Benci atau suka, filter telah menjadi satu kewajipan di mana-mana platform media sosial. Dengan hanya satu klik, anda akan kelihatan cantik dan tampan tanpa perlu bersusah payah.
Tidak dinafikan, ianya menyeronokkan dan semestinya meningkatkan keyakinan kita. Namun di era yang di mana majoriti produk kecantikan dipromosikan di laman sosial, muncul isu di mana penonton tidak dapat membezakan imej sebenar dan imej yang diubahsuai.
Ianya juga mempromosikan standard kecantikan yang tidak realistik, terutamanya dalam kalangan pengguna yang lebih muda.
Kini, rang undang-undang perundangan Perancis yang baharu boleh memaksa influencer untuk memberitahu pengikut media sosial mereka apabila terdapat filter digunakan foto dan video, yang dimuatnaik.
Ads
“Ini adalah cara untuk kita membentuk industri kecantikan yang lebih beretika,” kata ahli parlimen Perancis Arthur Delaporte, yang turut membantu dalam memperkenalkan rang undang-undang itu.
Rang undang-undang itu telah diterima pakai oleh Perhimpunan Kebangsaan Perancis minggu lalu tetapi masih memerlukan undian Senat sebelum ianya boleh menjadi undang-undang
Ads
Undang-undang itu dikatakan bertujuan untuk mengawal pengaruh komersial dan memerangi penyalahgunaan yang dilakukan oleh sesetengah influencer di rangkaian sosial.
Rang undang-undang itu bukan sahaja terpakai kepada influencer di Perancis, tetapi juga akan tertakluk kepada influencer di luar negara yang ingin memasuki pasaran Perancis.
Sekadar info, Perancis bukanlah negara pertama yang berusaha untuk menggubal undang-undang itu. Pada tahun 2021, penggubal undang-undang di Norway turut meluluskan undang-undang yang memaksa influencer dan pengiklan melabelkan foto yang diedit oleh mereka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Benoit Photos, France Choice
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jujurnya, bukanlah suatu perkara baharu sekiranya korang mendengar aduan-aduan yang telah dikemukakan oleh penumpang syarikat penerbangan tambang murah AirAsia selama ini; khususnya di platform media sosial.
Soal waktu penerbangan yang ditangguhkan selama beberapa jam seakan sudah menjadi kebiasaan. Belum lagi menyentuh soal pemulangan semula wang atau kredit terhadap tiket penerbangan yang terpaksa dileburkan sepanjang musim pandemik dua tahun yang sudah.
Begitupun semua kegusaran itu mungkin sekali akan berubah apabila AirAsia kini tidak lagi boleh berduduk diam dengan kehadiran saingan syarikat tambang murah terbaru di Malaysia, MYAirline.
MYAirline sedang merancang operasi mereka bermula awal tahun 2023 dan khabarnya akan cuba mengatasi segala tawaran serta perkhidmatan yang disediakan oleh AirAsia!
Antaranya termasuklah menjual tiket penerbangan dengan tambang yang lebih rendah, memberikan sokongan khidmat pelanggan dengan lebih efisyen pada masa nyata (real time) dan juga menyediakan penerbangan yang menepati masa!
Tambah menggusarkan buat pihak AirAsia adalah apabila MYAirline juga telah merekrut beberapa bekas pegawai eksekutif tertinggi AirAsia dalam usaha untuk memperolehi perkongsian pengalaman dan maklumat penting untuk mengukuhkan syarikat baharu itu dalam industri penerbangan tambang murah yang sengit saingannya.
Lapor Nikkei Asia, ini termasuklah Ketua Penasihat Eksekutif MYAirline, Kathleen Tan yang pernah berkhidmat di bawah pengurusan pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes selama 13 tahun. Turut menyertai mereka ialah Izwan Razak yang pernah menjawat posisi pengurus operasi kabin bersama AirAsia selama 17 tahun.
Kathleen Tan (tengah) bersama pasukan petugas MYAirline. FOTO : Facebook MYAirline
Dengan jolokan sebagai penerbangan yang menyediakan ‘Tambang Ultra Rendah’, sama-samalah kita nantikan berapa murah tiket yang ditawarkan MYAirline ini. Sebagai permulaan, mereka akan menyediakan tiga pesawat bersaiz kecil Airbuds A320 terpakai. Namun untuk liima tahun akan datang, MYAirline menyasarkan untuk berkembang kepada 50 buah pesawat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boleh dikatakan hampir setiap bulan ada sahaja menu baharu yang diperkenalkan oleh restoran makanan segera kegemaran ramai, McDonald’s. Setiap kali pengenalan kepada menu baharu ini, ramai yang terliur dan tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya.
Terbaharu, menerusi perkongsian yang telah dibuat oleh laman Facebook Raja Cuti, dikatakan McDonald’s bakal mengeluarkan menu pemanis mulut baharu berperisa strawberi. Hantaran itu telah menerima sebanyak 8 ribu perkongsian dengan hampir 5 ribu komen yang ditinggalkan oleh warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ia jelas terbukti setelah seorang penyelidik kanser payudara dari Arab Saudi kini sedang menantikan gilirannya untuk berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa atau ISS pada 21 Mei kelak.
Menurut kenyataan agensi angkasa Amerika Syarikat, NASA seperti yang dilaporkan ole Anadolu Agency (AA), wanita yang dikenali sebagai Rayyanah Barnawi itu akan menyertai misi ‘Axiom Space 2’ selama 10 hari di ISS bersama-sama seorang angkasawan lelaki, Ali AlQarni yang juga berasal dari Arab Saudi.
Rayyanah Barnawi
Mengikut perancangan awal, misi berkenaan dijadualkan berlancar pada 8 Mei lalu di Pusat Angkasa Kennedy di Florida, Amerika Syarikat sebelum ia ditunda ke 21 Mei pada kira-kira jam 5.37 petang (waktu EDT) oleh NASA dan Axiom Space.
Pemilihan Rayyanah untuk ke ISS ini sekaligus meletakkan dirinya dalam sejarah dunia sains Arab Saudi selaku wanita pertama dari negara berkenaan yang akan berlepas ke ruang angkasa.
Di ISS kelak, kedua-dua individu itu akan menyertai angkasawan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sultan Al Neyadi yang kini sudahpun bertapak di ISS bagi mengelolakan misi enam bulan di sana.
Mereka juga akan disertai oleh angkasawan wanita, Peggy Whiston dan perintis perniagaan merangkap juruterbang, John Shoffner yang merupakan sebahagian daripada misi Axiom Space 2.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang angkasawan wanita pertama dari negara UAE sekaligus menjadi angkasawan wanita pertama berdarah Arab yang diserap untuk menyertai misi penorakaan angkasa lepas anjuran NASA. Nora telahpun mengenepikan 4,000 pemohon lain dari seluruh dunia untuk misi tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!