Hujan lebat berterusan yang melanda Lembah Klang sejak semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan landai dikejutkan dengan paras air yang mencecah ketinggian satu meter di sesetengah kawasan.
Ini termasuklah di daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang yang terjejas. Di Klang sahaja, 20 buah pusat pemindahan sementara telah dibuka (buat masa ini) dengan seramai 2,604 mangsa ditempatkan di sana. Sementara itu, 10 lagi lokasi telah dibuka di daerah Sepang dan Kuala Langat.
Jabatan Meteorologi Malaysia telah memberi amaran kepada penduduk di Selangor mengenai hujan lebat yang dijangka bakal berterusan untuk satu tempoh yang tidak dimaklumkan.
Senario ini bukan saja melanda Lembah Klang. Sumber terdekat melaporkan kepada REMAJA mengenai keadaan angin kencang dan hujan tanpa henti di beberapa negeri lain seperti di Pantai Timur, Kedah dan Pulau Pinang.
Biarpun ini bukanlah senario baharu kerana kita sudah terbiasa dengan keadaan musim tengkujuh pada setiap akhir tahun.
Ads
Namun, jarang sekali ia melanda negeri-negeri selain Pantai Timur pada skala ini. Di platform media sosial, rakyat mengeluh apabila harta benda di kediaman dan kenderaan mereka ada yang terjejas. Sudah tentu, REMAJA juga berharap agar cuaca akan pulih dengan segera.
*
REMAJA dalam pada itu juga tertarik dengan hantaran warganet di media sosial yang memperkatakan mengenai betapa bertuahnya bumi Malaysia ini.
Walaupun banjir kilat direkodkan kerana cuaca tidak menentu pada minggu ini, Malaysia masih dianggap bernasib baik kerana mempunyai kelebihan geografi yang terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan angin taufan.
Di saat Filipina sekarang sedang dilanda Taufan Rai, Malaysia terutamanya negeri Sabah masih terselamat daripada perlu berdepan bencana tersebut walaupun terletak bersebelahan.
Dengan angin kencang mencecah kelajuan 150 hingga 195 kilometer/sejam, ini merupakan taufan terkuat yang pernah melanda Filipina pada tahun 2021 sehinggakan lebih 300,000 orang penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka terutamanya yang menetap di kawasan pantai.
Taufan Rai dijangka akan melintasi Laut China Selatan esok dan seterusnya menuju ke arah Vietnam pula.
Jika korang masih ingat pada April lalu, negara seberang; Indonesia juga pernah dilanda siklon tropika Seroja yang mengakibatkan banjir lumpur, tanah runtuh, angin kencang dan paling mendukacitakan, angka korban melebihi 100 mangsa.
Ads
Oleh itu, biarpun kita mengeluh mengenai kerosakan harta benda akibat banjir kilat pada kali ini; hakikatnya rakyat Malaysia boleh dianggap bertuah kerana keadaan hujan lebat dan angin kencang tidak membawa bencana yang lebih teruk dan tidak disangka-sangka.
Bak kata Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) iaitu Datuk Seri Nazir Razak sendiri yang memuat naik foto data kejadian bencana gempa bumi dan taufan di rantau Asia Tenggara selama 25 tahun yang lepas, Malaysia dilihat jelas tidak dibadai seteruk negara jiran disebabkan keadaan muka bumi negara kita yang strategik dan dilindungi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lee Sun Kyun, bukan nama yang asing dalam dunia lakonan Korea. Baru-baru beliau ditemui tidak bernyawa di dalam kereta yang terletak di Taman Waryong, Seoul, Korea Selatan.
Sudah 22 tahun berkecimpung dalam industri lakonan, Lee Sun-kyun membintangi banyak filem Korea popular di antaranya adalah filem A Hard Day (2014), Take Point (2018) dan juga Parasite (2019).
Bukan hanya filem, berikut ini adalah senarai drama Korea popular yang dibintangi oleh Lee Sun Kyun.
Coffee Prince (2007)
Lee Sun-kyun turut membintangi drama popular sepanjang zaman iaitu Coffee Prince (2007). Gandingan bersama Gong Yoo, Yoon Eun Hye, dan Chae Jung An
Triple (2009)
Bukan hanya bekerja di tempat yang sama, Lee Jung Jae, Lee Sun-kyun, dan Yoon Kye Sang tinggal bersama Min Hyo Rin dalam drama Triple (2009)
Pasta (2010)
Lee Sun-kyun adalah seorang chef kenamaan yang jatuh cinta dengan Gong Hyo Jin, pembantu dapurnya dalam drama Pasta (2010)
Golden Time (2012)
Membawa genre perubatan, Lee Sun-kyun yang berjiwa bebas bekerja sebagai doktor wad kecemasan bersama Hwang Jung Eum dalam drama Golden Time (2012)
Miss Korea (2013)
Untuk mengatasi hutang syarikat, Lee Sun-kyun melatih Lee Yeon Hee untuk menyertai pertandingan ratu cantik dalam drama Miss Korea (2013)
My Wife Is Having an Affair This Week (2016)
Lee Sun-kyun menyedari bahawa isterinya curang dalam drama My Wife Is Having an Affair This Week (2016)
My Mister (2018)
Hidup Lee Sun Kyun yang membosankan, tiba-tiba berubah apabila terlibat dalam hubungan tidak dijangka dengan IU dalam drama My Mister (2018)
Diary of a Prosecutor (2019)
Berasal dari keluarga kaya raya, Lee Sun Kyun bekerja sebagai pendakwa raya dengan pengalaman berbelas tahun dalam drama Diary of a Prosecutor (2019)
Dr. Brain (2021)
Lee Sun Kyun berusaha mencari kebenaran tentang kematian anaknya dengan melihat dan membaca fikiran orang lain dalam drama Dr. Brain (2021)
Payback (2023)
Lee Sun Kyun bekerja sama dengan Moon Chae Won untuk mencari sebab kematian ibunya Moon Chae Won dalam drama Payback (2023)
Untuk info, mendiang Lee Sun Kyun mula dikenali dan popular ketika membintangi drama Coffee Prince. Sebelum ini, media melaporkan bahawa Lee Sun Kyun sedang disiasat pihak polis kerana penyalahgunaan dadah.
Di tahun 2023, Lee Sun-kyun sendiri membintangi film Sleep (2023) dan Killing Romance (2023).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari tahun lepas rasanya kita dah dengar tentang sistem RFID ni. Dengarnya, sistem ini lebih cekap dan canggih daripada perkhidmatan Touch n Go dan SmartTAG.
Pengguna hanya perlu memasang tag khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu perlahankan kereta atau berhenti sepenuhnya. RFID ni bertindak seperti pengimbas barcode jarak jauh yang menggunakan scanner pada pintu gerbang tol.
Ala, mesti korang dah pernah nampak kan sebab ada beberapa tol yang dah jalankan pilot test untuk sistem RFID ini.
Fyi, pendaftaran telah pun dibuka dan buat masa sekarang, ia adalah percuma. Apa lagi gaiss, cepatlah mendaftar.
Macam mana nak buat? Korang boleh register di www.touchngo.com.my. Selepas pendaftaran, korang akan terima email untuk daftar kenderaan dan lengkapkan maklumat peribadi. Jangan lupa untuk download aplikasi Touch n Go Ewallet juga.
Selesai saja proses pendaftaran, korang boleh book mana-mana RFID center yang berdekatan untuk mendapatkan pelekat pada kereta. Bawa salinan kad pengenalan dan geran kereta semasa membuat urusan.
Mudah je kan?
Antara highway yang sudah mempunyai sistem RFID ini adalah seperti berikut:
Korang yang menetap di Lembah Klang tu rugi kalau tak buat. Boleh jimat masa atas jalan raya wey!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
16 tahun mungkin kedengaran seperti satu tempoh masa yang cukup lama untuk kebanyakan daripada kita.
Namun buat Jazimin Abdul Jalil, tempoh 16 tahun yang lalu seakan baru sahaja berlaku semalam dek perasaan rindu yang masih dirasai olehnya terhadap anak tersayang, Nurin Jazlin.
Kisah tragis melibatkan pemergian Nurin berbekas di hati rakyat Malaysia apabila arwah yang pada waktu itu hanya berusia 8 tahun telahpun ditemui meninggal dunia selepas diperlakukan tanpa perikemanusiaan.
Pada 20 Ogos 2007, Nurin dilaporkan hilang setelah dia dipercayai telah diculik ketika meninggalkan rumahnya yang terletak di Wangsa Maju menuju ke arah sebuah kawasan pasar malam.
Apabila Nurin tidak memunculkan diri, adik-beradik serta ibu bapanya terus melaporkan kehilangannya itu ke pihak berkuasa. Hanya pada 17 September 2007, mayat Nurin ditemukan dalam sebuah beg pakaian sukan di Petaling Jaya. Laporan bedah siasat mendapati kanak-kanak berusia 8 tahun itu telah dirogol lalu dibunuh.
Lebih menyayat hati apabila perogol dan pembunuh Nurin sehingga ke hari ini masih belum dapat dikenal pasti dan ditangkap.
Memasuki ulang tahun pemergian Nurin pada 17 September ini, memori Jazimin terhadap anak perempuannya itu masih jelas di minda beliau dan perasaan rindunya itu disampaikan menerusi akaun media Facebook miliknya, Isnin lalu.
“Happy birthday Kak Ngah ke-24 tahun. Rindu Kak Ngah 11 September 1999 hingga 17 September 2007.”
Catitan ringkas berserta sekeping foto Nurin yang digunakan secara meluas sewaktu kesnya mengisi ruang akhbar 16 tahun lalu itu sedikit sebanyak membuatkan warganet sebak lalu menzahirnya ucapan takziah masing-masing sambil memperingati kesan tragedi tersebut kepada ahli keluarga mangsa.
Tinjauan REMAJA di bahagian komen mendapati warganet turut saling mengingatkan betapa tragedi seperti ini harus disemat di hati rakyat. Biarpun ia menyedihkan, banyak pengajaran berguna yang boleh diambil agar ia tidak berulang semula pada masa akan datang.
Sebagai info, tragedi arwah Nurin Jazlin ini juga merupakan punca selebriti versatil, Allahyarhamah Adibah Noor melancarkan lagu berjudul Terlalu Istimewa untuk didedikasikan kepada arwah. Lagu tersebut kemudiannya diangkat sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu ke-21.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
p
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!