Bukan selalu kita dapat melihat Disney melakukan koleksi istimewa khas untuk Malaysia.
Bersempena menyambut ulang tahun 10 tahun mereka berada di Malaysia, Uniqlo ingin menghargai kesetiaan pembeli mereka dengan mengeluarkan koleksi Uniqlo Tee dengan beberapa lakaran animasi Mickey Mouse berbeza.
Sesuai dengan tema Magic For All, Uniqlo bergabung kreativiti dengan syarikat The Walt Disney dan memaparakan Mickey dalam beberapa set pakaian berbeza mengikut negara.
Antaranya termasuklah Perancis dengan pakaian pelukis, China dengan berbaju Samfoo, Amerika Syarikat dengan tema Cowboy-nya, kemas berkimono untuk mewakili Jepun dan paling istimewa adalah Malaysia!
Ads
Ya, negara kita menjadi salah satu negara terpilih apabila Mickey menyarungkan baju Melayu, Sampin dan Tengkolok.
Ads
Kacaknya lah hai Mickey, hehe!
Ads
Baju T ini dijual pada harga RM39..90 untuk saiz kanak-kanak dan RM59.00 untuk saiz dewasa.
Buat penggemar filem aksi nama Sylvester Stallone sememangnya tidak asing lagi terutamanya dengan penampilan dalam banyak filem box-office sejak usia mudanya.
Kini walaupun usia semakin meningkat, Sylvester Stallone masih lagi gagah membawa dirinya menjadi antara bintang aksi paling berpengaruh di dunia.
Pada tahun 2013, dia bersama Arnold Schwarzenegger telah tampil sebagai seteru dan kawan dalam filem ‘Escape Plan’. Ia mencapai satu kutipan yang sangat memberangsangkan dan mereka berdua membuktikan aura pelakon senior masih lagi berbisa.
Dengan harapan itu, Sylvester Stallone sekali lagi muncul di dalam filem sekuel bertajuk ‘Escape Plan 2: Hades’. Namun adakah ia mampu memberikan impak dan kejayaan seperti filem pertama.
REMAJA sempat memenuhi jemputan TGV Pictures selaku pengedar rasmi filem ini mengikuti tayangan perdana ‘Escape Plan 2: Hades’ semalam.
Tanpa kelibat Arnold Scwarzenegger, filem sekuel ini membariskan banyak muka-muka yang cukup familiar dan terkenal seperti Dave Bautista, Xioming Huang, Jesse Metcalfe, 50 Cents, Jaime King, Wes Chatham dan Chen Tang.
Ray Breslin (Sylvester Stallone) yang merupakan pakar keselamatan penjara kini memiliki syarikat keselamatannya tersendiri. Antara pekerja profesionalnya yang cukup terlatih ialah Shu Ren (Xioming Huang), Luke (Jesse Metcalfe), Kimral (Wes Chatham) dan Hush (50 Cents).
Selepas satu kejadian maut melibatkan seorang wanita semasa menjalankan misi menyelamat, Ray telah memecat Kimbral yang pada hematnya tidak mengikuti arahan dan menyebabkan kemalangan itu berlaku. Berang dengan pemecatannya Kimbral segera beredar dan meninggalkan syarikat tersebut.
Setahun kemudian takdir menemukan mereka sekali lagi. Shu Ren kini berdepan masalah besar apabila mendapati dirinya berada di sebuah penjara yang paling ketat di dunia. Dia berada di situ selepas terlibat dalam satu usaha menyelamatkan sepupunya, Yusheng yang memiliki teknologi satelit bernilai berbilion ringgit.
Dan di sinilah bermula kisa bagaimana mereka mencari akal untuk melepaskan diri. Tapi adakah ia mampu mengikuti kejayaan filem pertama dahulu?
Okay, pertama sekali REMAJA ingin kongsi perkara positif filem ini. Pertama sekali barisan pelakonnya. Tidak salah jika REMAJA katakan bahawa kalau tiada Sylvester Stallone, filem ini tidak akan ke mana. Malah mungkin ramai penonton yang ingin ke panggung menyaksikannya adalah kerana nama Sylvester Stallone.
Kedua, kemunculan barisan pelakon dan nama besar yang lain memberikan tarikan yang cukup istimewa. Sekurang-kurangnya kehadiran mereka di layar mampu memberikan sedikit senyuman buat kami ketika menontonnya.
And that’s all.
Itu sahaja perkara yang boleh REMAJA puji. Secara sinikalnya, REMAJA boleh rumuskan filem ini seolah-olah filem parodi daripada filem asal. Tanpa menonton filem pertama sekalipun penonton akan faham dengan jalan ceritanya. Dari segi penghasilannya ia jauh berbeza daripada filem pertama dari segi konsep, sinematografi serta perkembangan watak.
Mungkin pada masa akan datang Sylvester Stallone perlu lebih berkeras dalam menentukan hala tuju filem lakonannya. Ini merupakan salah sebuah filem yang mungkin tidak mahu dikenangnya pada masa akan datang.
RATING: 2/5
PERADUAN REMAJA x ESCAPE PLAN 2: HADES
5 x HADIAH UTAMA
T-shirt ‘Escape Plan 2: Hades’
5 x HADIAH KEDUA
Chest bag ‘Escape Plan 2: Hades’
3 x SAGU HATI
Botol Air
Like FB & IG Majalah Remaja dan jawab soalan di bawah. Emelkan jawapan ke mohd_farizul@ideaktiv.com
1. Siapakah pengedar rasmi filem ‘Escape Plan 2: Hades’ di Malaysia?
2. Namakan watak yang dibawa oleh Dave Bautista di dalam filem ini?
3. ‘Escape Plan 2: Hades’ ditayangkan di Malaysia bermula pada __________
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada minggu ketujuh konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang berlangsung semalam, persembahan Dadali Dyrga menarik perhatian ramai dan mendapat pujian daripada juri tetap, Datuk Ramli MS.
Penyanyi berasal dari Indonesia itu, tampil memukau dengan lagu Dikir Rambong nyanyian asal kumpulan Kapilla, meskipun lagu tersebut menggunakan dialek Kelantan yang bukan berasal dari tanah airnya.
Oleh hal demikian, Ramli memberi penghargaan terhadap ketekunan Dyrga dalam membawakan lagu tersebut.
“Daripada sembilan peserta yang bertanding semalam, saya lihat Dyrga menyerlah meskipun penyampaiannya kurang. Cuma dia ada ketekunan itu.
“Kita kena adil, memang malam semalam Liza Aziz sangat ke hadapan, tetapi kalau cakap pasal ketekunan, saya tengok ada pada Dyrga,” katanya.
Tambahnya lagi, meskipun Dyrga belum pernah menyanyikan lagu tersebut sebelum ini, namun dia berjaya menarik minat penonton.
“Lagu yang dia bawa adalah lagu yang dia tak pernah nyanyikan pun. Kalau diamati pun, memang kita boleh dengar ‘bunyi’ Jawa dia itu pekat berbanding Kelantan.
“Saya tengok di pentas GV pun dia boleh tarik minat penonton dengan keseluruhan repertoir,” jelasnya lagi.
“Bayangkan jika dia asah lagi nyanyi lagu ini, Dyrga boleh bawa lagu ini jika dia adakan konsert di sini. Satu Malaysia boleh nyanyi bersama-sama dan itu adalah kelebihan dia,” tambahnya.
Selain itu, Ramli turut memuji persembahan keseluruhan peserta lain yang menunjukkan usaha yang tidak sambil lewa dalam memastikan kelancaran persembahan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemalangan jalan raya sememangnya tidak berbau biar secekap mana pun pemandu atau penunggang motosikal. Begitulah yang terjadi kepada penyanyi dan penerbit rakaman, Zynakal yang terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika sedang menunggang motosikal miliknya di sebuah persimpangan jalan terletak di Sentul, Kuala Lumpur.
Zyn atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengikuti trip menunggang motosikal bersama rakan-rakan lain termasuklah pelakon, Atiq Azman dan Nabil Aqil ke Genting Highlands.
Atiq ketika dihubungi REMAJA memberitahu bahawa kemalangan tersebut bersifat minor dan Zyn tercedera di lutut; bahagian badan sama yang tercedera sewaktu Zyn terlibat dalam satu lagi kemalangan jalan raya, tidak lama dahulu.
“Sebenarnya kami hanya ke Genting Highlandsuntuk melihat pemandangan matahari terbenam. Tiada perancangan di luar jangkaan pun. Setelah tiba di sana kira-kira jam 7 petang; sedikit terlambat daripada waktu yang kami rancang sebabkan kesesakan trafik, kami turun semula dari puncak pada jam 9 malam.
“Ketika dalam perjalanan pulang, kami sempat lagi berhenti di stesen minyak berdekatan tol Gombak bagi memastikan kelima-lima ahli (termasuk seorang rakan Atiq dan seorang rakan Nabil) ada. Saya kemudian mengekori motosikal Zyn untuk menghantarnya pulang ke rumah.
“Setiba di satu simpang jalan, ada sebuah kereta yang tidak dapat mengagak ingin belok ke kanan atau ke kiri. Waktu itu, Zyn berada betul-betul di belakang kereta itu. Kereta seakan ingin belok ke kanan tetapi pemandu kemudian belok semula ke kiri tanpa memberi signal. Akibat perbuatan itu, Zyn terpaksa brek kecemasan bagi mengelak kereta yang ada di laluan kiri.”
“Mujur Zyn tidak terlanggar mana-mana kereta dan dia hanya terjatuh ke jalan,” kongsi Atiq yang berpengalaman menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Tambah Atiq, dia terus bergegas ke Zyn dan mendapati penyanyi itu mengalami kecederaan di bahagian parut lamanya namun tidak mengalami kecederaan serius lain. Zyn kemudian dibawa ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Bila berlaku kejadian sebegini, nasihat saya kepada penunggang remaja adalah untuk menjaga kebajikan rakan kita itu seperti keluarga sendiri. Hentikan kereta atau motosikal di bahu jalan agar tidak menganggu laluan orang lain dan hubungi nombor kecemasan bagi mendapatkan bantuan.
“Jangan sesekali cuba menimbulkan pergaduhan. Jangan ajak geng untuk pukul seseorang kerana negara kita ada undang-undang.”
“Tidak kiralah kita berada di pihak benar ataupun salah; jika boleh selesaikan kes secara baik, itu lebih bagus.”
“Saya pun pernah terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal dan saya belajar daripada cara rakan-rakan saya menguruskan situasi pada waktu itu,” katanya.
Dalam perkembangan lain. Atiq baharu sahaja menamatkan penggambaran bagi sebuah projek drama terbaru.
FOTO: Instagram Atiq Azman
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Aisha Retno sekali lagi menjadi perhatian selepas menjawab teguran seorang netizen yang mempersoalkan personalitinya ketika berada di khalayak umum.
Menerusi komen tersebut, individu...