
Berita baik datang dari pelakon Hollywood yang berasal dari Sarawak, Henry Holding. Pelakon utama filem ‘Crazy Rich Asian’ ini sebentar tadi menyampaikan berita gembira tentang kelahiran bayi pertamanya.
Henry dan juga isteri, Liv Lo Golding berkongsi berita gembira itu dalam kemas kini di laman Instagramnya sebentar tadi.
Dalam entri tersebut, Henry turut memuatnaik sekeping foto menunjukkan dia tersenyum menatap wajah anaknya yang sedang dalam pelukan Liv Lo.
“Wanita ini adalah segala-galanya buat saya, yang tidak pernah saya bayangkan. Kekuatannya merupakan kegembiraan terbesar buat diri saya. “Terima kasih. Saya sayang kamu,” demikian tulis Henry

Untuk info, Henry mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 bersama selebriti Taiwan Liv Lo selepas enam tahun bercinta. Rata-rata peminat dan rakan-rakan artis turut mengucapkan tahniah.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada Henry Golding atas kelahiran bayi ini.
Sumber : Instagram Henry Golding
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ayam Goreng Ciken Chiss Leleh Podeh Viral Di Pantai Dalam, Mampu Dijual 200 Kg Sehari

Rasa cheesenya yang meleleh dan agak luar biasa membuatkan ayam goreng ini menjadi viral. Setiap hujung minggu boleh dilihat deretan anak-anak muda beratur dengan sabar di Pantai Dalam, Kuala Lumpur semata-mata untuk menikmati keenakan Ciken Chiss Leleh Podeh.
Baru saja diusahakan dua minggu di sebuah gerai kecil di hadapan rumah, namun Ciken Chiss Lelah Podeh yang dijual RM10 bagi 10 ketul ayam (biasanya dapat lebih seperti tag line perniagaan mereka) mampu dijual 200 kg sehari pada hujung minggu. Digoreng panas-panas dengan tepung goreng rangup, disalut dengan cheese meleleh dan rasa pedas membuatkan ayam goreng menjadi sensasi di media sosial.


Menurut Nur Alisyah Alia bin Alfian, 23 tahun, gerai ayam goreng mereka hanya dibuat pada Sabtu dan Ahad sahaja. Tapi pada hari-hari biasa, pelanggan yang mahu mencuba boleh membuat tempahan secara dalam talian.
“Bermula hari Rabu membawa ke Jumaat, tempahan agak banyak. Boleh cecah sehingga lebih 50 kg sehari dan jumlah ini meningkat sehingga 200 kg-250 kg pada hujung minggu,” katanya memaklumkan perniagaan ini dimulakan oleh Nor Asyikin Jafri, 33 tahun yang mesra dengan nama Bundaharraz.Kitchen.
“Resipi ini kami olah beberapa kali sebelum dijual. Tak sangka ia menjadi viral dan menjadi pilihan orang ramai di sekitar Pantai Dalam Kuala Lumpur,”katanya memaklumkan di bawah jenama Bundaharraz.Kitchen, mereka turut menjual pelbagai jenis kek, pastry, puff dan banyak lagi.
“Kami bermula sudah lama dalam dunia perniagaan. Saya bertindak sebagai marketing bagi perniagaan ini. Namun hujung minggu saya bantu menggoreng di gerai sebab permintaan terlalu banyak,” katanya memaklumkan set Ciken Chiss Leleh Podeh turut dijual dalam bentuk set bersama air boba (bobable) yang datang dari empat perisa iaitu Milk Tea, Coklat, Green Tea dan Fresh Milk yang mana boba dimasak oleh mereka sendiri pada harga cuma RM15 sahaja (jika dibeli asing air berharga RM6 dan ayam RM10.00 tapi secara kombo ia dijual RM15.00 sahaja.




Jelas Nur Alisyah, permintaan yang banyak terhadap air boba a.k.a bobable ini membuatkan mereka terpaksa memasak berkali-kali bagi memastikan pelanggan dapat menikmati air sedap ini.
So bagi korang yang nak rasa kesedapan Ciken Chiss Leleh Podeh, boleh datang ke Pantai Dalam Kuala Lumpur atau masuk ke ig mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru Usia 12 Tahun Dah Jadi Saintis, Inspirasi Permainan Video

Selain polis dan cikgu, kanak-kanak jarang menyatakan cita-cita mereka untuk menjadi seorang saintis tetapi berbeza pula dengan kanak-kanak berumur 12 tahun ini, beliau berjaya capai cita-citanya di usia muda dan menjadi sainstis data.

Dalam ‘kesibukan’ rakan-rakan seusianya bermain, bersosial dan menjalani sesi persekolahan, Siddharth Srivastav Pilli sudah bekerja sebagai seorang saintis data di sebuah syarikat perisian Hyderabad.

Menjalankan peranan sebagai tempat rujukan tentang pengekodan, Siddhart yang bekerja di Montaigne Smart Business Solutions sudah meletakkan impian dan matlamat tentang apa yang akan beliau capai di masa akan datang.
Menjadikan Tabmay Bakshi yang sudah bekerja di Google sejak berusia 13 tahun sebagai idola, Siddha masih menjalani sesi persekolahan biasa di Sri-Chaitanya Techno Schools turut menjadikan ayahnya sebagai inspirasi kerana mampu mempelajari mengenai pengkomputeran awan (cloud computing) dan kecerdasan buatan (artificial intelligence) di usia yang muda.
Gemar bermain permainan video, Siddhart menjadikannya sebagai inspirasi untuk beliau mencipta permainan video yang baharu dan menjadi seorang usahawan yang memberi kepada masyarakat.
Sumber: Live Mint
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
The Pixel Project Pilih RM BTS Sebagai Salah Satu Daripada 16 Tokoh ‘Male Role Models’

Penyanyi rap dan anggota kumpulan terkenal BTS, RM baru-baru ini diumumkan terpilih sebagai salah satu daripada ‘Male Role Models’ oleh The Pixel Project bersempena kempen ’16 For 16′ dalam menghentikan kekerasan terhadap wanita.
The Pixel Project telah memberikan penghargaan ini kepada RM atau nama sebenar Kim Namjoon (30) kerana usaha beliau secara terbuka menyuarakan tentang kajian dan pemahaman mengenai feminisme, walaupun populasi lelaki di Korea Selatan terkenal dengan sifat anti-feminis.
Terdahulu, pada tahun 2016 RM BTS pernah mendapat kecaman hebat daripada peminat dan orang ramai apabila salah satu daripada lirik lagu BTS mengandungi makna yang menunjukkan sikap misoginis.


Walau bagaimanapun, bermula dari kritikan itu, penyanyi lagu ‘Wild Flower’ itu mula mengambil inisiatif untuk belajar dengan mengikuti pengajian dan kajian jantina bersama seorang pensyarah dalam bidang Pengajian Wanita.
Selain itu, ketua kepada kumpulan BTS yang dikenali sebagai seorang ulat buku juga pernah dilihat membaca buku membincangkan topik feminisme karya penulis Cho Nam-Joo, berjudul Kim Ji Young, Born 1982.
Sebelum ini, isu kekerasan terhadap wanita sering dianggap isu wanita yang hanya perlu ditangani oleh wanita dan untuk wanita. Bagaimanapun, impak negatif daripada masalah ini turut dirasai seluruh komuniti dan masyarakat.

Disebabkan itu, The Pixel Project telah mewujudkan usaha ini bagi membasmi kekerasan terhadap wanita dengan penglibatan golongan lelaki dan memilih 16 tokoh lelaki terdiri daripada selebriti, ahli politik, pejuang hak asasi manusia dan sebagainya yang mampu membantu menjayakan kempen ini.
Antara tokoh ‘Role Models’ selain RM BTS yang dipilih adalah Bad Bunny, Benedict Cumberbatch, Ben Hurst, Dean Peacock, Édgar Pérez, Humberto Carolo, Adilur Rahman Khan, Kennedy Odede, Matt Tyler, Miguel Fontes, Rahul Bose, Shervin Hajipour,The Speech Prof or Professor Chesko, Tong Dawei, dan Wilfred Nyeko.
Sekadar info, RM BTS kini masih menjalani latihan wajib ketenteraan di Korea Selatan. Dalam kesibukan itu juga, beliau sempat terlibat dengan sebuah filem berjudul ‘RM: Right People Wrong Place’ iaitu sebuah dokumentari mengisahkan perjalanan di balik tabir penerbitan album solo keduanya yang dilancarkan pada 24 Mei lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

