Jika di Malaysia, nama Intan Avantie aka Anne Avantie mungkin kedengaran janggal dalam kalangan majoriti di antara kita. Namun di Indonesia, Anne telah mencipta identiti sebagai seorang pereka busana kebaya yang cukup dikenali.
Busana-busana Anne selalunya menjadi perkara wajib ada sewaktu pertandingan ratu cantik terbesar di negara itu iaitu Puteri Indonesia. Sejak belasan tahun lalu, Anne Avantie telah menyiapkan kebaya untuk disarungkan kepada para finalis Puteri Indonesia dan paling dinanti-nantikan, kepada pemenang Miss Universe yang menjadi jemputan khas pihak organisasi.
Tahun 2022 tidak terkecuali apabila Miss Universe 2021 dari India, Harnaaz Sandhu telah muncul dalam balutan kebaya anggun serba biru navy rekaan Anne.
Ads
Harnaaz dan Anne memilih rekaan lengan panjang dengan perincian brocade dan manik perak bagi menambah elemen glamor. Paling menonjol tentunya motif batik parang berwarna emas di bahagia torso yang diteruskan jatuh hingga ke lantang.
Turut serta adalah motif bungaan emas dan biru yang saling melengkapi antara satu sama lain. Tali pingang dalam rona senada menjadikan gaya ini lebih ‘strong’ ibarat seorang pahlawan wanita yang datang untuk menunjukkan kuasanya di hadapan jutaan penonton Indonesia.
Dengan perincian yang boleh dianggap padat pada bahagian gaun yang diinspirasikan daripada kebaya Indonesia itu, dia memilih dandanan rambut sanggul ringkas serta riasan lipstik merah muda; bersesuaian dengan usia Harnaaz yang baru memasuki 22 tahun.
Ads
Sudah tentu, Harnaaz tidak melupakan mahkota Miss Universe-nya yang dikenali sebagai Power of Unity itu. Mahkota emas 18 karat yang ditabur dengan berlian putih dan tiga berlian jenis ‘canary diamond’ keemasan tampak cocok sekali dengan warna gaun kebayanya.
Turut menyarungkan busana inspirasi kebaya Indonesia ialah para peserta Top 3 Puteri Indonesia 2022 iaitu Laksmi De Neefe (Puteri Indonesia 2022), Cindy May McGuire (Puteri Indonesia Lingkungan 2022) dan Adinda Cresheilla (Puteri Indonesia Pariwisata 2022).
Terdahulu, Anne Avantie pernah menyarungkan rekaannya pada tubuh Miss Universe Indonesia 2020, Ayu Maulida; Miss Supranational Indonesia 2021, Jiane Almira dan Whulandry Herman sewaktu hari pernikahannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama fesyen antarabangsa terkenal, Chanel baru sahaja mengumumkan pelantikan Charlotte Casiraghi sebagi duta dan jurucakap jenama tersebut. Anak kepada Caroline, Princess of Hanover tersebut dilihat cukup kerana latarbelakang keluarganya yang sememangnya dekat dengan sejarah jenama fesyen tersebut.
Sebelum pelantikan ini lagi, dia bukanlah wajah asing bagi jenama ini. Sejak kecil lagi dia sudah didedahkan kepada jenama tersebut sementelah ibunya merupakan sahabat baik, mendiang Karl Lagerfeld yang merupakan pengarah kreatif jenama tersebut sebelum ini.
Gambar Charlotte Yang Difoto Oleh Karl Lagerfeld. Sumber Gambar: L’Officiel
Cucu kepada Princess Grace Kelly dan Prince Rainier III of Monaco ini ternyata mewarisi keayuan dan juga kecantikan mendiang nendanya yang merupakan seorang pelakon dan juga sosialit Hollywood sebelum menjadi sebahagian dari keluarga DiRaja Monaco.
Dalam satu temubual beliau berkata, “Ini adalah seolah-olah saya dilahirkan bersama Chanel. Saya terfikirkan gambar-gambar ibu saya dalam balutan busana Chanel yang diambil ketika dia mengandungkan saya yang mana foto tersebut dirakam sendiri oleh Karl Lagerfeld. Paling baru momen yang mana, busana perkahwinan yang saya sarungkan merupakan antara rekaan terakhir koleksi Haute Couture olehnya.”
Dalam peranan barunya ini, beliau akan menjadi bintang menghiasi kempen fesyen selain menumpukan kepada kerja kebajikan dan kemanusiaan menerusi jenama fesyen mewah ini. Beliau akan merasmikan program yang meraikan penulis-penulis wanita dan kempen tersebut akan dilakukan sepanjang tahun 2021.
Wanita anggun berusia 26 tahun ini merupakan seorang veteran dalam pertandingan ratu cantik di Thailand. Memiliki nama penuh Veena Praveenar Singh, dia merupakan rakyat Thailand yang berdarah India yang mana dia dilahirkan dan dibesarkan di negara gajah putih itu.
Dengan ketinggian 178cm dan berwajah fotogenik, dia sentiasa menjadi perhatian tatkala menyertai pertandingan ratu cantik. Pada tahun 2018 dia menyertai Miss Universe Thailand dan berjaya berada di kedudukan lima terbaik, dua tahun kemudian pada 2020 dia sekali lagi mencuba nasib dan terpaksa akur berada di kedudukan naib juara.
Ramai yang menyarankannya agar menyertai sekali lagi supaya berjaya mewakili negara. Namun nampaknya hasrat itu terpaksa dilupakan kerana Veena sudah memilih untuk menamatkan zaman bujang bersama lelaki pilihannya awal bulan ini.
Memilih tarikh 02.02.2022, dia yang berasal dari bandar Chiangmai ini telah mengikat tali pernikahan bersama jejaka pilihan hati, Charoen Singh. Charoen merupakan seorang usahawan dan memiliki sebuah agensi pemasaran digital.
Sudah jadi adat dalam satu-satu perkahwinan, busana yang digayakan pasti menjadi perhatian. Pasangan sama cantik dan sama padan ini berkahwin dalam persalinan yang cukup menawan. Veena tampil cantik dalam persalinan tradisi dan juga moden manakala Charoen pula tampak segak di samping isteri tercinta.
Sebagai peserta ratu cantik, semestinya Veena tidak kalah dalam bergaya. Dua busana moden yang digayakannya mencetuskan nuansa stail yang mewah dan bersahaja. Kedua-dua busana rekaan Venus Couture benar-benar menyerlahkan auranya sebagai ratu sehari.
Busana pertama iaitu gaun kembang dengan olahan leher tinggi dengan bahu gelembung berlengan panjang penuh renda memercik nilai kemewahan yang agung. Gaya ini disudahi dengan layah panjang meleret memberikan elemen dramatik nan elegan.
Untuk busana moden yang kedua dia memilih menggayakan gaun kemban potongan duyung dan disertakan bersama layah pendek. Gaya ini mencetuskan rasa yang lebih relaks dan juga harmoni. Sebagai individu yang berdarah India, semestinya busana tradisi turun-temurun tidak dilupakan. Veena dilihat anggun menggayakan lehenga berona merah penuh perincian lengkap aksesori sarat dan selendang bersulam benang emas.
Selamat pengantin baru editorial Remaja ucapkan kepada pasangan sama cantik dan sama padan bagai pinang dibelah dua ini.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah beberapa buah sekolah rendah dan menengah ditutup ekoran pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang Johor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pula menjadi ‘mangsa’ terbaru penutupan.
Ia diputuskan oleh pihak pengurusan universiti tersebut dan akan mula dikuatkuasa bermula 13 hingga 17 Mac hadapan. Ini bagi memastikan tiada pelajar UiTM yang terkesan dengan isu ini.
Pada masa yang sama, pelajar juga diarahkan untuk memakai topeng muka dan mengambil langkah berhati-hati jika melakukan aktiviti luar. Selain daripada UiTM, sebanyak 11 buah lagi sekolah baru dalam radius 3 kilometer juga ditutup serta-merta pada hari ini.
Bagi korang yang berada sekitar kawasan Pasir Gudang, ini adalah antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelak menjadi mangsa bencana.
01
Selalu peka dengan keadaan sekitar seperti bau tengit semasa waktu angin kuat.
02
Pantau kesihatan sendiri dan orang di sekeliling terhadap simptom pedih mata, loya, muntah, sakit dada, sesak nafas dan pening. Jika ada yang terkesan, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.
03
Rawatan kecemasan jika kritikal termasuklah mandi dengan kadar segera, longgarkan pakaian yang ketat, memberi bantuan pernafasan untuk kes sakit dada dan sesak nafas. Apapun, rawatan sebenar perlu didapatkan daripada pakar selepas itu.
04
Mandi sekerap mungkin jika perlu berada di luar kerana ada kemungkinan sisa kimia pada badan.
05
Jika tidak boleh berpindah untuk sementara waktu, pastikan korang menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE). Contohnya seperti ‘Hald Facepiece Respirators with Multigas Catridge’. Penggunaan face mask N95/R95, surgical mask dan general purpose face mask tidak sesuai untuk menangani pencemaran kimia.
06
Akhir sekala, jangan sebarkan apa-apa maklumat yang tak sahih!
Pastikan informasi didapati daripada kenyataan media, Jawatankuasa Bencana Kerajaan Negeri Johor, kementerian dan agensi terlibat
Sumber: Astro AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.