Setelah kira-kira dua tahun pentas Puteri Indonesia sepi dek pengunduran negara seberang itu daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Universe 2021 yang dlangsungkan di Eilat, Israel; akhirnya kelmarin seorang juara baharu telahpun dimahkotakan sebagai Puteri Indonesia 2022.

Wakil dari Bali itu dikenali sebagai Laksmi Shari De Neefe Suardana yang juga merupakan anak kepada penganjur acara Ubud Writers Festival di Bali, Janet De Neefe.

Jelitawan Bali Rangkul Gelaran Puteri Indonesia 2022 Dengan Jawapan Bijak Ini

Jelas terpancar keceriaan pada wajah Laksmi sesudah dirinya mengenepikan saingan 43 orang gadis lain yang mewakili 34 provinsi dari seluruh Indonesia.

Memasuki segmen utama pertandingan tersebut iaitu segmen soal jawab bagi tiga peserta terbaiknya, Laksmi telah menerima soalan daripada Penasihat Utama Yayasan Puteri Indonesia; Putri Kuswisnu Wardani yang berbunyi;

IKLAN

“Apakah pernah ada pengalaman dalam kehidupan kamu yang ingin kamu ubah. Sama ada ya ataupun tidak, jelaskan jawapan kamu,” katanya.

Jelitawan Bali Rangkul Gelaran Puteri Indonesia 2022 Dengan Jawapan Bijak Ini

Jelitawan Bali Rangkul Gelaran Puteri Indonesia 2022 Dengan Jawapan Bijak Ini

Ini merupakan jawapan Laksmi dalam bahasa Inggeris yang memahat nasibnya sebagai juara Puteri Indonesia 2022:

IKLAN

“Saya tidak pernah memiliki pengalaman lampau yang buruk dan saya sesali sebelum ini. Saya percaya dunia ini sudah direncanakan untuk saya dan ia membantu saya berkembang menjadi seorang insan yang lebih kuat, bijak.

“Itulah sebab mengapa saya mampu berdiri di sini pada malam ini, berkat pengalaman telah mengajar saya menjadi insan yang lebih baik, lebih berani. Dan saya tahu saya mampu mencapai apa-apa perkara sekalipun,” katanya.

Jelitawan Bali Rangkul Gelaran Puteri Indonesia 2022 Dengan Jawapan Bijak Ini

Sebaik sahaja menyampaikan jawapan tersebut, juri sebulat suara memilih Laksmi sebagai Puteri Indonesia 2022 sekaligus akan mewakili Indonesia ke pentas Miss Universe 2022 kelak. Naib Juaranya pula ialah Cindy May McGuire yang sekaligus menggalas gelaran Puteri Indonesia Lingkungan 2022 manakala peserta kegemaran, Adinda Chresheilla dari Jawa Timur pula di tempat ketiga lalu menggalas gelaran Puteri Indonesia Pariwisata 2022.

IKLAN

Turut memeriahkan malam kemuncak kelmarin ialah Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India, Naib Juara Miss Supranational 2022, Karla Guilfu Acevedo dari Puerto Rico dan Miss International 2019, Sireethorn Leearamwat dari Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN : [FOTO] 10 Gaun Inspirasi Kebaya Yang Pernah Disarung Oleh Miss Universe Di Puteri Indonesia – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI