Hasil Kerja Empat Hari Seminggu, UK Bukti Hasil Positif Terhadap Pekerja & Syarikat

Share

Dengan matlamat untuk mengekalkan produktiviti pekerja dan syarikat walaupun tempoh bekerja kurang daripada seminggu dengan gaji yang penuh. Nampaknya kerajaan UK berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN : Etika ‘Inemuri’ Di Jepun, Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja

LEBIH 3,000 pekerja daripada 70 syarikat mula melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu. – BLOOMBERG

Hal ini selepas Independent UK

melaporkan, dalam eksperimen yang telah memasuki bulan keempat. Setakat ini, sejumlah 88 peratus responden memberi maklum balas kepada tinjauan mengenai percubaan tersebut dan menyatakan bahawa bekerja selama empat hari setiap minggu itu memberi impak yang baik pada mereka.

“Bagi mereka yang terlibat, peralihan ini adalah yang agak lancar dan bagi sesetengah orang terdapat beberapa halangan yang boleh difahami, termasuk mereka yang pernah bekerja dalam tempoh lima hari seminggu seperti sebelum ini,” kata Joe O’Connor, ketua eksekutif 4 Day Week Global.

“Produktiviti kekal tinggi dengan peningkatan kesejahteraan dalam pasukan, perniagaan kami berprestasi 44 peratus lebih baik dari segi kewangan,” kata Ketua Eksekutif di Trio Media.

Syarikat lain yang mengambil bahagian dalam percubaan itu dari pelbagai sektor termasuk perbankan, penjagaan, perniagaan dalam talian, latihan perisian IT, perumahan, studio animasi, hospitaliti dan banyak lagi.

Menurut laporan, penyelidik juga bekerjasama dengan setiap organisasi yang mengambil bahagian untuk mengukur impak ke atas produktiviti dalam perniagaan dan kesejahteraan pekerja, serta kesan terhadap alam sekitar dan kesaksamaan jantina.

Percubaan selama empat hari seminggu yang disokong kerajaan juga dilaporkan akan dimulakan pada akhir tahun ini di Sepanyol dan Scotland.

Untuk info, United Kingdom (UK) telah memulakan polisi baru bekerja 4 hari seminggu dengan memberikan gaji penuh selama tempoh percubaan iaitu 6 bulan. Usaha itu merupakan projek perintis yang melibatkan 3,300 pekerja daripada 70 syarikat.

Malaysia bila lagi?

BACA : Kurang 3 Jam Seminggu, Waktu Bekerja Akan Dipendekkan Mulai 1 September Ini!

Sumber: Independent UK

IKLAN