Ura-ura yang kita dengari sejak beberapa bulan lalu akhirnya menjadi realiti.
Baru-baru ini, REMAJA pernah melaporkan mengenai pelan syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat iaitu Apple untuk tidak lagi menyediakan pengecas bateri (charger) di dalam pek model telefon iPhone 12.
.
Walaupun ramai yang mengecam dengan rancangan Apple itu, namun mereka tidak terkejut dengannya. Ini memandangkan revolusi yang dilakukan oleh Apple baru-baru ini terhadap gajet yang mereka perkenalkan telahpun mendatangkan masalah kepada pengguna setia mereka.
Sebagai contoh, pengeluaran model iPhone tanpa earphone jack telah memaksa bakal pengguna untuk mendapatkan EarPods, AirPods, fon telinga ataupun kepala yang disokong dengan fungsi Bluetooth.
Ads
.
Menariknya, tindakan Apple itu telahpun ‘ditiru’ oleh beberapa pesaing terdekatnya seperti Samsung. Terbaru, laporan mengatakan Samsung akan melakukan perkara berkenaan melalui telefon mercu akan datang mereka – Galaxy S21 (atau mungkin Galaxy S30).
Samsung dikatakan tidak akan menyertakan kepala pengecas, selain mungkin turut tidak menyertakan fon telinga. Samsung dijangka hanya akan menyertakan kabel dan juga pengeluar kad SIM bersama-sama pembelian peranti dalam kotak.
Ads
Pula dah..
.
Dengan hal ini, ia akan mengecilkan saiz kotak. Pada masa yang sama, perkara ini membolehkan Samsung menjual aksesori seperti fon telinga berasingan.
Ads
Sebelum ini, Apple tidak menyertakan pengecas dan fon telinga dalam kotak, mengatakan ia adalah usaha untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S21 (atau Galaxy S30) ini seawal Januari 2021 kelak. Apa pun, memandangkan sebelum ini Samsung hadir dengan jenaka mengejek Apple kerana membuang pengecas, melakukan perkara sama mungkin akan turut menerima kritikan terhadap jenama Korea Selatan ini.
Pada pandangan korang, adakah ia akan membantu untuk mengurangkan harga jualan ataupun telefon pintar Samsung dan Apple masih akan dijual pada kadar harga sama?
Tahun 2020 merupakan satu tahun yang kita boleh lihat banyak syarikat besar ataupun kecil mengalami kemerosotan akibat pandemik Covid19.
Terbaru, Nikon Malaysia secara rasminya mengumumkan pengunduran daripada pasaran Malaysia bermula 1 Januari 2021 ini. Pernah menjadi fenomena dalam industri DSLR serta merupakan pesaing jenama-jenama besar akhirnya Nikon tewas juga dengan pandemik Covid-19.
Akhir Oktober lalu, Nikon baru sahaja mengumumkan akan menghentikan operasi secara rasminya di Indonesia bermula 22 Oktober 2020.
Sumber Nikon Malaysia.
Dalam pada itu, para peminat Nikon masih lagi berpeluang mendapatkan barangan serta aksesori jenama ini menerusi syarikat pengedar di bawah Futuromic Photo AV Sdn Bhd.
Untuk info, Nikon bermula sejak 1917 apabila tiga pengilang optik terkemuka di Jepun yang digabungkan untuk membentuk syarikat optik bersepadu sepenuhnya sehinggalah Nikon berjaya menjadi syarikat gergasi yang menguasai industri kamera.
Di Malaysia, Nikon ditubuhkan pada Aprl 2001 dan mewakili Nikon Corporation dan berjaya menubuhkan satu asas yang kukuh menerusi pengedar tempatan.
Namun, wabak pandemik COVID-19 menyebabkan banyak syarikat termasuklah syarikat gergasi di dunia terpaksa mengecilkan operasi bagi mengurangkan kos. Sebelum ini, sekitar Jun lalu, syarikat Olympus yang sudah 84 tahun dalam industri kamera turut mengumumkan pengunduran daripada dunia kamera atas beberapa faktor.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi kehabisan bateri telefon bimbit boleh menjadi sesuatu yang sangat mencemaskan. Boleh dikatakan setiap individu pasti mula menggelabah jika melihat telefon bimbitnya sudah mengeluarkan tanda amaran berwarna merah.Rasanya macam baru sahaja dicas tetapi kenapa tiba-tiba bateri telefon ni dah nak mati?
Kali ni, REMAJA nak bongkar kan rahsia yang selama ini mungkin selalu mengganggu fikiran anda. Berikut merupakan 6 sebab kenapa bateri telefon bimbit selalu cepat kong.
1. Cas telefon bimbit sehingga 100%
Para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang ideal adalah di antara 30 hingga 80%. Jika bateri berada di bawah paras 30%, ia adalah tidak sesuai untuk kondisi telefon bimbit anda.
2. Tidak cas telefon bimbit sehingga bateri mati
Setiap kali anda membiarkan telefon bimbit yang tidak dicas off sendiri, anda sebenarnya mengundang kerosakan pada bateri telefon bimbit tersebut. Jadi, apabila melihat bateri anda hanya tinggal 10%, cepat-cepatlah cari charger untuk mengecasnya.
3. Overheating
Ini mungkin tidak terjadi kepada semua tetapi apabila telefon bimbit anda di dalam keadaan overheat, ia sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan bateri telefon anda rosak. Bagi pengguna iPhone, mereka akan diberi amaran jika telefon bimbit tersebut berada dalam keadaan overheat dan segeralah mencari jalan keluar untuk meredakan kepanasan itu.
4. Gunakan pengecas wireless
Terlalu bergantung kepada pengecas wireless juga dapat membuatkan bateri telefon anda rosak. Fungsi pengecas wireless ini sama sekali berbeza dengan pengecas yang dipasang pada kabel.
5. Cas bersama case telefon bimbit
Jika telefon bimbit anda berasa panas yang luar biasa selepas dicas, apa kata selepas ini jika hendak mengecas telefon, cuba untuk menanggalkan case telefon terlebih dahulu sebelum dicas. Case telefon dapat memerangkap haba tambahan yang boleh merosakkan telefon bateri anda.
6. Overcharging
Jika anda menggunakan produk Apple yang original mungkin anda selamat, tetapi sekiranya menggunakan pengecas tiruan, maka risiko untuk overcharging akan berlaku jika anda tidak memerhatikan peratusan bateri tersebut.
Sumber: viralcycle.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berjuta pengguna telefon bimbit lama seluruh dunia nampaknya tidak lagi boleh menggunakan WhatsApp bermula 1 Januari 2021 kerana aplikasi tersebut akan memberhentikan kepada peranti lama.
Dalam beberapa kes, pengguna masih lagi boleh mengemaskini software untuk memastikan WhatsApp tetap beroperasi, namun sesetengahnya tidak akan lagi dibenarkan untuk mengakses aplikasi pesanan ini.
Mulai 31 Disember 2020, mana-mana pengguna iPhone yang lama daripada iOS 9 tidak lagi dapat menggunakannya. Ini bermakna, iPhone 4 dan versi yang lebih lama tidak dapat mengakses WhatsApp selepas ini.
Foto: unsplash.com
Manakala, iPhone 4S, 5, 5C, 6 dan 6S semuanya masih boleh dikemaskini ke iOS 9 untuk memastikan aplikasi WhatsApp mereka beroperasi seperti biasa.
Sementara itu, mana-mana peranti Android yang menggunakan perisian lama daripada Android 4.O.3 akan turut terjejas.
Nah, kalau telefon bimbit korang tidak lagi dapat dikemaskini, nampaknya azam tahun baru kena simpan duit beli telefon baru la ya. Hiks!
Foto: unsplash.com
Korang juga boleh melakukan back up sekiranya tidak mahu kehilangan chat lama dan pastikan back up sebelum tahun baru.
Caranya, buka ruangan chat yang ingin disimpan dan pilih Group Info. Kemudian, terus ke Export Chat untuk pilihan sama ada ingin memuat naik chat dengan atau tanpa media.
WhatsApp yang dilancarkan pada tahun 2009 ini merupakan aplikasi pesanan paling popular di dunia dan pada 2014, ia diperoleh oleh Facebook dengan harga $19 billion.
Facebook juga kini sedang dalam usaha untuk menggabungkan WhatsApp bersama Instagram dan Facebook Messenger agar pengguna dapat berinteraksi melalui ketiga-tiga platform tersebut dengan lancar.
Foto: unsplash.com
P/s: Hm, dah mula risau la nak check telefon sat..