Lagu Raya sudah diputar berulang kali di corong-corong radio. Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir dengan kita. Kemeriahan perayaan setahun sekali kini makin dirasai.
Tapi kecoh pula di media sosial baru-baru ini apabila dakwaan seorang individu, seperti yang disiarkan dalam sebuah portal bahawa Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan disambut pada awal satu hari iaitu Isnin, 2 Mei.
Malah hal ini juga tidak tepat dan sengaja direka untuk mengelirukan orang ramai.
Agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka dalam satu kenyataan berkata, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar, sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443 H diterima dan selesai dilakukan.
Ads
Menerusi kenyataan di Facebook, pihaknya juga berkata kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (rukyah dan hisab).
“Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443 Hijrah di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh Malaysia.
Ads
“Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443 Hijrah.
“Keputusan kenampakan hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” kata pihaknya.
Foto Via Astro Awani
Terdahulu, tular sebuah mesej yang mendakwa bahawa data yang diperoleh daripada Pejabat Almanak Nautika Baginda (UK) menunjukkan ketinggian dan pemanjangan anak bulan baharu pada waktu matahari terbenam bagi Kuala Lumpur adalah masing-masing lima darjah dan tujuh darjah, lapor Kosmo.
Ads
Dakwa mesej itu lagi, hilal baharu kelihatan walaupun tidak dapat dilihat kerana cuaca buruk.
“Hari raya tahun ini mungkin akan berubah dan awal sehari dari yang tertera di kalendar. Raya akan disambut pada Isnin, 2 Mei dan bukannya 3 Mei yang semua maklum,” dakwa mesej itu.
Korang pun jangan sebarkan berita yang tidak pasti tau…
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi penggemar minuman bubble tea, lepas ni korang bolehlah dapatkan minuman Tea Live secara 24 jam di rangkaian 7-Eleven yang terpilih di Lembah Klang.
Tak perlu nak tunggu jam 10 pagi waktu shopping mula beroperasi, korang boleh terus serang kedai 24 jam 7-Eleven kerana menurut Tea Live Asia, tiga minuman eksklusif Tea Live bakal dijual dibebarapa cawangan 7-Eleven.
Antara pilihan minuman yang ada termasuklah:
• Signature Milk Tea with Konjac Jelly – Rm5.50
• Original Milk Tea with Konjac Jelly – RM5.00
• Superior Coco – RM5.00
Senarai 10 Outlet 7-Eleven yang terpilih:
1. Plaza Berjaya, KL
2. Wisma Bukit Bintang
3. Sidewalk Island Ansa Hotel, KL
4. Changkat Thambi Dollah
5. KL Sentral
6. Nu Sentral
7. Berjaya Times Square (1st Floor)
8. Berjaya Times Square (LG Floor)
9. Berjaya Times Square Hotel
10. Kenanga Wholesale City
Lepas ni, kalau rasa teringin je boleh terus cari di 7E. Tak kisahlah kalau dah pukul 1 pagi pun. Mudah kan? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keyakinan diri adalah apabila seseorang itu berasa yakin dan percaya terhadap diri sendiri untuk berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan. Justeru itu, dengan mempunyai keyakinan diri, ia dapat membantu kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik dalam menghadapi pelbagai keadaan.
Tapi kalau terlalu tinggi keyakinan dalam diri macam mana pula? Takut pula dilabel ‘perasan’.
Baru-baru ini, seorang usahawan muda mengelar dirinya sebagai remaja paling kaya di Malaysia sehingga mencetuskan reaksi dan kritikan ramai. Founder produk minuman kesihatan dari Kelantan, Ayunie memuat naik video di laman TikToknya, kelihatan dia sedang menyambut kedatangan produknya yang baru restock semula dengan menaiki sebuah lori.
Paling kaya pada usia 19 tahun
Yang menjadi perhatian netizen apabila usahawan muda ini mendakwa dia adalah remaja paling kaya di Malaysia tidak sama seperti dengan remaja lain yang sedang bertungkus lumus habiskan pembelajaran mereka di kolej pada usia 19 tahun.
Susulan itu, ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan berani usahawan tersebut yang sangat berkeyakinan tinggi menyatakan dirinya adalah remaja paling kaya berbanding dengan remaja seusianya.
Malah, netizen turut menasihati gadis ini agar merendah diri kerana itu lebih baik.
Keyakinan diri bukan sahaja keyakinan untuk berdiri di khalayak ramai, malah keyakinan diri untuk mencuba sesuatu yang baru, menghadapi dan mengatasi masalah dan juga mencipta kejayaan. Apa-apapun, penulis puji keyakinan dan kesuksesan gadis ini dalam perniagaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aloe Vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya merupakan antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman. Jangan tak tahu, isinya juga boleh dimakan!
Perkongsian Ibrisam Wossali untuk mengolah aloe vera ini menjadi jeli yang boleh digunakan dalam minuman ala-ala Nata De Coco yang sedap dicampurkan bersama segelas air minuman.
Cara olah pokok aloe vera jadi jeli
Petang tadi ambil 5 pelepah aloe vera untuk buat campuran dalam minuman kegemaran saya, sirap ais lemon + gel aloevera.
Ini cara saya memproses aloe vera. Setiap orang ada cara yang tersendiri.
1. Basuh sehingga bersih pelepah aloe vera (jangan guna pokok aloe vera berbintik kecil, yang ini tak boleh dimakan).
2. Kerat jadi beberapa bahagian. Buang duri di kiri dan kanan pelepah.
3. Pelepah aloe vera tadi direndam dalam air garam. Ia bertujuan utk membuang getahnya yang berwarna kuning. Biarkan dalam beberapa minit.
5. Sediakan air garam dan air kapur sirih. Selepas potong dadu isinya terus rendam dlm air tersebut.Tujuannya untuk singkir lendir dan getah aloe vera.
6. Setelah siap potong dadu, basuh dengan air bersih. Rendam sekali lagi dalam air garam sahaja. Biarkan selama beberapa minit.
7. Kemudian basuh lagi dan rebus sekejap dalam air yang telah dididihkan dahulu. Angkat tos.
Inilah rupanya isi aloe vera yang telah siap direbus. Sedia untuk dicampurkan dalam minuman kegemaran anda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.