berkecimpung dalam industri lakonan dan bukannya sebagai simbol seks semata.
“Jujurnya, saya sedikit tidak selesa bila netizen memandang saya dari sudut sebegitu. Tapi sekiranya ada netizen melihat saya sebagai simbol tertentu, biarkan sahajalah mereka.
“Hendak marah pun, tiada gunanya. Jika marah kepada seorang individu, mungkin ada beratus orang lain yang akan objectify kita. Terpulang kepada mereka asalkan mereka tidak menjatuhkan nama saya dan saya serta keluarga tahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Lumrah manusia, tetap akan menjadi manusia yang mempunyai bermacam-macam akal fikiran,” simpulnya.