Ijazah anumerta buat Nurly Sahirah mangsa tragedi bas Gerik menjadi penghormatan penuh bermakna buat keluarga, rakan-rakan serta seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Walaupun pemergiannya sudah lebih 100 hari, kenangan terhadap arwah masih segar dan meninggalkan kesan mendalam.
Penghormatan Di Majlis Konvokesyen
Menurut laporan Harian Metro, pada 11 November ini, ibu bapa arwah, Azman Mohamad, 63, dan Kamariah Abdul Latif, 60, akan menaiki pentas konvokesyen menerima ijazah anumerta mewakili anak mereka. Majlis ini bukan sekadar simbol akademik, tetapi juga tanda bahawa usaha arwah menuntut ilmu tetap diiktiraf walaupun hayatnya terhenti akibat tragedi.
Arwah Nurly Sahirah bersama seorang lagi rakan, Allahyarham Fatin Nasrien Fadli, adalah antara 15 mangsa yang terkorban dalam nahas bas membawa pelajar UPSI di Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu.
Kenangan Yang Tidak Pernah Hilang
Menurut bapanya, walaupun sudah berbulan berlalu, beliau masih merasa seolah-olah arwah berada di sisi. Universiti yang sering bertanya khabar dan mengunjungi keluarga membuatkan mereka berasa seakan Nurly masih menuntut ilmu di sana.
Ads
“Sesekali teringat rutin harian menjemput arwah di Bandar Jertih apabila dia pulang bercuti menaiki bas, tetapi kini semua itu hanya tinggal kenangan,” katanya sebak.
Impian Seorang Guru
Ibunya pula berkongsi, walaupun mereka pernah mencadangkan bidang lain, Nurly tetap memilih jurusan Pendidikan Khas kerana minat mendalam untuk mendidik. Walaupun tidak sempat bergelar guru, amalan baik dan mushaf al-Quran tulisan tangan peninggalan arwah menjadikannya inspirasi buat ramai.
“Allahyarham tidak sempat menjadi pendidik secara formal, tetapi Allah telah mengangkat dia sebagai guru untuk seluruh dunia dengan amalan memuliakan al-Quran,” katanya.
Ads
Inspirasi Buat Generasi Muda
Kisah arwah Nurly Sahirah mengingatkan kita bahawa setiap usaha menuntut ilmu adalah berharga, walaupun tidak sempat digapai sepenuhnya. Ijazah anumerta ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi bukti bahawa semangat, doa dan pengorbanan seorang pelajar tidak pernah sia-sia.
Ads
Buat remaja di luar sana, kisah ini wajar dijadikan motivasi untuk terus menghargai ilmu, menghormati ibu bapa serta mendekatkan diri dengan al-Quran. Nurly mungkin sudah tiada, tetapi inspirasinya kekal hidup selamanya.
“Saya berharap pemimpin seterusnya dapat memperbaiki keadaan badminton negara kita,” katanya.
Pada Mei lalu, Mohamad Norza meluahkan hasrat untuk berundur daripada memimpin BAM selepas Sukan Olimpik Paris pada Ogos.
Beliau menegaskan bahawa peranannya dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan BAM dilakukan secara pro bono.
“Saya tidak menerima sebarang gaji atau elaun daripada kedua-dua pertubuhan ini. Saya hanya mahu membantu membawa kegemilangan dan kebanggaan kepada negara.
“Serangan terhadap keluarga saya sama sekali tidak perlu. Keluarga saya tidak wajar melalui semua ini,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, beliau terpalit kontroversi susulan kehadiran ahli keluarganya di pertandingan Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Mereka juga dilihat memakai kad akreditasi, bagaimanapun Mohamad Norza menjelaskan bahawa mereka memiliki kuota khas berasingan untuk membawa tetamu sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jaguh pelari menara negara, Soh Wai Ching meraih kejuaraan dunia sulungnya selepas berjaya menawan Menara Taipei 101 di Taiwan menerusi saingan The Towerrunning World Championships.
Atlet berusia 30 tahun itu melakukan catatan masa 11:35.61s saat pada larian pertama dan 7:1.01s pada larian kedua untuk meraih gelaran pada saingan edisi ke-3 itu, yang berlangsung pada Sabtu.
“Saya sangat gembira kerana dapat memenangi kejuaraan dunia ini selepas enam tahun. Kejohanan sebelum ini berlangsung pada 2018.
“Ia kemudian sepatutnya berlangsung pada 2020 tetapi akibat pandemik Covid-19 ia terpaksa ditangguh. Saya telah lama menantikan saat-saat ini dan akhirnya saya berjaya,” katanya bangga.
Presiden Persatuan Larian Menara Malaysia, Ravinder Singh dalam kenyataan berkata Malaysia telah meraih pencapaian signifikan dalam sukan itu selepas Wai Ching dinobatkan sebagai Juara Dunia yang baharu.
“Perjalanan ke puncak menjadi bukti kepada dedikasi dan sikap konsistennya, dalam kemuncak kerjayanya sejak 2020. Selepas empat tahun mengekalkan prestasi cemerlangnya, beliau telah merangkul kejayaan tertinggi sukan ini,” ujarnya.
Sekadar info, Wai Ching melakukan larian setinggi 91 tingkat pada larian pertama dan 59 tingkat pada larian kedua.
Secara keseluruhan, pelari menara nombor satu dunia itu mencatat 18 minit dan 36.62 saat meninggalkan pencabar utama, Ryoji Watanabe di tempat kedua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pengawal keselamatan yang bertugas pada malam insiden membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir mendedahkan kepada Mahkamah Koroner hari ini bahawa beliau telah cuba menyedarkan remaja itu dengan memanggil nama sambil memegang pipinya, namun Zara Qairina tidak memberi sebarang reaksi.
Linah Mansoding @ Jaliha, 65, berkata ketika kejadian, pelajar Tingkatan Satu itu menarik dan menghembus nafas dengan kuat seolah-olah sedang “berdengkur”.
Ibu kepada empat anak itu memberitahu keadaan Zara Qairina ketika menjawab soalan peguam keluarga remaja berkenaan, Shahlan Jufri, pada hari ketujuh prosiding inkues berhubung kematian tragis itu.
“Dia macam tidur berdengkur… dia dalam keadaan terlentang, kasihan dia,” kata Linah di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Prosiding inkues berkenaan masih berjalan untuk menelusuri punca kematian Zara Qairina dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai insiden tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...