Baru-baru ini, seorang pelajar dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Darusaadah, Alor Setar, Kedah yang bernama Huda Rasheeda Rosli mencuri perhatian selepas berjaya meraih keputusan membanggakan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dengan memperoleh 10A.

Walaupun beliau menghidap spina bifida atau kecacatan tiub saraf sejak lahir, ia langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik. Malah, kejayaan ini membuktikan bahawa kekangan fizikal bukanlah penghalang untuk seseorang pelajar mencipta kejayaan luar biasa.

Lebih membanggakan, Huda merupakan antara tiga pelajar Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) di Kedah yang berjaya memperoleh keputusan 10A, sebaris dengan pelajar lain dari sekolah berbeza yang turut mencipta kejayaan tersendiri dalam peperiksaan tersebut.

BACA: Alyssa Dezek Peroleh 9A Dalam SPM 2025! Penyanyi “Raya Gen Z” Buktikan Artis Mampu Imbangi Pelajaran & Kerjaya

Pelajar Hidap Spina Bifida Raih 10A Dalam SPM 2025! Huda Rasheeda Buktikan Kekurangan Bukan Halangan

Ads

“Memang tidak sangka, saya hanya sasarkan dapat antara 7A atau 8A sahaja tetapi syukur dapat lebih daripada yang diharapkan”

“Tambahan pula, banyak dugaan saya terpaksa tempuh termasuk perlu berpindah ke sekolah lain untuk menjawab peperiksaan berikutan bencana banjir ketika itu,” katanya.

Difahamkan, sepanjang tempoh peperiksaan, Huda turut berdepan cabaran apabila terpaksa tinggal di asrama sekolah selama beberapa hari. Keadaan itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap rutin pembelajaran beliau yang sebelum ini lebih selesa dilakukan secara bersendirian.

Ads

Pelajar Hidap Spina Bifida Raih 10A Dalam SPM 2025! Huda Rasheeda Buktikan Kekurangan Bukan Halangan

“Memang susah sebab sudah biasa belajar sendiri, tetapi di asrama kena belajar secara berkumpulan, memang susah untuk fokus. Tetapi, saya tetap belajar secara konsisten dan cari waktu sesuai untuk belajar, biasanya ulang kaji satu subjek saya akan habiskan masa kira-kira sejam setengah,” ujarnya lagi.

Ads

Sementara itu, menurut ibunya, Atifah Musa (55) yang juga seorang guru, mengakui sentiasa memahami cabaran yang dihadapi anaknya termasuk kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam suasana ramai selain masalah kesihatan yang dialami.

Jelas beliau, situasi berpindah ke asrama akibat banjir ketika peperiksaan berlangsung menimbulkan kebimbangan terhadap fokus pembelajaran Huda, terutama apabila melibatkan subjek-subjek penting seperti Bahasa Inggeris dan Sejarah.

Walaupun begitu, kejayaan Huda Rasheeda membuktikan bahawa kekuatan mental, disiplin diri serta sokongan keluarga memainkan peranan besar dalam mengatasi pelbagai cabaran, sekaligus menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha tanpa mengenal batasan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads