Dalam kehidupan yang serba moden ini, masyarakat tidak lagi khuatir sekiranya tidak sempat menonton siri drama di kaca televisyen kerana semuanya sudah mudah hanya dihujung jari. Dengan menggunakan gajet yang korang ada, kebanyakan program siri televisyen kini sudah pun ditayangkan secara streaming di aplikasi mudah alih.

Terbaru, sebuah drama yang berjudul Covid Oh Covid telah ditayangkan di TV3 dan saluran digital iQiyi. Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Adibah Noor, Tony Eusoff, Umie Aida, Nabila Huda, Tiz Zaqyah, Nora Danish dan Syafiq Kyle, drama 13 episod ini akan mewarnai slot Lestary setiap jam 9.00 malam bermula pada 2 April hingga 23 April 2021.

Covid Oh Covid Papar Kisah Lucu Sepanjang Tempoh PKP 2.0, Kini Boleh Distrim Di iQiyi

IKLAN

Covid Oh Covid mengisahkan tentang tentang kehidupan Tok Wan yang dilakonkan oleh pelakon popular tanahair, Umie Aida dan keluarganya yang unik yang berhadapan dengan pelbagai peristiwa lucu semasa tempoh MCO 2.0, Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Habsah (Adibah Noor), anak perempuan Tok Wan, terkejut apabila mengetahui bahawa suaminya jatuh cinta dengan seorang janda yang tinggal di sebelah surau. Selama ini suaminya sering menggunakan alasan ini untuk pergi ke surau. Namun, anak mereka, Shazrul (lakonan Nasiruddin Alaydrus) mendapat tahu mengenai matlamat ayahnya. Bersama kakaknya, Shazrul membuat rancangan untuk memecah belah keduanya.

IKLAN

 Manakala cucu perempuan Tok Wan, Safura (lakonan Tiz Zaqyah) yang mengahwini penyanyi merancang untuk mengadakan konsert maya bagi mengumpulkan dana membantu mereka di sektor kreatif yang terjejas oleh wabak itu.

Seorang lagi cucu perempuan Tok Wan, Suhaila (Nora Danish), juga berdepan dengan masalah rumahtangga apabila suaminya mendapat tahu yang dia tidak boleh memasak dan hanya memesan makanan dari restoran selama ini!

IKLAN

Banyak lagi insiden yang melucukan dan menggelikan hati berlaku dalam kehidupan Tok Wan dan keluarganya. Bagaimanakah Tok Wan menghadapi dan mengatasinya? Adakah Tok Wan dapat menyatukan keluarganya kembali?

Drama ‘Covid Oh Covid’ boleh distrim secara percuma pada bila-bila masa, di mana sahaja korang berada di platform penstriman iQiyi. Selamat menonton!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI