Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin melaporkan bahawa budaya mengasingkan kelas mengikut tahap penguasaan akademik pelajar perlu dihentukan sepenuhnya.
Ia bagi mengelakkan jurang kepandaian di antara para pelajar.
Ada sebab rupanya mengapa pelajar di sekolah selalu dikategorikan mengikut kepandaian.
Kelas A selalu dianggap paling bijak, kelas terakhir selalu jadi port ‘humban’ pelajar selebihnya.
Situasi ini rupanya berlaku kerana sekolah di Malaysia ingin mengawal dan meningkatkan gred pencapaian akademik menerusi Gred Purata Sekolah (GPS) yang menjadi penanda utama pretasi sekolah tersebut (KPI).
Netizen terutamanya ibu bapa dilihat memberi respon bercampur baur. Ada yang setuju dengan keputusan itu dan tidak kurang juga yang membangkangnya.
Namun setelah melihat beberapa faktor kesan menghentikan amalan mengasingkan kelas ini, REMAJA berpendapat lebih banyak kebaikan yang akan diperolehi pelajar sekolah pada masa akan datang.
Ads
Berkawan Tanpa Mengira IQ
Semua orang berhak berkawan tanpa mengira tahap kepandaian, jantina, bangsa, latar belakang mahupun kekayaan. Dengan campuran pelajar dalam satu kelas, tiada lagi istilah enggang sama enggang, pipit sama pipit. Masa rehat diluang bersama-sama.
Tiada Lagi Jurang Bahasa
Selalunya, pelajar kelas bawahan tidak begitu gemar untuk cuba berbahasa Inggeris. Kebanyakan lebih cenderung dengan bahasa Mandarin, Kantonis dan bahasa Malaysia. Sekarang harapnya, jurang itu dapat dikecilkan.
Ads
Kawan ‘Support’ Kawan Lain
Pelajar sekolah ini sifatnya mudah membantu kawan yang lain. Mereka tidak terlalu berkira untuk bersaing sengit seperti yang selalu terjadi di kalangan pelajar universiti. Oleh itu, pelajar yang bijak dan laju ‘tangkap’ dapat membimbing kawan yang lain.
Kadangkala, lagi senang nak faham apa yang kawan cakap berbanding penjelasan guru. Betul tak?
Ibu Bapa Juga Tak Terasing
Yeay, anak kita sama kelas!
Biasalah, bila anak belajar di dalam kelas yang sama, ibu bapa kepada pelajar turut menjalin hubungan rapat sesama sendiri. Ibu bapa kepada pelajar bijak dan sederhana sekaligus lebih kerap bertukar pendapat, berkongsi tip dan paling best, mereka sendiri seakan mewujudkan grup belajar kepada rakan anaknya.
Jika dulu semasa zaman penulis di sekolah, pelajar kelas bawahan selalunya tidak langsung memiliki motivasi tinggi untuk memperbaiki keputusan mereka. Katanya, “Dah aku ni lembab, asalkan lulus pun dah hebat.”
Ia terjadi kerana pesekitaran kelas mereka yang slow je. Tiada langsung dorongan untuk berdaya saing. Sekarang, masing-masing saling push rakan lain untuk ke hadapan.
Kurangkan Budaya Perlekeh Pelajar
Budaya memperlekehkan pelajar kelas bawahan bukan hanya dilakukan oleh pelajar yang bijak. Lebih memeranjatkan apabila guru sekolah juga kadangkala menjadikan mereka ini sebagai ‘bahan’ paling mudah untuk diperlekehkan terutama di tapak perhimpunan.
Semuanya disebabkan mereka tidak sebijak yang lain. Diharap selepas ini, semua pelajar dilayan sama rata saja oleh semua pihak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dapat dinafikan lagi populariti yang dikecapi oleh salah seorang ahli kumpulan Blackpink ini memang luar biasa. Lisa Blackpink telah pun dipilih sebagai selebriti yang menjadi penghias kulit majalah fesyen popular antarabangsa Harper’s Bazaar China untuk edisi April dan terdapat laporan yang menyatakan majalah tersebut habis dijual hanya dalam satu minit sahaja.
Individu itu menjelaskan beliau sempat membeli 18 buah majalah tersebut dan memberitahu bahawa ia sudah di restock kembali. Namun begitu, tidak lama kemudian SASO memuat naik lagi ciapan di Twitter dengan mengatakan ia sekali lagi sudah habis dijual dan link pembelian telah pun ditutup.
Tidak lama kemudian, ia di restock kembali dengan jumlah 10,000 salinan tetapi selepas 10 minit kemudian, hanya tinggal 665 buah majalah.
Kalau di negara kita jualan majalah semakin berkurangan, tetapi di China ia masih mendapat sambutan kerana memaparkan kisah bintang antarabangsa kesayangan ramai.
Pergh, memang hebat betul penangan Lisa ni ya. Hiks!
Mesti ramai yang sudah kenal dengan Paddington iaitu si beruang berhati lembut yang selalu bawa marmalad orennya di mana sahaja dia berada. Selepas tujuh tahun sejak filem keduanya ‘Paddington 2’ berjaya memikat hati penonton, Paddington kini kembali dengan pengembaraan baru yang akan membawa anda melihat asal usul si comel ini ke tanah kelahirannya di Peru.
Jadi, untuk peminat Paddington meh REMAJAbawa anda menyelami kisah penuh misteri, tawa dan kehangatan kasih sayang keluarga menerusi Paddington in Peru!
Penggembaran hebat Paddington di Peru!
SINOPSIS
Kisah Paddington in Peru bermula dengan perjalanan Paddington dan keluarga Brown ke Peru untuk mengunjungi Aunt Lucy yang tinggal di Home for Retired Bears. Namun, apabila tiba di sana, mereka mendapati Aunt Lucy telah menghilang tanpa jejak.
Berbekalkan keberanian dan keharmonian antara keluarga, Paddington bersama Henry, Mary, Judy, dan Jonathan Brown memulakan misi mencari Aunt Lucy di hutan Amazon hingga ke pegunungan Peru bagi berjumpa semula bersama makcik tersayang.
KEHADIRAN BINTANG POPULAR
Dengan kehadiran Ben Whishaw yang mengisi kembali suara Paddington, beliau menghidupkan watak yang telah menjadi ikon yang popular dengan aksen British. Selain itu, Imelda Staunton juga kembali sebagai Aunt Lucy, manakala Hugh Bonneville dan Emily Mortimer memainkan peranan sebagai pasangan Henry dan Mary Brown.
Bukan setakat itu, filem ini juga memperkenalkan karakter baru yang menarik seperti pemenang Anugerah Oscar, Olivia Colman yang tampil sebagai Reverend Mother, iaitu seorang biarawati yang menguruskan Home for Retired Bears. Serta Antonio Banderas sebagai Hunter Cabot, seorang kapten bot sungai, bersama anak perempuannya Gina, dimainkan oleh pelakon baru, Carla Tous.
SENTUHAN PENGARAH BARU
Disutradarai oleh Dougal Wilsom yang menggantikan Paul King iaitu pengarah Paddington dan Paddington 2. Wilson terkenal menerusi iklan perayaan Hari Krismas yang dibintangi John Lewis, membawa pendekatan visual yang lebih segar disamping mengekalkan elemen humor dan kehangatan karakter utama Paddington. Bagaimanapun, Paul terlibat sebagai penerbit eksekutif sekaligus berperanan sebagai penulis filem bersama Simon Farnaby dan Mark Burton.
FILEM UNTUK SEMUA USIA
Filem Padding in Peru memaparkan sebuah kisah yang mampu menyentuh hati setiap generasi. Melalui pengembaraan baru yang lebih menakjubkan, watak-watak lucu, dan mesej bermakna, filem ini boleh ditonton oleh setiap peringkat umur. Jadi, sesuai sangat untuk anda meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Nah! Bagi anda yang memang #KakiMovie lepas ini bolehlah memulakan perjalanan penuh mencabar dengan menonton Paddington in Peru di mana-mana pawagam terdekat. Kalau nak tahu, filem si beruang manis ini sudah pun ditayangkan di layar perak sejak 16 Januari lalu! Oh! Jangan lupa untuk bawa marmalad oren bagi menambah kemanisan sambil menonton!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang filem antarabangsa, Fan Bingbing (44) baru-baru ini meraih perhatian apabila beliau secara rasmi bergelar Datuk selepas menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam. Penganugerahan ini sekali gus mengiktiraf sumbangan beliau dalam mempromosikan Melaka di mata dunia.
Memetik laporan Bernama, Fan juga memberi bayangan bakal kembali ke Melaka pada bulan September ini bagi satu projek baru dan kehadiran beliau dijangka akan memeriahkan sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025.
“Saya berharap dapat membawa lebih banyak cerita yang baik untuk Melaka,” katanya.
Dalam pada itu, penganugerahan gelaran Datuk berkenaan bukan sekadar penghargaan, tetapi turut juga menunjukkan peranan besar Fan dalam menarik perhatian dunia terhadap sektor pelancongan negeri Melaka. Selain itu, populariti beliau di peringkat antarabangsa turut menjadi penyumbang besar untuk menarik pelancong untuk datang ke Melaka.
Pada tahun lalu, Fan telah dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka dan kehadiran tiga hari beliau pada Jun 2024 mencetuskan fenomena apabila mencatatkan lebih 1.2 bilion carian mengenai dirinya dan Melaka di seluruh dunia.
Sementara itu, Fan yang mempunyai lebih 63 juta pengikut di platform Weibo dan 4.1 juta pengikut di Instagram bukan sekadar seorang pelakon, tetapi ikon budaya China yang memberi pengaruh besar di peringkat global. Jadi tidak hairan jika pelakon filem ‘Ice Road: Vengeance’ itu menjadi perhatian ramai pihak dalam setiap langkahnya.
Selain filem dari China, Fan turut pernah membintangi beberapa produksi antarabangsa termasuk filem Perancis, Korea, dan menjadi wajah di kulit majalah Time pada 2017. Beliau pernah dinamakan antara 100 Orang Paling Berpengaruh pada tahun yang sama.
Kehadiran semula Fan ke Melaka kali ini pasti ditunggu-tunggu ramai, bukan sahaja peminat setia beliau, malah seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat bagaimana kerjasama ini mampu melonjakkan lagi nama Melaka di mata dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
mencipta kejayaan membanggakan dengan meraih tempat ketiga Miss World Asia 2026, Taanusiya Chetty kini bersedia membuka langkah baharu dalam dunia hiburan.
Pemilik nama penuh Taanusiya...