Ramai sebenarnya yang masih tak tahu yang sesetengah influencer atau instafamous yang tengah viral sekarang ni anak kepada selebriti yang terkenal di Malaysia.. mereka bukan sahaja terkenal di Instagram, malahan di TikTok juga.. Ini antara 5 instafamous yang sebenarnya anak artis, tapi korang tak tahu siapa.

5 Instafamous Yang Korang Tak Tahu Sebenarnya Anak Selebriti Terkenal..
Sumber: Instagram
5 Instafamous Yang Korang Tak Tahu Sebenarnya Anak Selebriti Terkenal..
Sumber: Media Hiburan

1. Kasih Iris Leona

Kasih Iris Leona atau lebih dikenali sebagai Leona atau LeonsMeons di akaun TiktTok nya ini merupakan anak kepada pelakon filem tanah air dan juga arkitek yang terkenal iaitu Azhar Sulaiman. Dia merupakan anak bongsu daripada 3 adik-beradiknya. Pada mulanya, Leona bermula dengan menghasilkan TikTok dan kemudian memanggil ayahnya Azhar Sulaiman untuk turut serta menghasilkan video TikTok itu bersamanya. Leona dan Azhar Sulaiman mempunyai hubungan yang sangat rapat, dan beliau juga sangat manja dengan ayahnya.

Kalau tengok rupa pun sebenarnya dah lebih kurang kan muka anak-beranak ni? Wajah Leona mirip dengan Azhar Sulaiman.

 

5 Instafamous Yang Korang Tak Tahu Sebenarnya Anak Selebriti Terkenal..
Sumber: Instagram
5 Instafamous Yang Korang Tak Tahu Sebenarnya Anak Selebriti Terkenal..
Sumber: Instagram

2. Marissa Dania Hakim 

IKLAN

Mungkin tengok dari nama pun dah boleh tahu kan Marissa ni anak siapa? Marissa Dania ini merupakan anak kepada pelakon dan penyanyi terkenal Abby Abadi dan juga Norman Hakim. Norman juga kerap melayan kerenah anak-anaknya untuk menghasilkan video TikTok bersama. Walaupun hanya berusia 16 tahun, Marissa Dania ini mendapat perhatian ramai kerana wajahnya yang sangat cantik.

5 Instafamous Yang Korang Tak Tahu Sebenarnya Anak Selebriti Terkenal..
Sumber: Instagram
5 Instafamous Yang Korang Tak Tahu Sebenarnya Anak Selebriti Terkenal..
Sumber: Instagram

3. Batrisyia Razak dan Aniq Aqil

Siapa tak kenal mereka dua ni kan? Bintang TikTok yang terkenal sekarang.. kalau buka je TikTok muka dua orang kembar ni mesti ada. Kalau korang nak tahu, mereka berdua ini adalah anak kepada pengarah filem terkenal di Malaysia iaitu Professor Madya Dato’ Dr. Abdul Razak Mohaideen. Pada mulanya ramai netizen yang tidak tahu tentang hal ini, sehinggalah satu waktu dimana Batrisyia membuat satu video reaction terhadap salah satu filem arahan bapanya iaitu Mami Jarum. Disitulah ramai netizen terkejut dan mengatakan bahawa dia ada iras-iras wajah bapanya.

5 Instafamous Yang Korang Tak Tahu Sebenarnya Anak Selebriti Terkenal..
Sumber: New Straits Times
5 Instafamous Yang Korang Tak Tahu Sebenarnya Anak Selebriti Terkenal..
Sumber: Nona

4. Mia Sara Shauki 

IKLAN

Mia Sara lebih aktif didalam aplikasi TikTok dimana beliau banyak menghasilkan video. Pada mulanya, ramai masih belum mengetahui yang Mia ini merupakan anak kepada pelakon terkenal iaitu Afdlin Shauki. Apabila Mia mengeluarkan beberapa video mengenai ayahnya, ramai netizen turut terkejut dan mengatakan “patutlah dekat nama dia ada nama Shauki”. Cantik juga kan Mia Sara ni? Berbakat pulak tu apabila menghasilkan video di TikTok!

5 Instafamous Yang Korang Tak Tahu Sebenarnya Anak Selebriti Terkenal..
Sumber: Instagram
5 Instafamous Yang Korang Tak Tahu Sebenarnya Anak Selebriti Terkenal..
Sumber: Instagram

5. Ammar Effendy 

Rasanya rata-rata pasti sudah kenal dengan Ammar Effendy ni, tapi buat yang masih tak tahu, Ammar Effendy ini merupakan anak kepada pelakon Rozita Che’ Wan. Dia merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik lelaki dibawahnya iaitu Aniq Ezra dan adik tirinya iaitu Aaisyah Dhia Rana, hasil perkongsian antara Zain Saidin dan ibunya Rozita Che’ Wan.

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI