Sebagai manusia biasa, tentunya kita tidak dapat lari daripada kesalahan. Apatah lagi apabila kita bergelar selebriti yang menjadi perhatian berjuta orang pengikut di media sosial.
Begitulah yang perlu diakui oleh pengacara jelita lagi bijaksana, Hawa Rizwana Redzuan apabila dirinya terpalit dengan kata-kata negatif daripada warganet gara-gara soal pemakaiannya sebagai seorang hijabi.
Beberapa keping foto yang dimuat naik oleh Hawa sendiri sewaktu mengendalikan sebuah acara bertemakan rock dua hari lalu telah menjadi topik perbahasan warganet yang merasakan seluar jenis latex yang dipakai oleh Hawa terlalu ketat dan tidak begitu manis dipandang.
Apatah lagi, Hawa yang kini bergelar pengacara program temubual MeleTOP dan imejnya sebagai seorang hijabi sering menjadi ikutan generasi remaja yang mengikutinya.
Biarpun foto-foto berkenaan masih belum dipadamkan oleh Hawa daripada akaun media sosialnya, dia yang ditemui di majlis pelancaran jenama fesyen di Kuala Lumpur pada hari ini mengakui kekhilafannya itu dan bersedia menerima tanggapan orang ramai.
Ads
“Saya mohon maaf dan akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian selepas ini.”
“Saya tiada niat nak buat orang marah atau sakitkan hati sesiapa dan menerima setiap komen dengan positif.
“Saya mengupah penata gaya untuk sediakan busana yang bersesuaian dengan tema acara itu. (Tapi) sebelum saya kongsikan gambar atau video di media sosial, saya selalu minta pandangan daripada rakan terdekat dan ahli keluarga.
“Jika perkongsian itu tidak bersesuaian, saya akan padam. Dalam situasi ini, saya sedar mungkin fesyen yang digayakan kurang senang di mata sesetengah pihak,” ulasnya.
Ads
Apa pendapat korang? Adakah pemakaian Hawa Rizwana pada majlis tersebut kurang sesuai?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila ada peluang yang tak disangka-sangka, jangan teragak-agak untuk merebutnya!
Bermula 28 Jun (Jumaat) hingga 30 Jun ini, Starbucks Malaysia akan melakukan ‘kerja gila’ dengan menganjurkan sebuah jualan gudang yang julung kali diadakan.
Jualan gudang ini akan menyaksikan beberapa promosi yang ditawarkan oleh jenama kedai kopi terkenal itu sehingga potongan 80 peratus daripada harga asal. Jom tengok apakah antara promosi yang dicanang oleh mereka itu.
Pilih Je
Sementara stok masih ada, dapatkan merchandise Starbucks pada harga murah seperti tumbler, botol minuman, cup berdiri, cawan kaca dan sebagainya.
Customize
Ada satu booth khas untuk korang customizetumbler serta cawan yang dibeli pada hari tersebut. Hanya dari 2pm hingga 6pm je.
Happy Hour
Dapatkan rebat RM10 secara serta-merta untuk setiap RM200 yang korang belanjakan di dalam satu resit. Bagi perbelanjaan RM50 dalam satu resit pula, korang boleh dapatkan baucar minuman Starbucks percuma.
Slot Happy Hour-nya adalah 11am-12pm, 2pm-3pm, 5pm-6pm dan 8pm-9pm.
Hadiah Percuma
Kalau korang ada bajet lebih dan belanjakan RM250 dalam satu resit, korang boleh redeem pula hadiah percuma daripada Starbucks.
So jangan lepaskan peluang pada weekend ini untuk ke Event Hall 5, Tingkat 5 di The Starling Mall Damansara Uptown.
Bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam, ada kiosk Starbucks yang akan berada di sana untuk menyediakan minuman kegemaran korang.
Ingat. Semantara stok masih ada je ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkahwinan di antara dua negara, Malaysia dan Indonesia sudah tidak asing lagi di negara kita. Lebih-lebih lagi di kalangan selebriti hiburan.Jelas sekali jodoh tu tak mengenal budaya dan bangsa kan? Kata orang, kahwin campur ni pun boleh buka peluang untuk mendapatkan anak-anak yang comel. Kalau tak percaya, try la. Ok gurau je. Hiks!
Berikut Remaja senaraikan 6 selebriti Indonesia yang telah memilih jejaka Malaysia sebagai pasangan hidup mereka.
1. Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair
Pelakon dan penyanyi cantik Indonesia dan actor kacak Malaysia kalau bergabung mesti la meletop kan. Selepas berkahwin dengan Bunga, Ashraf Sinclair turut berhijrah ke negara sebarang bagi meluaskan kariernya di sana.
2. Prisia Nasution & Iedil Putra
Pelakon dan model Indonesia, Prisia Nasution memilih pelakon Iedil Putra sebagai pasangan hidupnya. Ini merupakan perkahwinan kedua Prisia selepas berpisah dengan suaminya sekitar tahun 2012 yang lalu.
3. Kikan Namara & Udzir Harris
Ingat lagi dengan vokalis kumpulan Cokelat yang menyanyikan lagu Karma? Ya, Kikan telah berkahwin dengan jejaka Malaysia yang sebelum itu telah menjadi pengurusnya.
4. Poppy Putri & Dato’ Abdul Rahim Al Haj
Penyampai popular Indonesia, Poppy Puteri telah sah menjadi isteri kepada usahawan dari Malaysia, Dato’ Abdul Rahim Al Haj sejak 2016.
5. Tya Ariffin & Asyraf Khalid
Pelakon Indonesia Tya Ariffin berkahwin dengan anak kepada Datuk Khalid Mohammed Jiwa, Asyraf Khalid yang juga merupakan seorang usahawan dari Malaysia.
6. Laudya Cynthia Bella & Ungku Imran
Pelakon dan penyanyi manis Laudya Cynthia Bella merupakan antara selebriti yang terkini berkahwin dengan jejaka Malaysia, Ungku Imran. Pasangan ini memilih untuk menikah selepas berkenalan selama beberapa bulan.
Apa-apa pun, tak kisah la jodoh di negara seberang atau tidak, kita doakan semoga jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
REMAJA pada minggu lalu telah melaporkan mengenai kes kematian nenek kepada pelakon dan naib juara pencarian Hero Remaja 2017, Farhan Asri.
Farhan Asri
Wanita berusia 75 tahun itu yang juga bergelar Datin ditemui dengan kesan kecederaan pada badan di kediamannya di Taman Paroi Jaya, Seremban oleh seorang suspek lelaki yang mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga mangsa.
Pihak polis telahpun mengeluarkan satu kenyataan pada hari Isnin bahawa seorang suspek yang dipercayi terlibat dalam kes tersebut berjaya ditahan, Sabtu llau.
Kata Ketua Polis daerah Seremban, Asistem Komisioner Nanda Maarof bekata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di sebuah pondok bersebelahan jalan di Batu 4, Jalan Port Dickson-Teluk Kemang kira-kira pada jam 1 petang.
Turut ditemui bersama suspek adalah barang kemas milik mangsa yang dirampas oleh polis.
Permohonan reman telah dibuat di Mahkamah Majistret Seremban bagi tujuan siasatan sehingga Jumaat ini. Polis juga percaya kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ini akan dapat diselesaikan susulan penahanan tersebut.
*
Terdahulu menerusi temubual bersama program hiburan Melodi, Farhan menzahirkan rasa terkilannya kerana tidak dapat bersama-sama neneknya pada saat terakhir.
“Saya sendiri pun tak dapat nak memaafkan diri saya. Pada hari tersebut saya tidak ada untuk berjumpa dengannya. Benda ini yang buatkan saya rasa sedih,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!