Remaja yang dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’, Muhammad Syukur Khamis kini membuka bengkel motosikal di rumahnya di Kampung Banggol Katong, Serada, Terengganu.
Syukur yang kini sudah berusia 19 tahun, sangat meminati bidang automotif dan memilih untuk mengusahakan perniagaan berkenaan sejurus menamatkan Kursus Teknologi Motosikal di Pusat GiatMARA Kuala Telemong pada Jun lalu.
“Setakat ini, ramai yang hantar motosikal termasuk motosikal berkuasa tinggi dan saya memang meminati bidang automotif. Buat masa sekarang, saya nak baiki motosikal dulu dan cari pengalaman sebelum menyambung kursus baiki kereta pula.
“Walaupun sibuk menjalankan kerja mekanik di bengkel, saya masih lagi membantu bapa, Khamis Jusoh menguruskan ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing,” katanya.
Ads
Tambah pelakon filem Budak Kuba itu, bengkel motosikal itu milik abangnya, Mohd Alias, namun dia mengambil alih menguruskan bengkel itu kerana kekangan masa abangnya yang bekerja sebagai tenaga pengajar di GiatMARA.
“Melalui ilmu dan kemahiran yang diperoleh ketika belajar selama enam bulan di GiatMARA, saya mampu membaiki motosikal dengan baik. Bagi kerosakan membabitkan bahagian enjin yang serius biasanya saya mendapatkan bantuan daripada abang untuk membaikinya.
Ads
“Caj yang dikenakan mengikut keadaan dan jenis kerosakan namun saya sentiasa ingin memberi harga yang lebih murah dan berpatutan,” ujarnya lagi.
sumber: bernama
Terdahulu, Syukur pernah tular apabila gambar ikoniknya bersama kerbau ternakannya berjaya mencipta fenomena di media sosial. Gambar yang dipotretkan oleh jurugambar Malaysia, Dallah Dean, menampilkan sosok yang kemudian dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’.
Gambar tersebut bukan sahaja mengundang perhatian di dalam negara, tetapi turut diiktiraf di pentas antarabangsa. Ia menjadi terkenal selepas terpilih untuk dipamerkan di Austrian Cultural Forum di Itali, dalam himpunan gambar terbaik Alfred Fried Photography Award 2018.
Selain itu, ia memenangi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik. Tidak berhenti di situ, gambar tersebut turut dinobatkan sebagai pemenang Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori Manusia atau Jalanan (Street or People).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama, FB GiatMARA Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bunyinya agak mustahil, bagaimana pelajar boleh keluarkan soalan sendiri? Bagaimana pensyarah dan pihak universiti boleh benarkan? Macam-macam persoalan yang terlintas, namun inilah kenyataan yang terjadi di India.
Seperti kita semua ketahui, para pelajar adalah di antara golongan yang terjejas teruk akibat situasi pandemik yang tidak menentu. Kebanyakkan daripada mereka berasa tertekan kerana perlu mengikut kelas dan syarahan secara maya.
Melihat kepada keadaan tersebut, baru-baru ini Indian Institute Of Technology (IIT) yang merupakan sebuah universiti di Goa, India telah mengambil keputusan untuk membenarkan pelajar membuat soalan peperiksaan semester mereka sendiri demi mengurangkan tekanan yang dihadapi pada musim pandemik.
Menurut sumber India Today, pelajar diarah menyediakan soalan peperiksaan untuk semester itu dan soalan hendaklah mengandungi kesemua jilid yang telah dipelajari sepanjang semester; yang terdiri daripada 30 syarahan kesemuanya.
Pelajar juga diarah menjawab soalan mereka sendiri dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Foto: India Today
Kertas soalan yang diberikan oleh pihak universiti ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama adalah untuk 30 markah manakala bahagian kedua untuk 40 markah.
Hhm, apa pendapat korang mengenai idea ini? Adakah ia sesuai diguna pakai dalam sistem pendidikan di Malaysia sekarang ketika pelajar perlu berdepan dengan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)?
Mungkin dengan cara sebegini, pelajar boleh meringankan beban dan tekanan yang dihadapi akibat ODL. Secara tidak langsung semasa membuat soalan peperiksaan mereka, pelajar akan menelaah setiap subjek yang telah dipelajari. Tak gitu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak kurus tapi masih tak jaga pemakanan? Simpan je la angan-angan korang tu kalau susah sangat nak jaga makan.
Menurut apa yang dikongsi oleh Coach Maryam Hafiz, ada 30 menu haram dimakan ketika sedang menjalani program penurunan berat badan yang pastinya membantutkan usaha korang nak kurus.
Menggosok baju merupakan ‘kerja’ harian yang kita lakukan hampir setiap hari. Nak pergi kelas atau kerja memang wajiblah gosok pakaian terlebih dahulu. Belum kira baju yang perlu digosok kalau nak pergi kenduri, baju sekolah anak, baju nak pakai di hari raya dan sebagainya. Tak pernah lagilah penulis jumpa orang yang tak pernah gosok baju dalam hidup dia.
Tapi masalahnya, nak mengosok baju tu yang malas tapi mungkin tidak lagi dengan tip di bawah. Pasti masa mengosok pakaian korang lebih cekap dan efektif selepas ini.
Baju Senang Digosok Dan Jimat Masa, Trik Mudah Ini Memang Praktikal!
Jika mahu cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini. Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya :
Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.
Mudah kan trik mengosok baju ini, pasti lepas ini korang semakin rajin saterika baju kan. Selamat mencuba!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!