Dah jadi macam trend bila mana ramai di antara kita yang berlumba-lumba untuk mencuba minuman bubble tea seperti yang viral di media sosial.

Baru-baru ini pula, dikatakan seorang remaja di China telah ditahan di wad kecemasan kerana mengadu sakit perut dan mempunyai kesukaran untuk makan serta membuang air besar. Melalui CT scan yang telah dibuat, doktor dikejutkan dengan imej ‘pearl’ yang terperangkap pada bahagian perut, usus dan dubur pesakit.

Persoalannya, adakah ia benar-benar berlaku?

Jom kita baca pendapat daripada Dr. Latif Saad tentang persoalan ini.

Luar biasa

Bubble tea menjadi kegemaran kerana teksturnya yang lembut dan mudah untuk ditelan. Tak sah bila minum ice blended tanpa pearl ni kan?

IKLAN

Namun begitu, apa yang terjadi pada remaja dari China itu adalah sesuatu yang luar biasa kerana terdapat banyak bubble tea tidak dicerna dalam usus pesakit tersebut.

Jadi lebih viral bila gambar x-ray menunjukkan seperti pearl tersebut berada di dalam usus dan mungkin ada yang menganggap pearl tersebut masih berada dalam keadaan sempurna berbentuk bulat-bulat.

Betul ke bohong?

Menurut Dr. Latif lagi, sebenarnya ia adalah sesuatu yang mustahil. Ini kerana sebelum masuk ke dalam usus, pearl tersebut terlebih dahulu akan dihancurkan dan dicernakan di dalam perut. Malah, semestinya korang akan mengunyah pearl tersebut sebelum ditelan.

IKLAN

Betul tak?

Imej x-ray

Imej yang tertera ini adalah sesuatu yang biasa dijumpai oleh doktor dan kesimpulannya yang dibuat oleh mereka adalah di dalam ususnua mempunyai faecal loaded, yang bermaksud penuh dengan tahi.

Ia bukanlah pearl yang berbentuk bulat-bulat sebelum ditelan itu. Ianya terbentuk daripada tahu yang menjadi padat dibahagian tersebut dan selalunya berlaku pada mereka yang mengalami sembelit untuk beberapa hari.

IKLAN

Adakah sembelit ini punca dari pearl yang diambil?

Kemungkinan besar, tidak. Ini disebabkan kebanyakan daripada pearl ini dibuat daripada kanji tapioca yang dihasilkan daripada akar pokok Cassava.

Kajian menunjukkan bahawa kanji tapioca boleh membantu dalam pencernaan dan bertindak untuk melembutkan najis. Jadi, kalau nak kata pearl ni membuatkan remaja tersebut mengalami sembelit yang teruk, itu mungkin tidak tepat. Malah, kanji tapioca ini sepatutnya membantu dalam proses pencernaan.

Doktor menjelaskan mungkin terdapat punca lain yang menyebabkan remaja itu mengalami masalah ini.

Apa-apa pun, bersederhanalah dalam mengambil apa-apa jenis makanan kerana mungkin ia akan menyebabkan korang dapat penyakit yang lain pula.