Membesarkan empat orang anak sebagai ibu tunggal sambil menggalas tanggungjawab pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, segala cabaran itu tidak pernah mematahkan semangat Nur Aidilla Mohd Badrulshah untuk merealisasikan impiannya menggenggam segulung ijazah.
Menerusi perkongsian di Facebook Universiti Utara Malaysia (UUM), kisah Nur Aidilla yang merupakan penjawat awam di Jabatan Kerja Raya (JKR) itu cukup menginspirasikan apabila beliau berjaya meneruskan pengajian secara jarak jauh selama lima tahun di samping menguruskan keluarga.
Lebih mengagumkan, beliau sanggup berulang-alik ke kelas menggunakan kereta mahupun motosikal, bergantung kepada keperluan dan kemampuan kewangan.
Bagi Nur Aidilla, usaha memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bukan sekadar untuk mencapai kejayaan akademik, sebaliknya menjadi contoh buat anak-anak bahawa kesukaran hidup bukan alasan untuk berhenti mengejar impian.
“Saya tidak mahu anak-anak saya hanya mendengar nasihat tentang ketabahan. Saya mahu mereka pernah melihat ketabahan hidup itu di hadapan mata mereka sendiri,” katanya kepada pemberita.
Sanggup Berulang-Alik Demi Sambung Pengajian
Perjalanan akademik Nur Aidilla bermula ketika beliau bertugas dan menetap di Besut, Terengganu.
Setiap hujung minggu, beliau perlu berulang-alik ke Kota Bharu bagi menghadiri kelas. Komitmen tersebut bagaimanapun tidak terhenti meskipun beliau kemudiannya ditukarkan ke JKR Dungun.
Malah, terdapat juga keadaan yang memerlukan beliau melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur demi memenuhi tuntutan pengajian.
Ads
Dalam memastikan perbelanjaan keluarga dan kos pembelajaran dapat diuruskan dengan baik, Nur Aidilla memilih untuk menggunakan kereta atau motosikal mengikut keperluan serta kemampuan kewangannya.
“Setiap ringgit perlu dipertimbangkan, setiap perjalanan perlu dirancang dan setiap masa perlu dimanfaatkan sebaiknya,” katanya.
Bahagikan Masa Antara Kerjaya, Pengajian & Empat Anak
Dalam kesibukan menguruskan pekerjaan dan pengajian, Nur Aidilla turut perlu memastikan keperluan empat orang anak yang dibesarkannya sentiasa diberikan perhatian.
Menurutnya, perjalanan yang jauh, keletihan serta pelbagai cabaran yang hadir silih berganti sememangnya menguji ketahanan dirinya.
Namun, peluang untuk membina masa depan yang lebih baik menerusi pendidikan menjadi antara sebab utama beliau terus kuat meneruskan perjuangan tersebut.
Ads
Beliau juga mahu anak-anak memahami bahawa kejayaan bukan hadir dengan mudah, sebaliknya memerlukan disiplin, pengorbanan dan keberanian untuk membuat pilihan, walaupun kehidupan tidak sentiasa berjalan seperti yang diharapkan.
“Sebagai seorang ibu, saya mungkin tidak mampu menyediakan segala-galanya untuk anak-anak. Namun, saya boleh berusaha menjadi bukti bahawa seseorang tidak perlu menunggu kehidupannya sempurna sebelum berani mengejar impian,” katanya.
Mahu Anak-Anak Jadikan Ketabahan Sebagai Inspirasi
Berkongsi lanjut, pengalaman mengimbangi tanggungjawab sebagai pekerja, pelajar dan ibu turut mengajarnya untuk lebih menghargai setiap peluang yang hadir.
Malah, perjalanan menghadiri kelas bukan sahaja membawanya semakin hampir kepada matlamat akademik, tetapi turut membentuk dirinya menjadi seorang wanita dan ibu yang lebih cekal dalam menghadapi kehidupan.
Ads
Nur Aidilla berharap pengalaman yang dilaluinya itu dapat menjadi sumber kekuatan buat anak-anak apabila mereka berdepan kesukaran pada masa hadapan.
Bagaimanapun, beliau tidak mengharapkan anak-anaknya hanya mengenang segala pengorbanan yang telah dilakukan, sebaliknya mahu mereka percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan untuk bangkit dan membina kehidupan sendiri.
“Kerana akhirnya, kejayaan terbesar saya bukanlah apabila nama saya tercatat sebagai seorang graduan, tetapi apabila empat orang anak saya membesar dengan keyakinan bahawa apa pun latar belakang mereka, mereka tetap berhak mempunyai impian dan berusaha mencapainya,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB UUM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peneraju pasaran No.1 dalam kategori deodoran, Nivea telah melancarkan rangkaian deodoran pencerah baharu, NIVEA Extra Bright Premium Fragrance.
Berasaskan misi NIVEA dalam menyediakan penjagaan yang terbaik untuk diri dan kulit, deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance serba baharu ini memberikan manfaat tambahan untuk mencerahkan dan melicinkan kulit bawah lengan dengan wangian eksklusif berkekalan yang meningkatkan keyakinan dan kecantikan para wanita sepanjang hari.
Bunga Peony merupakan salah satu bunga kegemaran ramai dan ia merupakan wangian utama untuk deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance Velvet Romance serba baharu, menawarkan wangian bertaraf dunia yang istimewa kepada pengguna untuk meningkatkan keyakinan mereka untuk bergaya setiap hari!
Selain itu, rangkaian deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance baharu ini melangkaui fungi asas untuk menghilangkan bau badan.
la didatangkan dengan faedah tambahan untuk mencerahkan dan melicinkan kulit bawah lengan dengan 10% lebih Vitamin C, ditambah pula dengan wangian eksklusif #SignatureScent yang berkekalan untuk meningkatkan keyakinan wanita.
Selain Velvet Romance, terdapat dua varian lain iaitu Fresh Lavier dan Miracle Sweet untuk rangkaian deodoran pencerah dengan wangian eksklusif.
Untuk info, pada majlis pelancaran semalam, pelbagai selebriti tempatan dan pempengaruh yang pakar di dalam industri kecantikan dan penjagaan diri menghadiri majlis pelancaran ini. Selebriti dan pempengaruh terkenal seperti Amyra Rosli, Sweet Qismina, Nabila Razali, Cherry Quah, Elecher Lee dan Nana Bebu berkongsi pengalaman peribadi dan varian kegemaran mereka daripada rangkaian deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance serba baharu yang melengkapkan gaya hidup mereka.
Rangkaian deodoran NIVEA Extra Bright Premium Fragrance boleh didapati di semua kedai Watsons, farmasi dan kedai atas talian NIVEA Official dalam botol Spray 150ml dan botol roll-on 50ml pada harga runcit yang disyorkan RM21.80 dan RM15.90 (masing-masing).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Macam Oppa Korea!” – itulah antara komen yang membanjiri media sosial apabila wajah kacak Raja Azlan Muzaffar Shah, putera Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, mula tular. Nama beliau kini menjadi sorotan netizen selepas beberapa gambar dan video terbarunya dikongsikan di aplikasi Threads.
Raja Azlan Muzaffar Shah, putera Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa kecil
Rata-rata netizen nyata terpegun dengan penampilan segak Raja Azlan yang baru berusia 17 tahun. Malah, ramai mengaitkan wajahnya dengan pelakon popular Korea, Ahn Jae-hyun kerana iras wajah dan aura yang dimiliki. Ada yang menulis, “ingatkan oppa Korea, rupanya putera diraja Malaysia”, sekali gus mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.
Bukan setakat wajah tampan, ketinggian dan karisma Raja Azlan juga menarik perhatian ramai. Seorang pengguna Threads berkongsi pengalaman bertemu dengannya secara berdepan dan mengakui terkejut dengan personalitinya yang tinggi lampai. Walaupun sering tampil sederhana, gaya yang dibawa tetap menyerlahkan keyakinan diri seorang pewaris keluarga diraja.
Lebih istimewa, aura Raja Azlan terserlah dalam setiap penampilannya yang sopan dan berkarisma. Netizen bukan sahaja memuji raut wajahnya, tetapi juga kagum dengan personaliti tenang serta pesona yang dimilikinya. Tidak hairanlah mengapa ramai anak muda mula menjadikan beliau sebagai inspirasi gaya dan ikon remaja baharu.
Fenomena ini membuktikan bahawa pengaruh media sosial sangat besar dalam menonjolkan personaliti muda. Walaupun belum menceburi dunia hiburan, Raja Azlan sudah berjaya mencuri perhatian seantero Malaysia dengan daya tarikan semula jadinya.
Siapa tahu, dengan populariti yang semakin meningkat, mungkin suatu hari nanti Raja Azlan bakal melangkah lebih jauh sama ada dalam bidang akademik, kepimpinan mahupun menjadi ikon belia.
Apa yang pasti, wajah kacaknya sudah pun menambat hati ramai persis seorang bintang K-drama sebenar!
Pasangan kembar popular, Muhammad Amin Othman dan Muhammad Abid Othman, telah berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Seni Kreatif (Seni Lukis dan Seni Reka) dalam Istiadat Konvokesyen ke-99.
Graduan dari UiTM Merbok Kedah itu, sempat berkongsi pandangan tentang cara pendekatan belajar masing-masing.
Menurut Amin yang juga salah seorang penerima Anugerah Naib Canselor, dia menekankan pentingnya memahami pelajaran di kelas, manakala Abid menekankan adab dan ilmu sebagai kunci keberkatan dalam menimba ilmu.
“Cara yang Amin apply ketika belajar adalah kita kena faham apa yang kita belajar di kelas. Itu paling penting.
“Cara Abid pula adalah adab yang pertama, yang kedua adalah ilmu. Kita perlu sentiasa menjaga adab dengan guru mahupun pensyarah, di mana adab itulah menjadi keberkatan semasa kita menimba ilmu. Insya-Allah, Allah permudahkan,” kongsi kedua beradik itu.
Pada masa sama, pemenang Anugerah Education Creator Of The Year TikTok Award 2024 itu turut menzahirkan penghargaan buat ibu bapa yang telah menyokong mereka dari peringkat diploma hingga ke ijazah.
Mereka juga menghargai pengalaman berharga yang diperoleh semasa belajar di Korea, hasil bimbingan pensyarah.
“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang selama ini telah menyokong kami daripada pengajian diploma sehinggalah kami meraih ijazah sarjana muda.
“Selain itu, tidak dilupakan buat para pensyarah kami sehingga kami dapat terbang ke negara Korea dan mendapat pengalaman di sana. Alhamdulillah, peluang yang diberikan ini amat bernilai buat kami.
“Buat adik-adik di luar sana, jika rasa putus asa dalam meneruskan pelajaran. Ingatlah, ia satu ibadah dan amanah Allah kepada kita. Jadi, gunakanlah sebaik mungkin,” tutur Amin.
Sekadar info, pasangan kembar ini mula dikenali ramai di serata media sosial kerana selalu menghasilkan barangan kreatif bersama-sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Abid Othman & FB UiTM Media Rasmi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkahwinan bawah umur di Kelantan kekal tertakluk kepada SOP dan kawalan ketat, dengan kerajaan negeri meneliti isu berdasarkan hukum syarak dan kemaslahatan.