Pada zaman sekarang ini, semua orang hendakkan nama yang sedap didengar, cool enough untuk disebut dan hebat untuk dijadikan sebagai ‘branding’ masing-masing.
Iyalah, senang sikit nak dijadikan jenama bila dah buka bisnes nanti.
Namun, dalam pada kita ghairah untuk menukar nama , kita seharusnya ingat bahawa nama juga adalah doa kepada diri kita sendiri. Setiap kali ada yang memanggil nama kita, itu adalah satu bentuk doa.
Kita suka sangat untuk menukar nama atau memendekkan nama sendiri terutamanya di media sosial. Dari Azwan jadi Juan, dari Sabrina jadi Sabby.
Nama yang baik terus menjadi nama yang tiada makna. Mengapa tidak kita berbangga dengan nama kita dalam ejaan dan makna penuh?
In fact, kami tertarik dengan makna di sebalik nama peserta program realiti TV baharu di Astro Prima iaitu Ratu Hijabista.
Secantik empunya diri, nama mereka juga mempunyai makna yang cantik! Jom tengok sekiranya ada di kalangan korang yang mempunyai nama yang sama dengan mereka.
Haa, siapa peserta kegemaran korang buat masa ini?
Episod pertama telahpun bersiaran sebentar tadi tanpa penyingkiran. Ikuti episod kedua pada hari Rabu minggu hadapan, jam 9.00 malam di saluran Astro Prima.
Siapa sangka selepas 36 tahun filem Top Gun lakonan Tom Cruise mempunyai sekuel menerusi naskhah terbaharu, Top Gun: Maverick yang masih menampilkan bintang lagenda Tom Cruise sebagai teraju utama.
Selepas beberapa kali ditangguhkan tayangannya, filem Top Gun: Maverick akhirnya bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 26 Mei ini. Filem arahan Joseph Kosinski ini turut dibintangi Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Gleen Powell dan Ed Harris.
Top Gun: Maverick menceritakan tentang Kapten Pete “Maverick” Mitchell yang telah berkhidmat sebagai juruterbang tentera laut selama tiga dekad dan kini beliau menjadi tenaga pengajar yang melatih sekumpulan graduan Top Gun untuk misi khusus. Kapten Pete kemudiannya bertemu dengan “Rooster” (Lt. Bradley Bradshaw) yang merupakan anak kepada “Goose” (mendiang Pegawai Pemintas Radar Lt. Nick Bradshaw).
Maverick juga mendapati dirinya juga terpaksa berhadapan dengan ketakutannya, iaitu membawa kepada misi yang memerlukan juruterbang yang dipilih untuk melakukan satu pengorbanan besar.
Secara keseluruhannya, Top Gun: Maverick merupakan sebuah filem aksi yang berbaloi untuk ditonton. Aksi pertempuran di atas awan yang dipaparkan sangat memuaskan seolah-olah penonton dibawa bersama terbang ke udara. Tambah pula ketika detik cemas, korang juga bakal turut merasai debaran seperti berada di dalam pesawat.
Namun begitu, di awal penceritaan filem ini dirasakan agak sedikit perlahan namun sedikit babak komedi bersahaja turut diselitkan bagi menghiburkan penonton. Jangan bimbang, sekiranya korang tidak pernah menonton filem Top Gun sebelum ini, korang tidak akan ‘lost’ dan tetap akan memahami jalan cerita filem terbaharu ini.
Konflik antara watak Kapten Maverick dan Rooster juga banyak memberi pengajaran dan pengakhiran filem ini juga bakal memberikan kepuasan buat penonton. Di tayangan perdana semalam, penonton bersorak bertepuk tangan apabila melihat pengakhirannya.
Nah, nak tahu kenapa? Korang kenalah tonton sendiri filem ini di pawagam. Memang berbaloi, khususnya bagi mereka yang meminati filem yang sarat dengan aksi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ramai yang menganggap nak jadi idola K-Pop ini tidak memerlukan kelayakan akademik kerana jika ada bakat, semuanya boleh tercapai untuk bergelar seorang pelakon, penyanyi atau penghibur.
Seperti di negara kita, rasanya ramai yang sudah tahu bahawa selebriti-selebriti Malaysia juga mempunyai kelayakan akademik yang tinggi sebelum mereka memasuki dunia hiburan.
Kali ini, kami akan berkongsi mengenai 10 bintang idola K-Pop wanita yang berjaya habiskan pengajian mereka di menara gading.
1. Girls’ Generation
Dalam kumpulan Girls’ Generation, rata-rata dari mereka telah berjaya menamatkan pengajian mengikut bidang yang diceburi.
Yuri dan Sooyoung telah menamatkan pengajian mereka dalam bidang Teater di Universiti Chung-Ang. Ha, sedikit info untuk korang, sebenarnya pelakon Park Shin-hye pun belajar di universiti dan bidang yang sama macam Yuri dengan Sooyoung. Selain dari Yuri dengan Sooyoung, Yoona dan Seolhyun juga berjaya menghabiskan pelajaran yang mereka ceburi dalam Seni Teater di Universiti Dongguk.
2. Minzy 2NE1
Minzy ahli kumpulan 2NE1 pun turut berjaya dalam menamatkan pengajiannya di Universiti Baekseok dalam bidang Teologi.
3. Sojin Girl Days
Siapa sangka, sebenarnya Sojin dari kumpulan Girl Days telah mengambil bidang Kejuruteran Mekanikal dan dia berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang di Universiti Yeungnam.
4. Hyojung Oh My Girl
Hyojung ahli dari kumpulan Oh My Girl merupakan bekas pelajar dari Universiti Donga dan dia menceburi jurusan Persembahan dibawah Fakulti Media dan Kesenian.
5. Hyelim Wonder Girl’s
foto via soompi
Kumpulan Wonder Girl’s tidak asing lagi dengan lagu popular mereka iaitu “Nobody”.
Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Hyelim merupakan graduan dari Universiti Hankuk dan dia telah pun mengambil bidang Tafsiran, Terjemahan dan Komunikasi. Hyelim mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang bahasa. Kini, dirinya fasih dalam Bahasa Korea, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Kantonis. Fuh, Hebat!
6. Xiaoting Kep1er
foto via Nambanation
Satu info yang menarik buat peminat kumpulan Kep1er! Sebelum Xiaoting debut menjadi bintang idola K-Pop wanita, dia merupakan graduan dari Akademi Muzik Sichuan di China dalam bidang Persembahan.
Bagusnya Xiaoting ni dahulukan pelajaran sebelum menjadi bintang idola K-Pop.
7. LeeSem Nine Muses
Kumpulan generasi kedua K-Pop, LeeSem merupakan bekas ahli kumpulan Nine Muses juga sebenarnya graduan Universiti Yonsei dalam bidang Pentadbiran Awam Global.
Walaupun dia telah menarik diri dari menjadi ahli kumpulan tersebut, LeeSem mengambil keputusan untuk belajar dan berjaya menghabiskan pengajiannya dengan cemerlang.
8. Jaekyung Rainbow
Korang tahu tak, pelakon cantik, Jaekyung ini dahulunya seorang bintang idola K-Pop wanita dari kumpulan Rainbow tau!
Dia sebenarnya merupakan seorang graduan dari jurusan Seni Reka Fesyen di Universiti Perempuan Dongduk dan berjaya menamatkan pengajian yang dia ceburi.
9. Soodam SECRET NUMBER
Ingat tak tentang kumpulan idola K-Pop wanita yang famous dengan lagu “Doomchita”? Ha, kumpulan itu ialah Secret Number dan salah seorang ahli dari kumpulan tersebut dikenali sebagai Soodam.
Dia telah menamatkan pengajiannya di Universiti Perempuan Ewha dalam jurusan Tarian Tradisional Korea. Fakta untuk korang, Soodam telah pun memenangi pingat emas dalam pertandingan Tarian Tradisional Korea di Universiti HanYang!
Hebat bukan bintang idola K-Pop wanita juga berjaya menamatkan pengajian mereka walaupun sibuk dengan kerjayanya yang padat untuk peminat mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem aksi lakonan teraju utama Hairul Azreen dan Iedil Dzuhrie, The Assistant akhirnya sudah menemui penonton di pawagam selepas penangguhan tayangannya awal tahun ini. Filem arahan Adrian Teh ini juga telah disenarai pendek dalam Far East Film Festival (FEFF) secara rasmi dan juga dijadualkan mengadakan tayangan perdana di Itali.
The Assistant menceritakan tentang Zafik (Iedil Dzuhrie), seorang lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Selepas hilang segalanya, dia bertemu Feroz (Hairul Azreen). Bermula episod balas dendam kerana Zafik ingin mencari pembunuh yang membunuh isteri dan anak lelakinya ketika dia berada di dalam penjara.
Foto: Sony Pictures
Apa yang boleh kami katakan, korang bakal menyaksikan sebuah filem yang lari daripada kebiasaan kerana mempunyai jalan cerita yang agak berbeza daripada filem-filem Malaysia sebelum ini. Namun begitu, sedikit kelemahan yang kami lihat adalah penonton rasanya boleh meneka sebahagian daripada plot filem ini dan ia membuatkan penonton rasa sedikit hilang teruja untuk melihat babak-babak seterusnya.
Namun, pujian perlu diberikan kepada pelakon utama filem ini kerana Iedil dan Hairul berjaya membawa watak dengan baik, lebih-lebih lagi lakonan emosi yang ditonjolkan oleh Iedil Dzhuhrie. Babak-babak aksi yang dipaparkan dalam filem ini juga boleh diberikan pujian kerana tidak terlalu keterlaluan jika kami katakan ia sebaris dengan filem aksi luar negara.
Foto: Sony PicturesFoto: Sony Pictures
Cuma, di akhir filem ini agak meleret dan kami rasanya ia patut lebih awal dihabiskan bagi mengelakkan penonton menjadi bosan. Walau bagaimanapun, filem The Assistant masih berbaloi untuk ditonton dan pastinya ia menjanjikan satu kelainan untuk korang.
Jangan lupa saksikan The Assistant yang kini sudah pun ditayangkan di pawagam. Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...