Baru-baru ini, warganet dikejutkan dengan foto terkini ahli kumpulan Twice, Jungyeon yang dilihat sudah banyak berubah dari segi penampilannya.
Menerusi sebuah komuniti online, seorang warganet berkongsi tangkap layer Jungyeon Twice yang menunjukkan perubahan drastik. Sewaktu penyanyi ini berehat seketika daripada industri hiburan, berat badannya tiba-tiba berubah disebabkan oleh faktor kesihatan serta masalah serangan panik dan kegelisahan yang dihidapinya.
Rata-rata peminat terkejut dan bersimpati atas perubahan yang dialami oleh selebriti Korea itu, namun memberikan semangat dan kata-kata positif buatnya.
Ads
Ads
Ads
Apa-apa pun tidak kisahlah sama ada berubah fizikal atau tidak, asalkan Jungyeon berada dalam keadaan sihat, betul tak?
Penyanyi sensasi, Taylor Swift baru-baru ini dikhabarkan memberi bonus sebanyak USD197 juta atau lebih kurang RM872 juta kepada para pekerja yang terlibat dengan konsert ‘The Eras Tour’ yang berlangsung baru-baru ini.
Pengumuman pemberian bonus itu telah dibuat selepas konsert Taylor Swift atau nama sebenar Taylor Alison Swift (35) selesai di Vancouver, Amerika Syarikat pada 8 Disember lalu.
Antara yang bakal menerima bonus tersebut adalah katering, pemandu trak, tukang kayu, krew lampu, jurutera bunyi, jurutera instrumen, jurusolek, juru dandan, pakar terapi, penari, pemuzik, pengawal peribadi, juru ikat dan pasukan cenderahati.
Menerusi 149 persembahan The Eras Tour, Swift memperoleh pendapatan sehingga RM8.85 bilion dengan seramai 10,168,008 peminat menghadiri konsert tersebut, lapor Variety dan hasil ini merupakan dua kali ganda daripada ramalan hasil awal pada akhir tahun lepas.
Pendapatan tersebut juga adalah satu sejarah baru yang dipecahkan Swift dalam industri muzik selepas Coldplay mengutip keuntungan sekitar RM4.4 bilion menerusi 156 lokasi siri jelajah konsert Music of the Spheres World Tour pada Ogos lalu.
Terdahulu, syarikat pengurusan Swift enggan melaporkan jumlah peserta dalam lawatan itu, yang bermula pada Mac 2023. Bagaimanapun, beberapa syarikat perdagangan menganggarkan bahawa konsert jelajah itu berjaya memperoleh keuntungan melebihi USD2 bilion.
Menurut Variety dalam satu kenyataan, pencapaian ini hanya diraih daripada jualan tiket yang harganya tidak menggunakan sistem jualan harga dinamik. Namun, jika ia dijual melalui kaedah tersebut, harga tiket boleh menjadi berkali-kali ganda lebih mahal mengikut permintaan.
Sementara itu, menurut laporan New York Times, konsert The Eras Tour dengan penonton terbesar adalah di Stadium Wembley, London, dengan 753,112 orang penonton dalam tempoh empat (4) hari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anita Mui merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, khususnya buat generasi 80-an dan 90-an yang membesar dengan karya seni selebriti dari Hong Kong ini.
Pemilik nama sebenar Mui Yim Fong ini pernah meraih beberapa anugerah dan pencapaian terbaik sepanjang karier beliau dalam industri hiburan kira-kira 20 tahun yang lalu.
Mendiang Anita Mui meninggal dunia di usia yang agak muda, iaitu 40 tahun kerana kanser ovari. Perjalanan hidupnya kini difilemkan dengan menampilkan latar tempat di Hong Kong dari tahun 1980-an hingga 1990-an.
Filem Anita menyingkap kisah perjalanan biduanita hebat ini menempuh segala pahit manis sepanjang bergelar anak seni. Ia menceritakan kisah Anita sewaktu kecil lagi sehingga beliau didiagnos kanser ovari pada tahun 2003.
Peminat dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan Anita Mui di dalam filem ini dan mungkin ada juga yang tidak pernah mengetahui kisah sebenar yang berlaku disebalik kehidupan figura ini.
Filem yang dibintangi oleh barisan pelakon seperti Louise Wong, Louis Koo, Terrance Lau, Fish Liew, Gordon Lam ini juga memperlihatkan hubungan akrab antara Anita dan kakaknya, Ann Mui dan rakan selebriti Leslie Cheung yang juga turut terselit berita kematiannya akibat bunuh diri.
Apa yang menariknya, lakonan Louise Wong yang memegang watak sebagai Anita harus dipuji kerana karakter dan gayanya memang seakan sama seperti primadona itu.
Secara keseluruhannya, Anita dilihat sebagai seorang lagenda Hong Kong yang merupakan wanita hebat, tabah dan tidak banyak menyerlah dengan kisah sensasi. Penonton akan dibawa dengan pelbagai emosi suka duka melihat kisah sebenar aktres ini.
Nah, tak perlulah kami nak cerita panjang lagi, korang boleh saksikan sendiri filem Anita di seluruh pawagam tanah air bermula 12 November ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hey ARMY! Jungkook BTS secara rasmi telah memulakan perkhidmatan ketenteraan wajibnya pada hari ini, Selasa, 12 Disember 2023, bersama-sama dengan ahli kumpulannya, Jimin.
Sehari sebelum perkhidmatan tenteranya, ahli kumpulan BTS itu telah mengejutkan peminatnya apabila muncul sebagai virtual guest di TikTok Live Stage Charlie Puth.
Turut disaksikan peminat adalah duet nyanyian daripada mereka dengan membawakan lagu ‘Left and Right’.
Buat makluman, ini adalah penampilan terakhir Jungkook sebelum memulakan perkhidmatan tenteranya hari ini.
Maka tidak hairanlah apabila hari ini, penyanyi terkenal Hollywood, Charlie Puth memuatnaik ucapan selamat tinggalnya kepada Jungkook yang secara tidak langsung mencerminkan persahabatan akrab mereka berdua.
Secara khusus, bintang pop Amerika itu menulis, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jungkook kerana menjadi bintang tamu di perkongsian LIVE TikTok saya semalam.
“Ini adalah momen yang sangat meninggalkan kesan bagi saya – dari mula kita berjumpa untuk melakukan cover song bagi WDTA, hingga pertama kali tampil bersama pada tahun 2018, dan kini dia membuat penampilan terakhirnya bersama saya!
“Saya merasa sangat beruntung dan tidak sabar untuk tampil bersamanya lagi di masa akan datang. Terima kasih kepada BTS dan ARMY untuk segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan. Saya akan segera bertemu anda JK,” jelasnya.
I want to thank Jung Kook for joining us on stage virtually last night. It is a very full circle moment- from discovering his WDTA cover, to performing together in 2018 for the first time, and he wanted his final performance was with me! I feel very lucky and I can’t wait to…
Sekadar info WDTA merujuk kepada lagu Charlie Puth berjudul We Don’t Talk Anymore, manakala ARMY merujuk kepada peminat-peminat BTS.
Bagi mereka yang kurang maklum, Jungkook merupakan peminat tegar Charlie Puth sejak awal kerjayanya, dan menerusi cover lagu ‘We Don’t Talk Anymore’ oleh beliau, namanya mula mendapat perhatian dari peminat di Amerika.
Pada tahun 2018, Jungkook dan Charlie Puth berkesempatan membawakan lagu ‘We Don’t Talk Anymore’ bersama di MBC Plus X Genie Music Awards 2018, dan bermula dari situlah terjalinnya persahabatan yang kukuh antara dua penyanyi tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Koreaboo, Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!