Terbaru, dua pelakon, Hariz Hamdan, 24, dan Thompson Goh (Tom) meraih perhatian apabila berjaya menamatkan cabaran kecergasan popular dunia, Hyrox kategori ‘Men’s Doubles’ dengan catatan masa membanggakan iaitu satu jam 15 minit.
Menerusi perkongsian di Instagram Hariz, beliau dan Tom (29) dilihat berjaya mengharungi perlumbaan tersebut selepas menjalani latihan intensif selama beberapa bulan. Hariz turut mengakui beliau sendiri tidak menjangka pengalaman yang bakal dilalui sepanjang pertandingan berkenaan.
“Sejujurnya, saya sendiri tak tahu nak expect apa untuk race ni. Nak rasa sedih, gembira atau bangga. Berbulan-bulan training untuk hari ini, dan akhirnya segala peluh, tenaga serta masa yang dicurahkan membuahkan hasil hari ini,” katanya.
Untuk info, Hyrox merupakan acara perlumbaan ‘indoor fitness’ yang menggabungkan larian dan beberapa stesen latihan kecergasan berintensiti tinggi seperti sled push, rowing, burpee broad jump dan wall balls. Sukan ini kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan atlet serta pencinta gaya hidup sihat di seluruh dunia.
Ads
Pada masa yang sama, bekas Hero Remaja 2020 itu turut menyifatkan Hyrox sebagai sukan yang sesuai dengan dirinya memandangkan beliau aktif sebagai seorang pelari dan juga ‘casual gym goer’. Malah, penyertaannya dalam acara tersebut disambut dengan penuh keterujaan sejak awal lagi.
Menariknya, Hariz juga sempat menitipkan penghargaan buat Tom yang tetap meneruskan perlumbaan walaupun mengalami kekejangan perut ketika cabaran berlangsung.
Ads
“Walaupun awal-awal lagi masa larian ketiga kau kena stomach cramp yang agak teruk sampai effect timing larian kami, kau tetap teruskan juga. Tak pernah mengalah,” katanya.
Selain itu, Hariz turut memuji semangat juang rakannya itu yang dianggap cukup menginspirasikan sepanjang perlumbaan berlangsung. Pada masa sama, beliau mengakui dirinya sendiri berdepan kekejangan kaki ketika larian terakhir sehingga sukar untuk memberikan aksi terbaik.
Apa yang pasti, kejayaan dua pelakon tersebut menamatkan cabaran Hyrox jelas membuktikan komitmen dan disiplin tinggi mereka dalam dunia kecergasan. Malah, Hariz sendiri memberi bayangan bahawa pencapaian itu hanyalah permulaan buat dirinya yang mahu terus memperbaiki tahap kecergasan, selain tampil lebih kuat dan pantas dalam cabaran akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini jenama jam tangan Switzerland Longines meraikan koleksi terbarunya, Mini DolceVita semasa acara eksklusif yang diadakan di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur.
Selain memperkenalkan duta internasional terbaru mereka iaitu Jennifer Lawrence, jenama ini turut menghimpunkan barisan selebriti dan figura penting tanah air seperti Alvin Chong, yang juga rakan jenama, penyanyi-penulis lagu Daiyan Trisha, pelakon Diana Danielle, personaliti media sosial Jestinna Kuan dan pengacara TV Chrystina Ng.
Jom usyar gaya selebriti tanah air kita memperagakan koleksi jam tangan Longines ini!
Eyka Farhana
Alvin Chong & Diana Danielle
Daiyan Trisha
Pada majlis makan malam itu, Longines memperkenalkan koleksi Mini DolceVita sekaligus memberi peluang untuk tetamu mengagumi koleksi baharu tersebut secara dekat.
Mini DolceVita adalah yang jam tangan kontemporari yang mengekspresikan kemewahan permata dan sesuai diperagakan sebagai aksesori harian.
Dengan profil yang elegan, garisan tulen yang lembut, dan pilihan keluli tahan karat yang direka bersesuaian dengan bentuk gelang, koleksi terbaru dari Longines ini ternyata cukup elegan bagi wanita zaman kini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Longines
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Raya, Raya juga pada hari Isnin. Namun bagaimana dengan ‘nasib’ hari cuti umum pada hari Rabu ini?
Susulan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam bahawasanya Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada Isnin, 2 Mei 2022, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan telah memaklumkan bahawa cuti kelepasan am Hari Pekerja yang pada awalnya dibawa ke hari ini akan secara automatik diganjakkan ke hari Rabu.
Ini bermakna masyarakat seluruh negara masih akan bercuti selama tiga hari berturut-turut. *lega sikit!*
Menurut beliau, ia selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).
Bagaimanapun untuk masyarakat di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor, cuti ganti Hari Pekerja ini tidak terpakai memandangkan Ahad lalu merupakan hari bekerja bagi negeri-negeri terbabit dan mereka telahpun menikmati kelepasan am.
Jelas Perdana Menteri lagi, pihak berkuasa negeri tetap boleh memutuskan untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan soal cuti ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkhidmatan pemberian vaksin di Malaysia kian dipertingkatkan dari segi jumlah dos dan prosesnya.
Semalam, kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam telahpun memulakan operasinya sebagai Pusat Pemberian Vaksin Institut Pendidikan Tinggi (PPV IPT) dan ia akan beroperasi untuk tempoh dua minggu lagi.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad, UiTM ialah salah satu daripada tiga universiti awam yang sedang menyediakan perkhidmatan ini. Dua lagi IPT yang turut serta ialah Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Perubatan & Pergigian Termaju (@AmDI) USM di Pulau Pinang.
Dewan Berlian, UiTM Puncak Alam. Sumber Foto : UiTM News Hub
Di PPV UiTM Puncak Alam itu, ia mempunyai kapasiti Dewan Berlian yang mampu menampung kapasiti sehingga 1500 orang pada satu-satu masa. Dengan penglibatan 200 orang kakitangan, ia dijangka mampu menyediakan 5000 pemberian vaksin pada setiap hari dari 8 pagi hingga 5 petang.
Ia juga menyediakan PPV secara pandu lalu untuk golongan yang memerlukan terutamanya warga emas dan Orang Kurang Upaya. Operasi secara hibrid ini kini hanya dilaksanakan di PPV terpilih saja. Lokasi PPV lain masih kekal dengan prosedur biasa iaitu menerima suntikan di dalam dewan.
Datuk Seri Noraini Ahmad ketika sedang meninjau keadaan di PPV UiTM Puncak Alam.
Di PPV USM yang akan beroperasi bermula 14 Jun hadapan, ia akan dilaksanakan di Dewan Peperiksaan A dan B di kampus induk USM. Manakala di PPV @AmDI yang terletak di Bertam, ia akan dilaksanakan di Dewan Al-Azahari.
Kedua-dua PPV IPT di Pulau Pinang ini dipercayai akan memberi manfaat besar kepada masyarakat di sana.
Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Noraini juga berkata mereka menyasarkan 16 lagi PPV IPT yang bakal dicadangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantu usaha kerajaan untuk menyediakan akses yang lebih meluas buat rakyat untuk divaksin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam deretan nama besar yang menghiasi poster rasmi festival muzik terkenal Indonesia, Pestapora, terselit dua nama dari Malaysia. Salah satunya ialah legenda muzik tanah...