Ho! Ho! Merry Christmas!

Tinggal beberapa jam menunggu detik tibanya tanggal 25 Disember 2021,walaupun kita di Malaysia kini tengah dilanda musim hujan dan bencana banjir. Tapi penulis percaya hari Krismas yang di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia terutamanya penganut agama Kristian masih disambut dengan meriah dengan sanak saudara walau apa cara sekali pun.

Hukum Sambut Dan Ucap ‘Merry Christmas’, Ikuti Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Disebabkan kita hidup berbilang kaum di Malaysia sudah tentu setiap perayaan akan disambut bersama.  Dan mulalah ramai masyarakat Melayu yang bertanya, “Kita boleh wish Merry Christmas ke? Bukan Christ tu nama kepada Jesus Christ?”

ARTIKEL BERKAITAN : Comelnya! Lihat Cara 12 Artis K-Pop Sambut Krismas Hari Ini

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mengucapkan Merry Christmas dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat adalah harus dengan meraikan garis panduan seperti diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat.

Hukum Sambut Dan Ucap ‘Merry Christmas’, Ikuti Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Jika tiada keperluan seperti yang disebutkan, hukumnya cenderung kepada makruh kerana diucapkan sebagai tanda menjaga hubungan baik.

2. Penyertaan dalam majlis sambutan Hari Krismas

Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Hari Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar.

Garis panduan orang Islam yang turut merayakan hari kebesaran agama orang bukan Islam yang tidak dibenarkan:

  • menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok Krismas
  • menyanyikan lagu bercirikan agama
  • memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam
  • tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam
  • meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahu atau lain-lain anggota tubuh

Hukum Sambut Dan Ucap ‘Merry Christmas’, Ikuti Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

3. Pakai pakaian tertentu yang lazim dengan sambutan Hari Krismas

Melihat kepada tiada keperluan dalam memakai pakaian yang lazim dipakai semasa sambutan Hari Krismas termasuklah pemakaian topi Santa Claus dan meletakkan pokok Krismas, ianya adalah tidak dibenarkan. Ini kerana ianya seakan pengiktirafan kepada perayaan tersebut.

Jadi, jelaslah tak ada masalah pun untuk korang beri ucapan kepada rakan beragama Kristian. Kalau dah was-was tahap kronik, ucapkan saja Happy Holiday. Kan senang.

BACA LAGI : Masa Untuk OOTD Krismas, Lihat 6 Dekor Best Shopping Mall Pilihan Remaja

****

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI