
Bagi individu yang memakai cermin mata, pastinya mereka faham tentang betapa susahnya jika cermin mata dipenuhi dengan cap jari dan kesan calar.
Bahagian cermin mata adalah paling sensitif, jika terdapat sedikit sahaja kesan kotoran, ia boleh menganggu pandangan si pemakai dan membuatkan mereka rasa tidak selesa serta terganggu.

Memang ada petua yang dikongsi seperti mencuci cermin mata menggunakan ubat gigi, namun ia tidaklah dapat menghilangkan segala kekotoran yang tersembunyi.
Namun begitu, ada sebuah alat pembersih ultrasonic yang dikatakan dapat menanggalkan segala kekotoran halus pada cermin mata. Difahamkan, kalau korang hantar di kedai cermin mata, mereka turut mengguna alat ini untuk melakukan kerja pembersihan.
Jom kita lihat perkongsian daripada laman sosial Pemburu Tiket Murah ini.


Selain daripada cermin mata, pembersih ultrasonic ini juga dapat membersihkan aksesori-aksesori lain seperti jam tangan, cincin, subang dan lain-lain lagi.

Ha, berbaloi kan? Korang boleh dapatkan pembersih ultrasonic ini di Shopee.
Selamat mencuba!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Air Daun Pandan Boleh Hilangkan Bau Badan. Ini Petua Orang Dulu-Dulu!

Daun pandan adalah salah satu tanaman yang sering digunakan dalam masakan Asia Tenggara sebagai penambah aroma. Di Malaysia, daun ini sering dilihat sebagai elemen penting dalam pembuatan pelbagai jenis kuih-muih dan minuman.
Namun, di sebalik kegunaannya dalam dunia kuliner, daun pandan juga memiliki berbagai manfaat dan khasiat untuk kesihatan yang mungkin korang tak tahu tapi menjadi petua orang dahulu kala.
Khasiat Daun Pandan
ARTIKEL BERKAITAN : Sering Kali Jadi Sebutan, Ini Khasiat Cincau Yang Mungkin Ramai Tak Tahu
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook, memberi info bahawa daun pandan ini mempunyai pelbagai jenis kegunaan.

Petua orang kampung
Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa suka cuba boleh je dan tak suka abaikan.
Antaranya :
*Menurunkan darah tinggi*
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.
*Mengubati lemah saraf*
Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
Boleh Hilangkan Bau Badan
*Menghilangkan bau badan*
Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.
*Mengatasi lemah syahwat*
Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
*Menurunkan bacaan gula*
Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.
*Mencuci kewanitaan*
Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.
*Merawat gaot*
Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.
*Matikan kuman dalam darah*
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
*Menurunkan Kolesterol*
Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

Pelbagai Khasiat Lain Daun Pandan
*Mengatasi sembelit*
Rebus daun pandan dan minum airnya.
*Melembutkan daging*
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
*Buka selera makan*
Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.
*Makanan tidak cepat basi*
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
*Merawat rambut*
Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.
*Melicinkan kulit*
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah*
Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.
*Pewangi alami*
Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.
*Merawat susah tidur*
Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal… Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.
*Pewarna asli*
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
*Buang angin dalam badan*
Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam
*Mengecutkan rahim*
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
Memang serbaguna daun pandan ni, namun ia hanyalah sebagai petua, adalah lebih baik untuk pergi ke klinik atau pakar jika masalah berlanjutan dan serius. Semoga bermanfaat!
BACA LAGI : Ganti Gula Dengan 9 ‘Pemanis’ Ini Dalam Kopi. Lebih Berkhasiat & Sedap!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggemar Buah Durian? Ini Antara Khasiat & Kesan ‘Raja Buah’ Yang Anda Perlu Tahu

Musim Durian kembali lagi!
Bila tibanya musim ‘raja buah’, iaitu durian, pastinya para penggemar buah ini tidak melepaskan peluang yang ada untuk mendapatkannya demi kepuasan. Antara jenis durian yang mendapat permintaan ramai ialah seperti Musang King, IOI, D24 serta jenis kampung.
Makan, makan juga… tapi harus berpada-pada. Anda harus tahu, selain bertindak sebagai penawar kepada tubuh badan, buah durian juga akan memudaratkan manusia jika dimakan secara berlebihan.
Menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan (@DoktorSamhan), buah durian boleh berfungsi sebagai penawar kerana mempunyai khasiatnya tersendiri. Ini antara khasiatnya:
ARTIKEL BERKAITAN: 10 Tip Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta, Confirm Berkesan!

Sifar Kolesterol Dan Tinggi Lemak Tak Tepu
Isi buah durian yang tidak mempunyai kolesterol adalah baik untuk kesihatan kerana kolesterol boleh menyebabkan jantung tersumbat. Selain itu, lemak tak tepu juga bagus untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Tinggi Anti Oksidan
Anti oksidan dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan mampu mengelakkan kerosakan sel penyebab kanser.
Diperkaya Dengan Asid Folik
Asid folik yang dikenali sebagai folat merupakan salah satu komponen vitamin B9 yang diperlukan untuk penghasilan darah dan sel baharu setiap hari merangkumi seluruh bahagian tubuh seperti kulit, rambut serta kuku.
Individu yang mengalami masalah kekurangan darah iaitu Anemia sangat sesuai untuk memakan buah durian untuk menghasilkan lebih banyak darah merah dalam tubuh badan.
Tinggi Kandungan Serat Dan Fiber
Buah durian juga mempunyai kandungan serat dan fiber yang tinggi untuk membantu melancarkan sistem penghadaman bagi mereka yang sering mengalami masalah sembelit.
Mengandungi Asid Amino, Tryptophan
Tryptophan merupakan sejenis asid amino yang menghasilkan hormon serotonin serta melatonin dalam tubuh badan. Dengan adanya Tryptophan, ia dapat membantu mereka yang mengalami masalah sukar untuk tidur (Insomnia), kemurungan dan mengurangkan stres.

Namun begitu, ia akan menjadi ‘racun’ jika diambil berlebihan. Doktor Samhan menjelaskan pakar nutrisi menasihati orang ramai agar mengambil 100 gram atau dua ulas kecil sahaja bagi setiap hidanga.
Ini pula antara kesan yang boleh berlaku jika anda memakan buah durian secara berlebihan:
Tinggi Kalori
Buah durian mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Mereka yang memakan buah durian secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah kegemukkan kerana pengambilan kalori yang banyak.
Tinggi Kandungan Gula
Mereka yang menghidap penyakit kencing manis dan masalah buah pinggang tidak digalakkan untuk memakan buah durian secara berlebihan kerana buah ini mengandungi kandungan gula agak tinggi.
Boleh Menyebabkan Masalah Gastrik
Buah durian akan membebaskan gas serta alkohol semasa ia dihadam dan boleh mengakibatkan ketidakselesaan serta keradangan perut.
Badan Boleh Menjadi Panas
Tindak balas kimia dan proses metabolisma semasa proses penghadaman membuatkan badan menjadi panas dan tidak selesa.
Tak salah nak makan durian, tapi biarlah berpada-pada. Ingat ya, kuantiti yang paling digalakkan oleh pakar nutrisi adalah dua ulas sahaja bagi setiap hidangan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Twitter Dr. Samhan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih Cantik & Menawan, ‘Bob Hair Era’ Pilihan Gaya Rambut Daiyan Trisha

Daiyan Trisha sememangnya bintang fesyen dan stail masa kini.
Selain memiliki rupa paras yang cantik, figura ini juga memiliki estetik gaya yang tersendiri dan bijak berfesyen.
ARTIKEL BERKAITAN: Persis Remaja! Imej Terkini Nora Danish Curi Perhatian Netizen

Segala ‘percubaannya’ dalam menggayakan sesuatu untuk dirinya tidak pernah menghampakan dan gagal di mata pencinta fesyen.
Mengetahui ‘style’ apa yang bertepatan dan sesuai dengan dirinya, langsung mencetus rujukan buat wanita-wanita di luar sana terutamanya, golongan remaja.
Terbaharu, pelakon naskhah popular Projek: High Council ini tampil dengan gaya rambut terbaharunya, sekali gus menjadi bualan ramai terutama para peminat di media sosial.

Mengenakan ‘bob hairstyle’, sebuah hantaran beberapa keping foto di Instagram miliknya yang menampilkan gaya potongan rambut pendek itu menuai kata-kata pujian warganet dan rakan selebriti.
“Daiyan bob hair era,” coretnya di ruangan kapsyen.
“Omg, you actually did it ! Love it !” komen pelakon Hun Haqeem
“OMG SHORT HAIR GANGG U LOOK SOO GOOD,” tulis juga penyanyi Aishah Retno.
“Eeee so beautiful !!” komen penyanyi Ernie Zakri.

Selain itu, ini antara gaya rambut yang pernah digayakan Daiyan Trisha yang menjadi pilihan Remaja:
1
2
3
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Daiyan Trisha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

