Pendedahan Cik B menarik perhatian ramai apabila mendedahkan pendapatan bulanan yang diraih olehnya melebihi RM500,000.
Cik B yang juga anak kepada usahawan dan selebriti terkenal, Datuk Seri Vida menerusi satu hantaran di TikTok milik Adalyna, berkongsi secara terbuka mengenai sumber pendapatannya. Bagaimanapun, figura muda itu enggan mendedahkan jumlah sebenar secara terperinci.
“Income saya sebulan lebih RM500,000. Tapi saya tidak boleh beritahu berapa jumlah sebenar,” katanya sambil tersenyum dalam video tersebut.
Bakal Bergelar Usahawan Berjaya
Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang sebelum ini memang aktif dalam perniagaan atas talian dan pemasaran produk, turut memasang impian untuk menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti.
Menurutnya, kejayaan tidak datang bergolek, sebaliknya memerlukan usaha berterusan dan kesungguhan, walaupun kadangkala perkara yang dilakukan itu bukan sesuatu yang kita gemari.
Ads
“Kita perlu sentiasa ‘push’ diri kita untuk bekerja keras walaupun kita tidak suka perkara itu. Perlu cari minat masing-masing. Bila sudah tahu minat, kita akan jadi lebih bersemangat untuk buat sesuatu,” jelasnya.
Respon Isu Gen Z Dikatakan Pemalas
Dalam perkongsian yang sama, Cik B turut diminta mengulas mengenai stigma negatif yang sering dilemparkan kepada generasi muda, khususnya Generasi Z (Gen Z), yang dikatakan kurang bermotivasi dan malas berusaha.
Namun, Cik B mempunyai pendapat tersendiri terhadap isu berkenaan.
“Saya rasa banyak faktor yang mempengaruhi, termasuk masalah kesihatan mental. Tapi kita tak boleh salahkan benda itu seratus peratus. Mungkin ada yang malas sebab cara hidup mereka sendiri, mungkin mereka sudah selesa dengan kehidupan sedia ada,” ujarnya.
Walaupun sering menerima pelbagai komen sinis kerana statusnya sebagai anak kepada jutawan terkenal, Cik B tetap menunjukkan bahawa dia serius dalam membina kerjaya sendiri. Semangat dan keberaniannya untuk berkongsi perjalanan hidup serta cabaran yang dilalui menjadi inspirasi buat golongan remaja lain untuk berusaha mencapai impian masing-masing.
Tidak dinafikan, kejayaan yang dikecapi pada usia muda memerlukan pengorbanan besar, dan Cik B membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk meraih pendapatan luar biasa, asalkan ada usaha dan keazaman.
Ads
Nota REMAJA: Usia muda adalah masa terbaik untuk bina asas kejayaan. Jangan takut untuk bermula, dan jangan sesekali berhenti belajar. Kalau Cik B boleh, kita pun boleh!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang guru di Sabah, Cikgu Jumat Mat Salleh, berkongsi pengalaman menyentuh hati mengenai pelajar yang datang ke sekolah dengan kasut lusuh, kotor, dan koyak.
Video yang dimuat naik di laman Facebooknya, menggambarkan perasaannya ketika bertugas menyambut kedatangan pelajar di pintu pagar sekolah.
Pada mulanya, beliau berasa marah melihat pelajar tersebut namun perasaannya berubah selepas mendengar penjelasan pelajar itu mengenai keadaan kasutnya.
“Semasa bertugas, saya ternampak pelajar lelaki memakai kasut yang sangat kotor. Saya tahan dia dan tanya kenapa kasut kotor? Kamu tak basuh ke?
“Kemudian, dia jawab dengan rasa takut. ‘Kalau saya cuci, nanti tapaknya jatuh dan tak boleh pakai lagi cikgu,’” katanya.
Menyedari situasi tersebut, Cikgu Jumat bersama beberapa guru lain mengambil inisiatif untuk membawa pelajar itu ke Pekan Kunak, Sabah, bagi membeli stokin dan kasut baharu.
Pelajar itu memberitahu bahawa ini adalah kali kedua dia menjejakkan kaki ke pekan tersebut.
Dalam pada itu, Cikgu Jumat memberikan pesanan kepada pelajar tersebut agar belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib diri dan keluarga.
“Esok bila sudah berjaya, kamu boleh bantu lebih ramai orang,” katanya sambil memeluk pelajar berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Cikgu Jumat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada menzahirkan kesyukuran apabila anak perempuannya, Humairah menerima anugerah pelajar cemerlang bagi tahun 2023.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuhada memaklumkan dirinya amat bersyukur dan gembira dengan pencapaian anaknya itu selain berterima kepada Allah di atas nikmat yang dikurniakan itu.
“Ya Allah, Yang Maha Hebat, Yang Maha Baik. Tiada kata yang mampu diluahkan selain rasa syukur seorang ibu bernama Shuhada Shukri dengan segala nikmat dan ujian Mu, Ya Allah. Terutama nikmat yang ini,” katanya.
Dalam perkongsian sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi tangkap layar mesej yang diterima daripada guru Humairah yang memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Sementara itu, Shuhada berkata dia akan sentiasa memberikan didikan yang terbaik buat anaknya agar berjaya di dunia dan akhirat.
“Ibu akan cuba sehabis baik ibu, didik kakak dan abang (Umar), bagi pendidikan yang terbaik dunia akhirat, insya-Allah bersama-sama mak dan abah.
“Untuk abah terima kasih menggantikan tanggungjawab (sebagai suami), Allahuakbar,” coretnya lagi.
Untuk rekod, Shuhada pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas Hero Remaja, Hafidz Roshdi pada 30 April 2016, namun disahkan bercerai pada 27 Julai 2023.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ternyata pandemik COVID-19 bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak kawalan pergerakan terhad dilakukan di seluruh dunia.
Jika sebelum ini , di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama banyak syarikat besar mahupun mengalami kerugian dan ‘gulur tikar’. Kini PKP 2.0 menyaksikan dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup sementara operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.
Sumber Gambar : Autonews.com
Melalui laporan Nikkei Asia, Toyota menghentikan dua kilang pemasangan pada Khamis lalu manakala Honda pula menangguhkan pengeluaran kenderaan membabitkan dua kilang pada Rabu lalu.
“Keputusan untuk membuka semula kilang Toyota akan diputuskan kemudian.
“Bagi kilang Honda pula, sebuah kilang membuat kenderaan dua roda manakala kilang lain menghasilkan kenderaan empat roda dan kilang itu merancang untuk menangguhkan operasi sehinga 26 Januari depan,” lapor portal berita berkenaan pada Jumaat.
Sumber Gambar : Autofreaks.com
Untuk info, Malaysia merupakan pengeluar kenderaan ketiga terbesar di Asia Tenggara, berada di belakang Thailand dan Indonesia. Kadar pengeluaran kenderaan bagi tempoh Januari-November tahun lalu turun sebanyak 19 peratus kepada kira-kira 430,000 kenderaan.
Hm, boleh tahan mencabar juga tahun 2021 walaupun baru bermula, tapi ingatlah satu perkara yang rezeki semua di tangan Tuhan. Selagi kita berusaha dan yakin akan pertolonganNya, insyaAllah ada rezeki buat kita nanti. Macam mana la nasib pekerja Honda dan Toyota ni…huhu