Korang nak sambut tahun baru sambil ditemani kenderaan baru? Sekarang semuanya bakal jadi kenyataan!
Semalam, Honda telah mengeluarkan satu model baru Honda City Hatchback menarik bagi mengantikan model Honda Jazz yang tidak lagi ditawarkan di pasaran Asia Tenggara.
Menerusi laman web rasmi Honda, sekeping foto teaser telah pun didedahkan dengan menampilkan bahagian sudut bumper depan dengan lampu LED vertikal. Cun habis guys!
Model hatchback ini ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan enjin petrol tiga varian iaitu 1.5 S, 1.5 E dan 1.5 V. Honda Malaysia juga bakal memperkenalkan model hatchback dikuasakan enjin petrol elektrik i-MMD, e:HEV RS hibrid sekitar pada awal tahun hadapan.
Harga-harga yang diumumkan oleh pihak Honda Malaysia adalah harga kenderaan atas jalan tanpa insurans termasuk rebat cukai jualan dan perkhidmatan (SST), waranti mileage tanpa had selama lima tahun dan 5 kali kos buruh percuma untuk servis.
Ads
Manakala untuk model e:HEV RS hibrid pula, Honda Malaysia memberikan waranti selama lapan tahun, mileage tanpa had untuk bateri lithium-ionnya.
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK CARETA
Ads
Untuk info, model Honda Jazz terakhir yang dibuat di Malaysia telah meninggalkan kilang pengeluaran pada pertengahan Oktober lalu.
Bagi ketiga-tiga varian petrol, model hatchback ini dikuasakan dengan 1.5-Liter DOHC i-VTEC 4-Silinder yang menghasilkan 119hp, 145Nm tork, dipadankan dengan kotak gear CVT automatik dan menggunakan pacuan roda hadapan (front wheel drive / FWD).
Manakala untuk varian hibrid pula, ia dikuasakan dengan unit rangkaian kuasa hibird i-MMD yang mempunyai enjin 1.5 liter i-VTEC kitaran-Atkinson 96hp dan 127 Nm tork, serta dua motor elektrik iaitu generator motor unit (MGU).
Ads
Teknologi MGU berfungsi sebagai motor penghidup dan pengecas semula bateri hibrid, bersama satu lagi motor utama yang digelar sebagai Traction Motor.
Pasal warna, jangan risau kerana ia didatangkan dengan lima pilihan warna, Ignite Red serta Meteorite Grey Metallic sebagai warna baharu dan Platinum White, Crystal Black Pearl dan Lunar Silver Metallic sama seperti ditawarkan pada model City Sedan.
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK CARETA
Memetik laporan Paultan.org, pihak Honda Malaysia telah menerima kira-kira lebih 2,000 tempahan sejak tempahan untuk model hatchback ini dibuka kepada orang ramai pada awal November lepas.
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang model Honda City Hatchback ini, bolehlah melawat mana-mana cawangan pusat pameran dan jual berhampiran anda dalam masa terdekat atau layari laman web rasmi Honda Malaysia di sini.
Sumber : Honda , Paultan.org
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat warga Selangor, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 yang khabarnya bakal dilancarkan pada Oktober depan.
Menurut EXCO Pelancongan Hee Loy Sian, baucar pelancongan percuma sebanyak 10,000 bernilai RM100 itu hanya boleh didapati di platform e-dagang Shopee.
Baucar yang dilancar pada Oktober ini boleh digunakan serta-merta, selain keistimewaan diberi untuk rakyat Selangor sahaja.
Tujuan inisiatif ini adalah untuk memberikan kepada rakyat Selangor kerana buat masa ini kebenaran rentas negeri tidak dibenarkan, selain merancakkan industri pelancongan dalam Selangor.
Baucar berkenaan boleh digunakan untuk penginapan hotel, taman tema dan inap desa berlesen.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM2 juta yang diagihkan kepada umum pada Januari lalu menerusi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 1.0 melalui platform e-dagang Lazada dan Touch n Go e-wallet.
Wah, mesti ramai yang nak tebus ni. So, siapa cepat dia dapat ya. Hiks!
Dalam pada rakyat Malaysia sedang sedaya upaya melawan pandemik Covid-19 di Malaysia yang masih lagi dilaporkan dalam lingkungan empat angka hari ini, namun ada satu berita yang tak best melanda remaja di Sarawak.
Baru-baru ini, seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat wabak rabies. Menurut kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa disahkan meninggal dunia pada 11 November 2020 jam 3.45 petang dengan diagnosis rabies encephalitis.
Sumber Gambar : kpkesihatan.com
Dilaporkan mangsa sebelum itu dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 10 November kerana mengalami demam selama tiga hari, lemah pada bahagian anggota bawah badan dan menunjukkan tingkah laku agresif. Tambah lagi, mangsa turut mengalami aerofobia dan hidrofobia.
Siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang sejarah gigitan anjing atau haiwan lain sebelum ini.
Sebaliknya, mangsa dikatakan hanya mempunyai kesan cakaran yang telah sembuh di kaki kanan tetapi tiada perincian penuh yang didedahkan oleh ahli keluarga mengenainya.
Jelas kenyataan itu lagi, mangsa dilaporkan memelihara empat ekor kucing dan seekor anjing. Kesemua haiwan peliharaannya tidak pernah mendapat vaksinasi namun sehingga kini, haiwan peliharaan tersebut dalam keadaan sihat dan tiada perubahan tingkah laku.
Laporan sama mendedahkan mangsa telah disahkan dijangkiti virus rabies pada 12 November 2020 melalui ujian makmal yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Sumber Gambar : today.mims.com
Dengan laporan terkini kes rabies di negeri itu, ia sekali gus menjadikan jumlah maut akibat kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak meningkat kepada enam orang bagi tahun ini dan merupakan yang ke-28 sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak pada 31 Julai 2017.
Sebagaimana kita tahu, beberapa tahun ini Malaysia telah mempunyai kes anjing gila (rabies) yang meningkat. Kehadiran kes ini sangat membimbangkan kerana ia dijangka akan merebak ke tempat lain jika tidak dikawal dengan sempurna. Peratus kematian apabila seseorang itu mempunyai simptom rabies ini pula adalah 100%.
Nak tak nak, perlu kita ketahui serba sedikit berkenaan penyakit ini supaya kita dapat mencegahnya daripada menjangkiti kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selama ini, pengikut akaun Instagram usahawan popular, Dato’ Aliff Syukri (Aliff) sudah terbiasa melihat gaya hidup mewah beliau di kediaman agamnya sekeluarga.
Namun, tidak semua orang tahu bahawa beliau turut memiliki sebuah lagi aset kediaman mewah di Pavilion Residences, Bukit Bintang.
Seperti biasa, ia dihias indah dengan perabot, material dan kemasan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh semua orang. Senang cerita, tengok je dah buatkan muka tercengang.
Kediaman dengan empat buah kamar tidur dan tiga buah kamar mandi ini telahpun siap dihias sepenuhnya (fully furnished) dan hanya menanti penghuninya saja untuk berpindah masuk.
Teringin juga kan nak tahu apa rasanya menetap di sebuah rumah ala rumah Aliff Syukri.
Well, mungkin salah seorang daripada korang boleh menjadikan impian itu sebagai realiti.
Menerusi muat naik di akaun Instagram beliau, Aliff memaklumkan beliau sedang berkira-kira untuk menyewa kediaman tersebut pada harga RM28,000 sebulan.
Ini setelah usaha beliau untuk menjual kediama itu pada harga RM6 juta tidak membuahkan hasil. Tambahan pula kerana situasi pandemik COVID-19 sekarang membuatkan ramai orang enggan berbelanja mewah.
“Kepada sesiapa yang berminat boleh WhatsApp pada nombor yang tertera. Atau korang boleh sewa seminggu pun tak ada masalah. Kasihan saya tunggu pembeli tak kunjung tiba,” pinta beliau sambil berkongsi keistimewaan apabila menetap di apartment servis tersebut.
“Kalau nak membeli-belah beg Gucci, Louis Vuitton, Prada ke, turun saja bawah lif dah sampai. Rumah ini tidak pernah sunyi, 24 jam boleh makan di medan selera Pavilion. Nak tengok wayang turun bawah saja.”
Jika hendak ikutkan dompet masing-masing, memang susahlah nak cari RM28,000 setiap bulan untuk membayar duit sewa.
Namun memandangkan ia terletak di kawasan perumahan elit yang boleh mencecah kos sewa hingga RM35,000 setiap bulan, mungkin ada penyewa yang merasakan nilai RM28,000 itu berbaloi.
Malah, kalau mampu terus beli sekalipun, rasanya pembeli tidak akan rugi kerana ia adalah satu bentuk aset untuk masa depan mereka.