Siapa tidak mengenali profgram bual biacara waktu pagi, Nasi Lemak Kopi O (NLKO) yang sekian lama menjadi salah satu program kegemaran rakyat Malaysia di TV9.
Setelah kembali bersiaran pada Januari 2024, NLKO hadir dengan wajah dan semangat baharu apabila barisan pengacara yang diperkenalkan terdiri daripada bakat-bakat muda dunia televisyen.
Terbaru, pelakon, pengacara dan finalis pencarian Hero Remaja 2020 iaitu Imran Aqil telah diserap masuk sebagai pengacara NLKO. Bakal menceriakan pagi hari korang dengan aura positif dan perkongsian relevan terutamanya dalam kalangan anak muda, Imran sewaktu dihubungi REMAJA meluahkan rasa syukurnya apabila rezeki berpihak kepadanya setelah meninggalkan konti radio, tidak lama dahulu.
Pengacara, Pelakon dan finalis Hero Remaja 2020, Imran Aqil.
“Alhamdulillah. Kita tahu NLKO bukan satu program pagi yang biasa. Ia sudah menjadi sebahagian daripada rutin rakyat Malaysia.
“Apabila dapat tahu saya akan menjadi salah seorang anggota famili NLKO, bagi saya ia adalah satu penghormatan besar dan peluang untuk saya terus berkembang sebagai seorang pengacara. Besar harapan saya untuk memberi manfaat kepada penonton setiap pagi,” ujar jejaka berusia 25 tahun itu.
Imran Aqil Beralih Dari Konti Radio Ke Set TV
Peminat Imran yang mesra dengan panggilan Ijeeb mengetahui tentang perjalanan kariernya usai menamatkan saingan dalam program Hero Remaja 2020. Daripada bergelar pelakon, Imran kemudian diserap masuk ke dalam konti radio sebagai penyampai Hot FM selama hampir 2 tahun.
Keputusan untuk meninggalkan dunia radio kira-kira pada Mei 2023 bukan satu keputusan yang mudah untuk dilakukannya. Namun rezeki nyata tidak salah alamat apabila kini dia bersedia untuk membuka lembaran baharu di kaca televisyen pula.
Ads
Kongsi Imran Aqil, dia perlu melalui 5-6 sesi mock run sebelum mengetahui dirinya diserap masuk sebagai pengacara terbaru program Nasi Lemak Kopi O.
“Perpindahan daripada konti radio ke set televisyen merupakan satu transisi yang agak mencabar namun cabaran seperti inilah yang saya enjoy.
“Di konti misalnya, saya bermain dengan suara namun di televisyen, ekspresi dan visual serta pengendalian suasana itu memainkan peranan yang sama pentingnya dengan intipati program.
“Manakala untuk program NLKO yang bersiaran secara langsung, saya perlu titipkan penjagaan segala aspek seperti teknik penyampaian dan cara bercakap dengan tetamu. Pendek kata, saya perlu menjadi seorang yang lebih informatif,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Imran berharap agar peminat dan followers setianya akan terus menantikan kehadirannya pada setiap minggu menerusi program NLKO. Pada masa yang sama, Imran juga teruja untuk mengenali lebih ramai kelompok penonton baharu memandangkan NLKO merupakan program yang mendekati penonton pelbagai peringkat usia.
“Saya ingin ucapkan terima kasih ikhlas dari hati kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan saya sebagai seorang bapa, artis, pelakon, penyampai radio dan terkini sebagai hos NLKO.
Ads
“InsyaAllah mulai 2 Julai ini, kita akan terus berjumpa di kaca TV pada setiap minggu di TV9. Bangun awal untuk bersarapan dan stay tune, okay! InsyaAllah di sini, banyak ilmu dan semangat positif yang boleh dimanfaatkan,” katanya.
All the best Imran Aqil!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas tamat latihan ketenteraan pada 10 Jun 2025, RM BTS atau Kim Nam Joon berkongsi pengalaman peritnya menghadapi insomnia semasa perkhidmatan.
Dalam sesi siaran langsung menerusi aplikasi Weverse bersama ARMY, beliau mendedahkan pernah tidak tidur selama 48 jam, menggambarkan dirinya seperti “zombi” akibat keletihan mental dan fizikal.
“Salah satu kesukaran terbesar adalah tidur. Ini adalah kali pertama saya bergelut dengan masalah tidur.
“Saya mengalami masalah insomnia. Tambahan pula, saya terpaksa tidur bersama 20 askar yang ada antaranya berdengkur dan menendang, menyebabkan saya semakin sukar untuk tidur.
“Pernah sekali, saya tidak tidur selama dua malam. Pada waktu itu, saya benar-benar rasa seperti akan mati,”katanya.
TERPAKSA AMBIL UBAT
Untuk mengatasi masalah ini, RM mula mendapatkan bantuan profesional termasuk b mengambil ubat untuk membantu tidur dan kesejahteraan mentalnya. Walaupun beliau kini berasa ” lebih baik”.
“Saya mengantuk tetapi tidak boleh tidur. Fikiran terlalu aktif dan saya tidak mampu bertahan.
“Jadi, saya mula mendapatkan bantuan dengan berjumpa doktor..
“Saya juga dapati ubat yang diberikan serasi dengan saya dan masih menggunakannya sehingga kini. Sudah setahun dua bulan berlalu dan saya rasa keadaan saya semakin bertambah baik,” jelasnya.
Keputusan mematikan watak Tongki pada episod kedua drama Budak Tebing 3 pada episod kedua, Khamis minggu lepas telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat drama bersiri itu.
Tidak dinafikan, watak Tongki lakonan Aedy Ashraf telah menjadi penguat jalan cerita drama Budak Tebing di samping gandingan utamanya, Adam Lee yang membawakan watak Arif.
Bagaimanapun, Aedy sendiri telah mengusulkan kepada penerbit dan pihak saluran TV3 agar Tongki ‘dimatikan’ demi memberi peluang untuk watak-watak lain dikembangkan.
Aedy ketika ditemui REMAJA memahami kerinduan peminat terhadap watak yang dipopularkan olehnya itu apabila Budak Tebing 3 memasuki episod-episod berikutnya pada minggu ini. Pelakon berusia 29 tahun ini turut merasai sentimen rindu tersebut.
“Tipulah jika saya kata saya tidak sayangkan karakter Tongki dan drama Budak Tebing. Pada masa yang sama, saya rasakan penting untuk saya ‘keluar’ daripada kepomping Tongki,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Aedy juga tidak menolak sekiranya mana-mana pihak berminat untuk mencipta naskah ‘spin off’ melibatkan dia sebagai Tongki pada masa akan datang.
“Mana tahu pada masa akan datang, kita akan terbitkan cerita ‘spin off’ seperti filem atau supertele berdasarkan watak Tongki. Prekuel ke, mana tahu?
“Saya akui ‘Tongki’ telah memberi impak besar serta mesej berguna kepada penonton remaja drama Budak Tebing.
“Tidak kira di mana kita berada dan dalam apa jua situasi, Tongki mengajar kita semua bahawa kesabaran dan persahabatan akan ‘membawa’ kita jauh.
“Bagi saya, mesej ini yang membuatkan ramai penonton ‘melekat dengan Tongki kerana mereka mudah relate dengan cerita kehidupannya,” dedah Aedy.
Terdahulu, REMAJA semalam telah berkongsi mengenai sebab utama Aedy Ashraf memutuskan untuk ‘menamatkan hayat’ watak Tongki dalam drama Budak Tebing musim ketiga selepas berbincang dengan pihak penerbitan serta saluran TV.
Menerusi perkongsian REMAJA di Facebook dan Instagram, rata-rata penonton setia Budak Tebing dari musim pertama dan kedua tidak bersetuju dengan ketiadaan Tongki lakonan Aedy selepas ini.
Mereka turut meluahkan rasa kurang senang dengan ketiadaan dua lagi pelakon yang menjayakan watak lama iaitu Bella Dowanna (Laura) dan Fariz Isqandar (Yoyol).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kehidupan yang serba moden ini, masyarakat tidak lagi khuatir sekiranya tidak sempat menonton siri drama di kaca televisyen kerana semuanya sudah mudah hanya dihujung jari. Dengan menggunakan gajet yang korang ada, kebanyakan program siri televisyen kini sudah pun ditayangkan secara streaming di aplikasi mudah alih.
Terbaru, sebuah drama yang berjudul Covid Oh Covid telah ditayangkan di TV3 dan saluran digital iQiyi. Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Adibah Noor, Tony Eusoff, Umie Aida, Nabila Huda, Tiz Zaqyah, Nora Danish dan Syafiq Kyle, drama 13 episod ini akan mewarnai slot Lestary setiap jam 9.00 malam bermula pada 2 April hingga 23 April 2021.
Covid Oh Covid mengisahkan tentang tentang kehidupan Tok Wan yang dilakonkan oleh pelakon popular tanahair, Umie Aida dan keluarganya yang unik yang berhadapan dengan pelbagai peristiwa lucu semasa tempoh MCO 2.0, Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Habsah (Adibah Noor), anak perempuan Tok Wan, terkejut apabila mengetahui bahawa suaminya jatuh cinta dengan seorang janda yang tinggal di sebelah surau. Selama ini suaminya sering menggunakan alasan ini untuk pergi ke surau. Namun, anak mereka, Shazrul (lakonan Nasiruddin Alaydrus) mendapat tahu mengenai matlamat ayahnya. Bersama kakaknya, Shazrul membuat rancangan untuk memecah belah keduanya.
Manakala cucu perempuan Tok Wan, Safura (lakonan Tiz Zaqyah) yang mengahwini penyanyi merancang untuk mengadakan konsert maya bagi mengumpulkan dana membantu mereka di sektor kreatif yang terjejas oleh wabak itu.
Seorang lagi cucu perempuan Tok Wan, Suhaila (Nora Danish), juga berdepan dengan masalah rumahtangga apabila suaminya mendapat tahu yang dia tidak boleh memasak dan hanya memesan makanan dari restoran selama ini!
Banyak lagi insiden yang melucukan dan menggelikan hati berlaku dalam kehidupan Tok Wan dan keluarganya. Bagaimanakah Tok Wan menghadapi dan mengatasinya? Adakah Tok Wan dapat menyatukan keluarganya kembali?
Drama ‘Covid Oh Covid’ boleh distrim secara percuma pada bila-bila masa, di mana sahaja korang berada di platform penstriman iQiyi. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!