Ibu ‘Draco Malfoy’ Meninggal Dunia Secara Mengejut, Tom Felton Luah Rasa Kecewa

Share

 

Pelakon, Helen McCrory yang memainkan watak Narcissa Malfoy dalam siri filem Harry Potter telah meninggal dunia akibat penyakit kanser.

Hanya pada usia 52 tahun, kematian Helen itu telah mengejutkan ramai pihak termasuklah pelakon yang memainkan karakter anaknya, Draco Malfoy dalam filem Harry Potter, Tom Felton.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Tom meluahkan rasa sedih dan juga kecewa kerana ada beberapa perkara yang tidak sempat untuk disampaikan olehnya kepada Helen secara personal.

Pada bahagian kapsyen untuk foto daripada salah satu babak akhir filem Harry Potter and the Deathly Hallows, Tom menulis, “Saya amat sedih kerana terpaksa menyatakan selamat tinggal secara tiba-tiba.

“Saya tidak pernah mengambil peluang untuk memberitahu Helen bagaimana dia telah membantu saya menjadi insan seperti sekarang, di dalam set dan di luar set.

“Helen selalu menjadi dirinya sendiri, selalu pantas menangkap, bijak berkata-kata, mesra dan selalu mempunyai masa untuk melayan semua orang.

“Terima kasih kerana membantu saya ke hadapan dan ‘memimpin’ tangan saya apabila saya memerlukannya.”

ARTIKEL BERKAITANPelakon Harry Potter Buat Reunion Sempena Cuti Natal & Kami Obses! – REMAJA

Di ruangan komen, peminat Tom memberikannya sokongan dan mengucapkan takziah kepada pihak Helen McCrory.

Untuk pengetahuan, Helen meninggalkan seorang suami bernama Damien, anak-anaknya dan seluruh ahli keluarganya. Selain watak Narcissa, Helen juga dikenali menerusi watak ikonik lain dalam filem seperti Peaky Blinders dan Penny Dreadful.

BACA LAGI[KUIZ] Karakter HARRY POTTER Yang Manakah Korang? – REMAJA

IKLAN