Alhamdulillah, ramai jemaah Malaysia yang dijadualkan akan ke Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah, akhir tahun ini.
Jika kita lihat hari ini, bagai kan trend melancong orang berlumba-lumba ke kota suci untuk mengerjakan ibadah umrah. Kerana ramai yang sudah berkemampuan, dan pakej umrah yang ditawarkan pula dah semakin murah, ia menjadi satu budaya melancong bentuk baru atas nama ibadah umrah.
Ramai yang menganggap melancong cara ini adalah yang terbaik kerana ibadah ini serampang dua mata dan tidak lagi bertumpukan niat untuk beribadah. Sebab itu ada yang mengulang banyak kali. Tiap-tiap tahun pergi umrah, tapi perangai tak berubah-ubah jugak – bak kata Makcik Bawang.
Susulan itu, pendakwah bebas, Maulana Wan Helmi Wan Mohamed menerusi sebuah program dakwah yang disiarkan TV Al-Hijrah berkongsi pengertian sebenar dan perkara asas yang betul untuk menunaikan ibadah umrah.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman akaun TikTok @elbachuki, Maulana Helmi berkata sepatutnya umat Islam yang datang ke Tanah Suci itu membawa dua perasaan iaitu takut dan berharap.
Bagaimanapun, beliau yang banyak memimpin individu yang ingin menunaikan umrah berkata, segelintir umat Islam yang berada di sana beribadah dalam keadaan yang tidak begitu fokus.
“Saya dapat tengok segelintir orang yang bertawaf dan bersai dalam keadaan tidak bertawajjuh,” katanya lagi.
Jelasnya, situasi ini berbeza berbanding zaman dahulu yang mana kebanyakan umat Islam begitu fokus menunaikan ibadah sehingga ada yang menangis ketika mendengar azan dan ketika bertawaf.
Ads
Kesan yang dibawa balik adalah yang paling penting
Ujar Maulana Helmi, kesan yang dibawa balik selepas menunaikan umrah itu adalah yang paling penting kerana ia boleh dikongsikan buat masyarakat yang lain.
Di akhir perkongsian, beliau berkata perkara yang harus dibimbangkan adalah amalan semasa kita menunaikan ibadah tersebut sama ada diterima atau ditolak Allah SWT.
“Kita takut sangat tengok bila banyak orang ‘selfie’ depan Kaabah, menziarahi makam Rasullah SAW pun sambil ‘selfie’. Pada saya ini satu adab yang sangat tidak baik.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Makanan segera antara yang digemari oleh masyarakat di Malaysia kerana penyediaannya yang cepat dan mudah untuk dimakan. Burger merupakan pilihan utama di restoran makanan segera dan apa yang menariknya, ada pelbagai menu pilihan yang ditawarkan kepada pelanggan.
Jika sebelum ini, roti burger berwarna hitam diperkenalkan di Malaysia, kini Marrybrown membawa kelainan mengilhamkan hidangan istimewa ‘egg-citing’ dan ‘egg-stra’ dengan menu lazat terbaru.
Marrybrown merupakan Quick-Service Restaurant (QSR) pertama yang akan mengeluarkan minuman terbaharu keluaran Nestle iaitu Pink Lemonade yang sesuai disajikan bersama menu perayaan Tahun Baru Cina.
Dilimpahi dengan sos telur masin yang berkrim, hidangan unik ini didatangkan dalam tiga pilihan kombo iaitu, Kombo Burger Egg-stra ONG, Kombo Ayam Egg-stra ONG, dan Kombo Burger dan Ayam Egg-stra ONG.
Warna merah jambu yang digunakan untuk roti burger dan air memang nampak menyelerakan. Tak sabar pula nak cuba. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kepada semua pengundi muda, bersiap sedia untuk mengambil cuti hari mengundi!
Sebentar tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November 022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Manakala, tarikh penaman calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 5 November dan 15 November 2022.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh juga memaklumkan bahawa tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding.
Ini bermakna, dari 5 November (Sabtu) hingga jam 11.59 malam pada 18 November (Jumaat) kelak, korang akan mula melihat ‘perang’ bendera, poster dan pelbagai bentuk bahan promosi di sekitar kawasan korang.
Bagi mereka yang belajar dan berkhidmat di luar negara, urusan permohonan undian pos luar negara untuk PRU15 akan dibuka bermula daripada 10 Oktober 2022.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan perlantikan 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang akan dibantu oleh 1,264 orang Penolong Pegawai Pengurus bagi Pilihan Raya Umum kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali tiba bulan September je, mesti ramai rakyat Malaysia yang tercari-cari satu makanan ‘tradisional’ masyarakat Cina ini. Mooncake!!!
Kebiasaannya, perayaan ini akan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 mengikut kalendar Cina, iaitu pada akhir bulan Ogos. Hidangan istimewa dalam perayaan ini antaranya ialah kuih bulan.
Seperti setiap tahun, Starbucks meneruskan tradisinya dengan menambah kemeriahan perayaan kuih bulan ini. Untuk festival Mid-Autumn ini, selain menawarkan ‘mooncake’ perisa baharu Starbuck juga berkerjasama bersama pereka tempatan iaitu Christy Ng.
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dan kita tidak dapat pulang ke kampung. Starbucks datangkan idea kiriman kotak ‘mooncake’ buat tersayang penganti diri. Ia bagai simbolik walaupun kita berada di mana sahaja kiriman ini sebagai peringatan kasih sayang, cinta dan ikatan antara keluarga dan rakan tetap utuh dan tidak terjejas.
Set ini didatangkan dengan dua pilihan. Set Mooncake Edisi Terhad Starbucks® x Christy Ng dalam warna Merah Burgundy dan Set Mooncake Edisi Terhad Starbucks® x Christy Ng dalam warna Biru Midnight.
Setiap set beg ada maknanya tersendiri, Set Midnight Blue (Edisi Terhad) mewakili unsur kayu dalam budaya Cina, serta keabadian dan kemajuan dalam kehidupan. Manakala,
set beg merah burgundy membawa makna yang berani, warnanya melambangkan keberuntungan, kegembiraan dan kebahagiaan dalam budaya Cina. Set ini dilengkapi dengan dua baucar minuman percuma untuk anda nikmati bersama orang tersayang.
Setiap beg berharga RM158 dan RM138
Mereka juga sediakan mooncake dalam sebuah kotak yang berisi 4 biji. Koleksi kuih bulan Starbuck ini dilengkapi dengan set 4 rasa baru yang menarik gabungan tradisional dan inspirasi daripada minuman di Starbucks. Keempat-empat perisa kuih bulan ini termasuk macchiato karamel, telur masin teratai , coklat hazelnut praline dan favourite kami, teh hijau matcha adzuki mooncake.
Untuk info, yang beragama Islam dan Muslim jangan risau, hasil penelitian didapati perayaan ini adalah perayaan budaya masyarakat Cina. Ia bukan perayaan agama dan ia boleh disambut oleh muslim. Malah pada hari ini sudah terdapat banyak kuih bulan yang halal yang disahkan oleh JAKIM.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!