Huang Zitao (Tao) EXO Sah Berkahwin Dengan Xu Yiyang
Bekas ahli kumpulan K-pop terkenal EXO, Huang Zitao atau lebih dikenali sebagai Tao, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon jelita Xu Yiyang. Majlis perkahwinan mewah dan romantik itu menjadi tumpuan peminat seluruh dunia apabila media China menggelarnya sebagai “perkahwinan abad ini”.
Sumber : Koreaboo
Majlis Perkahwinan Mewah Bertemakan Dunia Fantasi
Menurut laporan Koreaboo, majlis yang diadakan di sebuah lokasi eksklusif itu tampil memukau dengan dekorasi mewah bertemakan “dunia fantasi moden”. Dihiasi ribuan bunga segar dan pencahayaan ungu lembut, suasana majlis seolah-olah membawa tetamu masuk ke dalam kisah cinta dongeng. Tao, 32, kelihatan segak mengenakan tuxedo hitam klasik, manakala Xu Yiyang tampil menawan dengan beberapa persalinan gaun rekaan pereka terkenal yang menyerlahkan keanggunannya.
Sumber : Koreaboo
Detik paling romantik pastinya ketika pasangan ini berjalan beriringan ke pelamin utama sebelum berkongsi ciuman manis di hadapan keluarga dan rakan selebriti. Kek perkahwinan mereka turut mencuri perhatian apabila direka menyerupai istana kisah dongeng, melambangkan impian cinta dua insan seni yang akhirnya bersatu.
Ikrar Cinta Abadi Dalam Majlis Penuh Emosi
Selain itu, Huang Zitao dan Xu Yiyang juga sempat bertukar ikrar cinta abadi sebelum menuju ke dewan resepsi utama yang dihiasi dengan konsep futuristik romantik. Majlis tersebut diiringi muzik orkestra lembut dan persembahan khas yang dikatakan disediakan oleh Tao sendiri sebagai kejutan buat isterinya.
Ads
Sumber : Koreaboo
Kisah Cinta Huang Zitao dan Xu Yiyang Disatukan
Bagi peminat, kebahagiaan mereka seolah menjadi “penamat manis” kepada spekulasi cinta yang sudah bertebaran sejak 2020 lagi. Walaupun pasangan ini memilih untuk berdiam diri ketika khabar angin hubungan mereka tersebar, mereka akhirnya mengesahkan percintaan secara rasmi pada 2023.
Sumber : Koreaboo
Sebelum ini, Tao dan Yiyang pernah berdepan gosip mengenai kehamilan dan kelahiran anak, namun kedua-duanya tidak pernah memberi sebarang kenyataan balas. Apa pun, momen bahagia mereka kali ini jelas menunjukkan pasangan ini lebih selesa meraikan cinta secara matang dan terbuka.
Ads
Dari Idola K-pop ke Suami Romantik
Dari penyanyi K-pop yang dulu digilai ramai, kini Huang Zitao tampil sebagai seorang lelaki matang dan penyayang yang menemui cinta sejatinya. Pasangan ini membuktikan bahawa cinta sejati tetap akan menemui jalannya walau diselimuti kontroversi dan tumpuan dunia.
💜 Tahniah buat Huang Zitao dan Xu Yiyang, semoga cinta kalian kekal mekar dalam dunia realiti seindah fantasi!
Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian yang memeluk Islam pada usia 19 tahun mengaku menemui jalan perdamaian selepas mempelajari agama Islam.
Melalui temubual santai di Youtube Kasisolusi yang tular di media sosial, Reza berkata walaupun setiap agama mengajar mengenai kasih sayang dan perdamaian, namun Islam disifatkan sebagai agama yang menyempurnakan ajaran dan mudah.
Youtube: kasisolusi
“Dalam perjalanan hidup, saya menemukan bahawa Islam itu agama yang damai, agama yang penuh cinta. Semua agama mengajarkan tentang kasih, tapi dalam perspektif saya Islam itu menyempurnakan” – Reza
“Islam menyempurnakan nilai sebuah cinta, kasih dan membuatkan saya rasa damai. Bagi saya memeluk Islam itu adalah memeluk kedamaian” – Reza
Pelakon Habibie & Ainun itu turut mendedahkan bahawa ibunya juga bersikap terbuka untuk dia memilih mana-mana agama setelah menganjak dewasa.
Youtube: kasisolusi
“Saya peluk (Islam) ketika berusia 19 tahun. Saya sebelum ini seorang nasrani”
“Ibu saya pun pernah pesan, pilihlah agama yang saya percaya kerana agama yang dia yakini itu dibawa sejak saya lahir. Namun, kalau saya rasa ada keyakinan untuk memeluk agama yang berbeza serta mempunyai kesedaran penuh, ibu saya tidak menghalang,” katanya.
Walaupun berbeza agama, hubungan pelakon yang berusia 37 tahun itu masih akrab dengan ibunya hingga hari ini.
Kredit: Detik
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Reza kekal istiqamah dan turut memuji cara pemikirannya.
Sekadar info, sekitar April lalu Reza telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Awal tahun ini, Reza Rahadian juga terlibat dalam beberapa filem terbaru seperti Pasutri Gaje, 24 Jam Bersama Gaspar, dan terbaru Siksa Kubur yang bakal memasuki panggung di Malaysia tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mendengar keluhan para pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan asnaf miskin, Universiti Malaysia Perlis mengambil langkah kanan untuk memberikan bantuan dalam bentuk makanan percuma kepada pelajarnya.
Bantuan tersebut menurut Naib Chanselornya, Prod Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal, adalah bagi memastikan pelajar mendapat makanan mencukupi sepanjang tempoh minggu ulang kaji dan peperiksaan. Ia juga bagi membantu pelajar kurang berkemampuan yang kadangkala terpaksa membantu keluarga di kampung dengan mengirimkan wang pinjaman dan zakat.
Kata beliau, inisiatif itu akan dimulakan pada minggu peperiksaan semester ini, bermula 27 Mei hingga 21 Jun akan datang.
Sebanyak 550 orang pelajar yang layak akan diberikan kupon makanan bernilai RM5 sehari, untuk setiap orang.
“Kebiasaannya, minggu peperiksaan pada hujung semester sedikit membebankan pelajar kerana sebahagian besar sudah kekurangan wang. Ada yang terpaksa berpuasa dan makan tidak mencukupi nutrien kerana kekangan wang,” kata beliau.
Bagi REMAJA, ia adalah satu usaha yang baik. RM5 sehari – meski kedengaran seperti sedikit – tetapi boleh sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan.
Pada masa yang sama, REMAJA berharap agar pelajar di seluruh negara untuk lebih bijak mengaturkan perbelanjaan mereka sejak menerima bantuan biasiswa, zakat atau pinjaman pada awal semester.
Sebahagian daripada wang itu seharusnya diketepikan untuk kegunaan pada suku terakhir semester agar mereka tidak dibebani masalah RM0 wang belanja semasa minggu peperiksaan. Right?
Usaha UniMAP ini bagi REMAJA juga diaplikasikan juga di universiti awam (dan swasta) lain sekiranya masalah beban pembelian makanan juga dialami oleh pelajar di sana.
***
Dalam pada itu, REMAJA turut dimaklumkan bahawa UniMAP juga menyediakan peluang menjana pendapatan kepada pelajar menerusi program Foodcart dan kiosk keusahawanan. Di situ, pelajar boleh berniaga makanan dan minuman.
Skim Dedikasi Diri juga ditawarkan mirip peluang kerja separuh masa di mana, pelajar boleh berkerja di mana-mana pusat dan jabatan di UniMAP untuk tempoh kurang 5 jam sehari.
Kerja yang ditawarkan mirip kerja part time biasa bersesuaian dengan kemahiran pelajar seperti terjemahan, suntingan video, penyediaan slide dan tugasan pejabat.
Sumber: BHarian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka bermula dengan hanya suka-suka, rupanya hobi memasak yang dikongsi di laman YouTube sebenarnya boleh menjana pendapatan sekiranya digunakan dengan bijak.
Sugu Pavithra seorang suri rumah berbangsa India berasal dari Sungai Siput sering berkongsi video resipi dan apa yang menariknya, wanita ini fasih berbahasa Malaysia.
Menurut perkongsian daripada Ibrahim Embong, di awal permulaan laman YouTube Sugu Pavithra hanya mempunyai 100 lebih subcribers sahaja dan video pertamanya adalah ‘Bakar Ikan Talapia Cara Mudah Dan Sedap’.
Mula mempunyai akaun YouTube kira-kira akhir Januari lalu, kini Sugu Pavithra telah pun memperoleh lebih daripada 100 ribu pengikut dengan jumlah tonton video hampir 6 juta views.
Tiga minggu lalu, wanita ini mendapat surat dari Google, di mana YouTube membayarnya wang hasil daripada video yang di muat naik.
Pergh, memang boleh buat duit.Dengan hanya rakam menggunakan handphone tanpa editing gempak menjadikan ia lebih menarik untuk ditonton, ditambah pula penggunaan bahasa Melayunya yang fasih.
Selain itu, Sugu juga memperlihatkan kehidupan sederhana mereka di laman YouTubenya dan mungkin kerana itu juga, penonton lebih tertarik dengan gaya hidup sebenar dan bukanlah yang dibuat-buat.
Sugu juga menerima sokongan daripada netizen di ruangan komen.
Ha, korang yang rajin memasak tu bolehlah cuba cara ini untuk jana pendapatan. Mana tahu ada rezeki di sini, sikit sebanyak dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.
Tapi jangan pula curi content orang lain ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!