Negara jiran kita, Indonesia dikatakan telah merasmikan stadium canggih yang cukup menarik, lebih-lebih lagi ia dikatakan seiring dengan kehendak arus bola sepak moden kini.
Malah, Stadium Antarabangsa Jakarta (Jakarta International Stadium – JIS) telah dirasmikan pada 24 Julai lalu dengan satu perlawanan persahabatan antara kelab bola sepak tempatan, Persija Jakarta dengan pasukan Chonburi dari Thailand.
Kelebihan Jakarta International Stadium (JIS)
Mari kita lihat lima fakta menarik mengenai stadium kebanggaan rakyat Indonesia seperti yang dilapor dalam Detik.com.
1. Atap stadium yang boleh dibuka-tutup
Untuk pengetahuan anda, JIS merupakan salah sebuah stadium yang mempunyai bumbung yang boleh dibuka dan ditutup. Hanya beberapa stadium sahaja di dunia yang mempunyai kemudahan seperti ini, misalnya Mercedes-Benz Stadium di Atlanta, Amerika Syarikat.
Ads
2. Padang hybrid turf
Rumput yang digunakan di atas padang stadium ini adalah jenis hybrid turf. Rumput ini merupakan campuran rumput biasa dan sintetik. Tambahan pula, JIS juga bakal memiliki kemudahan lain seperti sebuah restoran, ruang VIP serta bilik persalinan yang cukup mewah. Tidak dilupakan juga, stadium ini adalah mesra penyokong orang kurang upaya (OKU).
Foto Via Detik.com
3. Kapasiti Yang Besar
Stadium ini mampu memuatkan seramai 82,000 penonton dalam satu-satu masa. Hal ini kerana strukturnya yang dibina selari dengan fasiliti stadium bola sepak moden serta tidak mempunyai trek larian seperti kebanyakan stadium lain. Sementara itu, JIS yang terletak di Jakarta Utara ini dibina tiga tingkat, iaitu lower, middle dan upper.
Ads
4. Kos pembinaan
Dianggarkan kos pembinaan JIS adalah sebanyak RM1.4 bilion. Jadi tidak disangkal lagi, pembiayaan kos sebesar itu mampu membina sebuah stadium berkelas dunia sepertinya. Stadium ini juga telah menggantikan stadium sebelum ini iaitu Stadium Lebak Bulus.
Foto Via Detik.com
5. Padang latihan yang mengikuti standard antarabangsa
JIS juga difahamkan mempunyai dua padang yang bertaraf antarabangsa. Walaupun eksklusif sebagai stadium rasmi negara, menariknya ia juga boleh disewa oleh orang awam dengan kos serendah RM595. Imbas kembali, JIS mula dibina sejak 14 Mac 2019 dan pembinaannya selesai pada tahun ini yang hanya mengambil tempoh tiga tahun untuk siap sepenuhnya.
Ads
Wah, hebatnya…kalau korang melancong ke Indonesia, boleh la melawat stadium kebanggaan mereka ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, ibu kepada Allahyarham Muhammad Zahran Mohd Zuraidi yang tular di media sosial selepas mendermakan organ beliau meluahkan rasa reda atas pemergian anak sulungnya, meskipun kehilangan itu cukup besar buat keluarga.
Memetik laporan Sinar Harian, Suzita Ab Halim berkata, anaknya yang berusia 21 tahun itu meninggal dunia pada 23 Mac lalu di Hospital Selayang selepas disahkan mengalami mati otak akibat kemalangan jalan raya.
Jelas beliau, kejadian tersebut berlaku pada 18 Mac sekitar jam 9.35 pagi ketika arwah dalam perjalanan pulang selepas menamatkan syif kerja malam di sebuah syarikat automotif. Arwah yang menunggang motosikal secara bersendirian dipercayai melalui laluan pintasan Rawang sebelum terlibat dalam kemalangan.
“Tiada saksi ketika kejadian. Orang awam jumpa dia sudah terbaring di atas jalan, tetapi ketika itu dia masih sedar”
“Difahamkan sebelum kejadian, dia sempat mengambil barang sebelum pulang ke rumah dan melalui laluan tersebut,” katanya.
Suzita menggambarkan anak sulung daripada empat beradik itu sebagai seorang yang ceria, bertanggungjawab dan sangat menyayangi keluarga, khususnya adik-adiknya. Malah, arwah juga dikenali sebagai individu yang ringan tulang dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan.
Tambahnya lagi, hasrat untuk menderma organ pernah disuarakan oleh Allahyarham Zahran ketika bulan Ramadan, sekaligus menunjukkan keperibadiannya yang penuh empati terhadap orang lain.
Di samping itu, sebagai ibu bapa, Suzita dan suaminya bersetuju serta menghormati niat murni tersebut, walaupun mengakui keputusan itu bukan sesuatu yang mudah dan dibuat demi meneruskan legasi kebaikan arwah.
Lebih menyentuh hati, Suzita turut berkongsi bahawa pengorbanan anaknya itu menjadi hadiah hari lahir paling bermakna buat dirinya pada 25 Mac lalu, apabila organ yang didermakan seperti hati, ginjal, kornea dan jantung memberi peluang kehidupan baru kepada insan lain.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim hujan sekarang memang membuatkan kita rasa takut nak keluar rumah. Tapi kalau dah tuntutan harian yang memerlukan untuk keluar, maka pilihan apa lagi yang kita ada?
Situasi kilat sabung menyabung adalah antara yang paling menakutkan. Korang tahu tak, Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi di dunia yang dipanah petir setiap tahun.
Secara purata, Malaysia mengalami ribut petir antara 180 hingga 260 hari dalam setahun. Antara tahun 2008 sehingga 2016, petir telah menyebabkan seramai 110 kematian dan 131 kecederaan yang berlaku di negara kita.
Gambar hiasan
Statistik antarabangsa pula mencatatkan sekurang-kurangnya 25,000 kematian setahun adalah disebabkan oleh petir.
Jadi, apa yang korang perlu buat kalau berlakunya ribut petir? Berikut merupakan lima cara untuk mengelak dari dipanah petir yang dikongsi oleh Medical Mythbusters Malaysia.
Tidak ad acara yang 100 peratus tepat tapi dengan Rule of 30 ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu korang.
1. Lari ke tempat yang berteduh dan mempunyai banyak pokok – pokok besar kalau dah terdesak sangat. Walaubagaimanapun, jangan berdiri berhampiran pokok yang tinggi.
2. Kalau ada kenderaan berdekatan, masuk kedalam kenderaan dan pastikan tingkap ditutup sepenuhnya.
Gambar hiasan
3. Jangan berteduh di bangsal kecil atau khemah. Ia boleh mendatangkan risiko panahan petir yang lebih besar.
4. Jika anda dikawasan yang dinaiki air, cari kawasan yang lebih kering. Elakkan berendam di dalam kolam atau tasik ketika ribut kilat.
5. Jika dalam bergerak dalam kumpulan, jarakkan diri antara setiap individu. Jika berlaku kejadian yang tak diigini, rakan lain boleh bantu mangsa dengan melakukan CPR.
Apa-apa pun, sentiasalah menjaga keselamatan diri. Kalau tidak ada urusan yang penting, elakkan keluar rumah ketika ribut petir.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wow bagusnya, ada teknologi baru untuk OKU penglihatan!
Pakistan dianggap sebagai negara yang banyak melahirkan doktor dan jurutera dan kini turut melangkah dalam dunia kemajuan teknologi. Seorang pelajar Muslim yang menceburi bidang IT dari Faisalabad, Shanza Munir telah mencipta kasut khas untuk golongan cacat penglihatan.
Menurut laporan media tempatan, inovasi ini daripada sebahagian projek universiti di sana yang menjadi tumpuan media.
Kasut pintar itu direka khas untuk mereka yang mengalami cacat penglihatan yang mana ia dapat mengesan dan penggera kepada pemakai dalam jarak radius 200 sentimeter.
Ia mempunyai sensor getaran terbina yang akan memberi amaran kepada pemakai sekiranya terdapat halangan di hadapan. Selain itu, kasut pintar ini boleh dicas semula dan mengandungi butang ‘power’ untuk mematikan sensor apabila tidak diperlukan.
Cumanya, belum menjadi kenyataan untuk digunakan secara komersial jika kerajaan di sana tidak membantu untuk mengetengahkan inovasi ini.
Harap-harap teknologi ini mampu membatu golongan kurang upaya penglihatan ini.