
Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan penangguhan ibadah umrah berkuat kuasa pada 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron yang membimbangkan. Penangguhan ini dibuat untuk membantu mengurangkan risiko penularan Omicron dan memperlahankan peningkatan kes COVID-19.
Namun begitu, kini kabinet telah memutuskan untuk membenarkan semula umat Islam mengerjakan ibadah umrah pada 8 Februari depan kerana kerajaan tidak berhasrat untuk memanjangkan tempoh penggantungan perjalanan ibadah itu.

Prosedur operasi standard (SOP) untuk kebenaran perjalanan itu masih sama seperti sebelum ini antaranya mewajibkan jemaah mengambil dos penggalak. Cuma mungkin ada beberapa SOP baharu untuk para jemaah dan akan dibincangkan bersama ejen pelancongan umrah.
Berita ini memberi kegembiraan buat hampir 10,000 jemaah yang terpaksa menangguhkan perjalanan umrah mereka, selain pihak pengendali umrah.

Difahamkan sebelum ini jemaah yang ingin menunaikan ibadah yang telah mengambil dua dos vaksin perlu menjalani 7 hari kuarantin dan bagi individu dua dos berserta booster hanya 5 hari kuarantin.
Kami doakan agar segala urusan para jemaah umrah dipermudahkan dan semoga kita juga bakal menjadi tetamu Allah di tanah suci satu hari nanti.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ingin Hargai Diri & Tak Tahan Dikritik, Ikon Hijabi Hana Tajima Akui Tidak Lagi Bertudung

HANA TAJIMA, bukan nama asing yang perlu untuk diperkenalkan lagi.
Dari golongan remaja di universiti sehinggalah ke perempuan muda yang sedang bekerja, stail Hana Tajima sentiasa dapat dilihat pada cara kita menata gaya stail harian.


Memeluk Islam sejak berusia 18 tahun dan lebih 10 tahun mencipta identiti sebagai seorang pereka fesyen dan fesyenista berhijab, tempias stail Hana Tajima turut dapat dirasai di Malaysia..
Hana Tajima juga telah beberapa kali berkolaborasi bersama jenama fesyen dari Jepun, Uniqlo termasuklah untuk koleksi 2021, pasti korang pun ada koleksi daripada Hana untuk dimuatkan ke dalam gerobok masing-masing.
Namun, satu berita yang tidak ‘sedap’ didengari daripada wanita kacukan Jepun dan Amerika Syarikat ini. Hana Tajima mengakui sudah lagi tidak bertudung disebabkan tertekan untuk menjadi Muslimah mengikut perspektif dikehendaki masyarakat. Menurutnya, beliau juga membawa beban tidak dikehendaki kerana ia membuka ruang untuk dirinya terus menerus menjadi mangsa kritikan umum.
Tidak Mudah Puaskan Hati Orang
Melalui perkongsian video di laman sosial Instagramnya lagi, Hana menyatakan yang dia berasa agak sukar untuk membincangkan hal ini dan beliau sudah memikirkan perkara berkenaan dalam satu tempoh yang agak lama. Tambahnya, sukar untuk mencari keseimbangan di dalam dirinya dan hijab serta bukan mudah untuk terus menutup auratnya semata-mata demi memuaskan hati orang lain.
Ingin Lebih Menghargai Diri
Menurutnya lagi, dia ingin berubah menjadi seseorang yang lebih menghargai diri dan cuba mengalihkan fokus terhadap pendapat yang mengatakan tudung sebagai kayu pengukur kepada kebaikan. Walaupun Hana suka akan hijabnya dan masih belajar untuk menyukainya, namun ia bukannya sebahagian daripada identiti luarannya lagi dan lebih kepada sebahagian daripada dalam dirinya.
Menyengah ke laman instagramnya, Hana turut berterima-kasih kepada semua kerana memberikan kata-kata semangat dan sokongan buat dirinya.
Hmm…secara jujurnya penulis agak kecewa mendengar perkhabaran dari Hana Tajima ini, tapi tak apalah kita doakan jela yang terbaik untuk Hana Tajima dan moga Allah berikan hidayah kepadanya untuk berhijab dan menjadi ikon hijab kembali…Mudah-mudahan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini CARA BETUL Bersihkan “Belakang” Ayam! Perlu Belah Tengah, Baru Bersih Najis Di Situ

Ramai yang suka makan tongkeng ayam atau disebut juga buntut ayam. Goreng secara panas-panas dan dimakan begitu sahaja. Rasanya yang enak ditambah lemak minyak yang melekat membuatkan penggemarnya mampu menghabiskan tanpa sedar. (Ops, Min tak pernah rasa, tapi orang cakap sedap. Betul ke?)
Biasanya yang kita tahu, kebanyakan hanya membuang bahagian atas (kelihatan seperti lemak membukit) kerana di situ merupakan saluran najisnya. Tapi rupanya jika kita hanya membuang bahagian atasnya, najis ayam masih ada lagi jika tidak dibelah di bahagian tersebut.
Satu perkongsian dari Studio ChefViral mengenai teknik betul membersihkan buntut ayam agar kita tak termakan najisnya.
Anak dara yang nak melangkah ke alam rumah tangga tu kena ambil ilmu nie. Mana tahu bakal suami korang suami makan buntut ayam pulak.
Awas…
Khas buat peminat Tongkeng/Buntut Ayam.
Dah lama nak Share tapi tak berkesempatan. Tak kira la masak macam mana pun tapi ini penting. Kalau tak buang memang anda semua makan tahi ayam.
Sebabnya?
Sebab yang hujung-hujung ni memang tahi. Bukan lemak.
Ini cara Bro kalau nak masak. Boleh amalkan & share.
1. Anda belah betul-betul tengah buntut ayam ni.


2. Bila dah belah anda akan nampak kotoran berwarna kuning. Bersihkan.


3. Tak habis lagi. Di kiri & kanan tu anda akan jumpa satu ketulan berwarna kuning pucat (seperti dalam gambar). Buangkan.

4. Dah buang, barulah bersih & boleh dimasak. HALAL & TOYYIBAN
Pada anda di luar sana yang menggemari tongkeng/buntut ayam ni, boleh periksa dulu sebelum beli.
Kalau buntut ayam tu dibelah anda boleh beli.
Kalau tak belah, sebaiknya JANGAN!
Pada yang berniaga pun boleh berbuat demikian. Supaya makanan yang kita jual sentiasa bersih & suci.
Keberkatan adalah mutu utama jualan kita.
Kongsikan.. Kredit : Studio ChefViral
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa Sudah Jadi? Kurang 10 Hari Menteri Umum, Kes COVID-19 Sudah Cecah 174 Kes

25 Julai lalu, beberapa hari sebelum Aidiladha disambut ramai menyuarakan kebimbangan jika tidak boleh pulang beraya ke kampung.
Ini susulan kenyataan dikeluarkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di mana kerajaan akan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya kes positif COVID-19 mencecah tiga angka. Jelas Menteri lagi, kerajaan tiada pilihan melain mengembalikan semula PKP sekali gus mengehadkan pergerakan.
"Empat hari berturut-turut kes meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri,” tegas beliau dalam sidang akhbar tersebut.
Hari ini, kurang dari 10 hari selepas pengumumuman dibuat, angka individu yang positif COVID-19 sudah pun mencecah 174 orang. Membuktikan isu kesihatan dan penjarakan sosial bukan isu mainan. Malah virus ini juga bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh oleh masyarakat kerana virus ini boleh tersebar jika sikap tak peduli masih menebal dalam masyarakat.
Dalam satu kenyataan akhbar dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulllah, sebanyak 13 jangkitan baru kes COVID-19 direkodkan hari ini. Secara keseluruhan menjadi kepada 9,083 kes dengan jumlah kes aktif 174 kes.
Tambah Dr Noor Hisham, sembilan daripada keseluruhan kes baru berkaitan kes import dai mana lima warga tempatan dan empat bukan warga negara. Antara negara terbabit ialah dua kes dari China, India, Jepun, satu kes Ireland, Indonesia dan Yaman.
"Empat kes warga tempatan di mana dua darinya Kluster Sivagangga di Pulau Pinang dan satu kes daripada Kluster Kurau.
Sementara satu kes dikesan di Putrajaya iaitu daripada Kluster Meranti," katanya dalam sidang media hari ini.
Dua kluster baru wujud iaitu Kluster Kurau dan Kluster Meranti
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) buah kluster baharu yang telah dikenalpasti hari ini, iaitu:
1. Kluster Kurau:
Dua (2) kes positif telah dikesan dalam kluster ini. Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9050) merupakan kes positif COVID-19 yang telah dilaporkan pada 7 Ogos 2020. Kes kedua kluster ini (iaitu kes ke-9082) merupakan abang ipar kepada kes ke-9050, di mana beliau telah dikesan hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat. Susulan itu, beliau sekeluarga yang berada di Pulau Pinang telah turut disaring. Pada 9 Ogos 2020, beliau dikesan positif COVID-19 manakala, ahli keluarga beliau yang disaring setakat ini [iaitu lima (5) orang] pula dikesan negatif.
Setakat ini sejumlah 115 individu kontak rapat telah disaring. Daripada jumlah ini:
• 106 negatif; dan
• Sembilan (9) masih menunggu keputusan.
Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan.
2. Kluster Meranti:
Kluster ini mula dikesan apabila kes ke-9083, iaitu seorang petugas kesihatan dikesan positif COVID-19 pada 8 Ogos 2020. Beliau mempunyai kontak kepada kes ke-8968, iaitu kes COVID-19 yang telah dikesan hasil daripada saringan pra pembedahan (kes ini telah dilaporkan pada 31 Julai 2020). Setelah disiasat, kes ke-8968 didapati pernah mempunyai sejarah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan di mana kes ke-9083 telah bertugas. Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) sedang dijalankan di mana setakat ini 15 individu telah disaring. Punca jangkitan kluster ini adalah masih di dalam siasatan.
STATUS TERKINI KLUSTER PUI SIVAGANGGA
Sehingga 9 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 4,636 orang telah disaring dalam kluster ini dan daripada jumlah ini, 45 dikesan positif COVID-19. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:
1. Kedah (4,078 disaring):
• 31 kes dikesan positif COVID-19;
• 4,020 individu negatif; dan
• 27 individu masih menunggu keputusan.
2. Perlis (390 disaring):
• 11 kes dikesan positif COVID-19; dan
• 379 individu masih menunggu keputusan.
3. Pulau Pinang (168 disaring):
• Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
• 85 individu negatif; dan
• 80 individu masih menunggu keputusan.
Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) masih diteruskan. Langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga turut dijalankan di kawasan- kawasan yang telah dikenalpasti berkait rapat dengan kluster ini. Situasi terkini kluster ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang
Bersediakah kita di PKP semula?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

