Aktor tampan, Nabil Aqil terkejut selepas mengetahui bahawa bapa tercintanya, Ahmad Zaidi Masri, telah membina sebuah rumah kayu kampung yang dianggarkan bernilai lebih RM500,000 di Kuang, Sungai Buloh, khusus untuk majlis persandingannya kelak.
Menurut Nabil yang membesar di bandar, dia memang sudah lama mempunyai impian untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam suasana kampung. Namun, dia tidak menyangka bapa tercinta akan membina sebuah rumah khas untuk impian tersebut.
Tambahnya lagi, memandangkan Nabil masih belum mempunyai calon isteri, rumah yang diberi nama Rumah Kayu 1928 itu, kini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk majlis eksklusif seperti perkahwinan, sambutan hari lahir, dan acara korporat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, mengakui keputusan untuk berhijab bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya datang dengan penuh keikhlasan selepas hatinya tersentuh melihat keberanian para sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, kesedaran untuk menutup aurat hadir secara semula jadi selepas dia mengikuti rapat perkembangan misi bersejarah itu yang disertai ramai aktivis dan artis Malaysia termasuk Heliza Helmi dan Ardell Aryana.
“Saya mohon semua doakan yang baik-baik untuk saya. Sudah tentu saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Tiada istilah cuba-cuba. Kadang-kadang jihad seseorang itu yang buat diri rasa insaf. Rasa kagum dan sangat hebat, terutama sekali melihat semangat rakan-rakan yang terlibat dengan misi GSF ke Gaza,” katanya.
Pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu turut berkongsi bahawa perjuangan sukarelawan di bumi Palestin benar-benar membuka matanya tentang makna sebenar pengorbanan, kekuatan iman dan keberanian dalam mempertahankan kebenaran. Melihat semangat wanita berhijab yang berdiri di barisan hadapan tanpa gentar membuatkan dirinya mahu berubah ke arah lebih baik.
“Mereka berjuang untuk bantu saudara kita yang ditindas, tapi dalam masa sama masih menjaga maruah dan aurat. Dari situ saya rasa sangat malu dan tersentuh. Saya fikir, kalau mereka boleh kuat di sana, kenapa saya tak boleh berubah di sini?” luahnya lagi.
Dalam masa sama, Elly turut menegur segelintir pihak yang masih mempertikai usaha para sukarelawan yang membawa mesej keamanan dan bantuan ke Gaza.
“Saya mohon sangat, hentikan kata-kata yang bukan-bukan. Usaha mereka itu cukup baik. Mengapa perlu kita patahkan semangat mereka dengan kata-kata yang tidak cerdik? Daripada sibuk mempertikai, lebih baik kita sama-sama doakan mereka yang sedang berjuang dalam misi Global Sumud Flotilla,” tegasnya.
Keputusan Elly untuk berhijab disambut dengan penuh rasa bangga oleh peminat dan rakan selebriti yang memuji perubahan positif dirinya. Ramai juga menganggap penghijrahan itu sebagai bukti bahawa hidayah boleh hadir melalui pelbagai cara, termasuk melalui perjuangan kemanusiaan yang menyentuh jiwa.
Kini, penampilan sopan dan tenang Elly menjadi inspirasi kepada ramai wanita muda yang turut berusaha memperbaiki diri. Baginya, perubahan bukan sekadar soal imej, tetapi tentang kekuatan hati untuk mendekatkan diri kepada Allah.
“Saya hanya harap Allah tetapkan hati saya. Saya nak istiqamah, nak jadi lebih baik, dan semoga perubahan ini kekal sampai bila-bila,” katanya penuh rendah diri.
Langkah berani Elly Mazlein ini membuktikan bahawa setiap insan boleh berubah apabila hati disentuh oleh kisah perjuangan dan kasih sayang sesama manusia. Kadang-kadang, keinsafan yang datang tanpa dijangka mampu menjadi titik mula kepada perjalanan hijrah yang paling indah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama aplikasi penstriman popular di Malaysia, sooka semakin mendapat tempat di hati streamers apabila kini menawarkan berbagai-bagai konten ‘all-in’ pada harga serendah RM9.90 sebulan tanpa kontrak.
Ia demi memberi ruang kepada pelanggan sooka untuk mengikuti kandungan terbaru di sooka pada bila-bila masa, di mana juga mereka berada dan tidak mengira aktiviti apa yang sedang mereka lakukan. Sambil bersenam di gym pun boleh strim di sooka, tau!
Antara konten yang ditawarkan termasuklah kandungan sukan siaran langsung (tempatan & antarabangsa), hiburan lokal dan antarabangsa serta 70 saluran siaran langsung yang boleh dilanggan.
Pelanggan juga boleh strim kandungan sooka menggunakan pelbagai jenis peranti seperti telefon, komputer atau Smart TV, dan pilih sahaja pelan mengikut mood masing-masing.
Sebagai contoh, ‘Sports & Entertainment Plan’ ada menayangkan semua jenis sukan, termasuklah aksi kejohanan bola sepak seperti Premier League dan liga bola sepak tempatan di Malaysia. Korang juga pastinya tidak mahu melepaskan aksi pelumba kegemaran di litar lumba F1 serta atlet-atlet tangkas di gelanggang UFC.
Manakala ‘Entertainment Plan’ pula memberi fokus kepada kandungan drama hit masa kini dan lampau, variety show, live show serta filem keluaran tempatan, Asia mahupun dari antarabangsa.
Sekiranya korang inginkan hiburan yang lebih inklusif dan lebih premium, why not langgan sahaja Premium Plan yang membolehkan penonton strim mana-mana jenis kandungan menarik di TV.
Bukan itu sahaja, sooka turut menawarkan 24 Hours Pass’ di mana korang boleh binge watch program kegemaran selama seharian suntuk.
Tak cukup tempoh 24 jam? Jangan risau kerana korang boleh sahaja memilih untuk melanggan ‘Long Term Pass’ untuk hiburan yang cukup berbaloi.
sooka Gilerrr: Hiburan 24/7 Ikut Mood Rakyat Malaysia!
Terbaru, sooka memperkenalkan kempen terbarunya berjudul sooka Gilerrr yang menampilkan empat orang dutanya iaitu Aiman Ameer, Evertts Gomes, Kimberly Chuah dan Wani Kayrie bagi menampilkan gaya hidup masyarakat Malaysia yang memang tak boleh dipisahkan daripada hiburan.
Sama ada korang sedang sibuk memasak, bersenam ataupun sedang membuat assignment, korang tetap boleh strim drama dan rancangan kegemaran masing-masing.
sooka Gilerrr Streaming Challenge
Budaya strim kandungan dalam talian kini bukan lagi sekadar hobi waktu terluang tetapi ia sudah jadi tabiat harian.
sooka Gilerrr hadir sebagai simbol kepada obsesi rakyat Malaysia terhadap hiburan, sambil menyelitkan identiti tempatan yang penuh karakter sekaligus meraikan semangat ‘tak berhenti menstrim’ yang mencerminkan cara kita menikmati kandungan hari ini.
Untuk meraikan budaya ini, sooka kini membuka peluang memenangi hadiah terkumpul bernilai sehinggan RM100,000.
Menerusi cabaran sooka Gilerrr Streaming Challenge, korang akan melalui cabaran yang bukan calang-calang. Peserta akan diuji untuk melalui cabaran strim secara langsung sambil menyelesaikan tugasan ekstrem yang mencabar fizikal dan mental.
Cabaran-cabaran ini memerlukan stamina, fokus dan kemahiran multitasking yang mantap; lebih daripada sekadar duduk dan menonton.
Ia bukan sekadar game show tetapi merupakan satu pengalaman intensif yang menguji sejauh mana seseorang boleh bertahan sambil terus berada dalam dunia penstriman.
Kenapa Korang Patut Sertai?
Adakah korang kaki streamer ataupun sejenis yang sukakan cabaran pelik tetapi fun? Jika ya, this is your time to shine and win!
Selain vibe yang havoc dan energy yang gila-gila, cabaran sooka Gilerrr Streaming Challenge ini juga jadi peluang untuk peminat streaming membuktikan skill masing-masing. Lagi best, peserta berpeluang membawa pulang hadiah menarik jika berjaya menamatkan cabaran.
Layari laman web sookadan daftarkan diri korang untuk menyertai cabaran sooka Gilerrr Streaming Challenge yang akan berlangsung di Piazza, Aras 3, Pavilion Bukit Jalil.
Oleh itu, kalau korang rasa diri cukup kuat, cukup fokus dan cukup ‘gilerrr’, cepat-cepat ambil peluang ini sekarang! Jangan lupa ya, 29 November 2025 bermula 9.00 pagi hingga 10.30 malam, di Pavilion Bukit Jalil. Datang ramai-ramai support, join atau lihat aksi mereka ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum menjalinkan hubungan cinta dan bertunang dengan penyanyi berbakat besar dari Indonesia, Rizky Febian, penyanyi meningkat naik, Mahalini mendedahkan dia pernah terlibat percintaan toksik apabila pernah menjadi mangsa pukul dan dicurangi.
Menerusi laporan Detik.com, pelantun lagu popular Sial itu mendedahkan dirinya pernah dicurangi sebanyak empat kali oleh bekas kekasihnya.
Bukan itu sahaja, bahkan bintang berusia 23 tahun itu juga memaklumkan bekas teman lelakinya itu juga pernah menendang dan menunjal kepalanya biarpun ketika itu hubungan mereka sudah berakhir.
“Dulu aku pernah bercinta dengan seorang lelaki dan dicurangi empat kali. Aku ditendang dan ditunjal-tunjal.
“Masa itu sudah putus tapi dia masih kejar-kejar aku. Dia suka panggil aku gemuk,” katanya.
Tidak berdiam diri, Mahalini bagaimanapun pernah memberitahu tentang perkara tersebut kepada ibu bapa bekas kekasihnya, namun mereka lebih membela anak lelaki mereka.
Sekadar informasi, sekitar Mei lalu Mahalini telah mengikat tali pertunangan bersama penyanyi Indonesia Rizky Febian setelah setahun menyulam cinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Guru muzik profesional, Datuk Syafinaz Selamat berpendapat perkembangan peserta Big Stage Rocketfuel, Hussain, masih belum mencapai tahap yang diharapkannya sepanjang pertandingan berlangsung.
Menurut Syafinaz, Hussain...