Bintang sensasi, Bruno Mars baru-baru ini mencuri perhatian para peminat apabila membuat kejutan istimewa di konsert BLACKPINK yang berlangsung di Los Angeles baru-baru ini.
Bagaimanapun, kemunculan pemilik nama sebenar Peter Gene Hernandez (40) itu bukan sekadar untuk menghibur, tetapi turut mencetuskan spekulasi mengenai keadaan kewangan penyanyi itu yang dikatakan berdepan hutang berjuta-juta dolar.
Kredit foto: Instagram Bruno MarsKredit foto: Instagram Bruno Mars
Menerusi sebuah perkongsian video di Instagram peribadi miliknya sendiri, Mars sempat berseloroh menyatakan bahawa selepas penampilannya bersama rakan duetnya Rosé menyanyikan lagu ‘APT’, beliau kini mampu menyelesaikan hutangnya.
“Hampir habis hutang BehhhhhBehhhhh! Hargai awak ROSAAAAYYYYYY!,” tulisnya di ruangan kapsyen tersebut.
Apa yang lebih menarik, penyanyi wanita popular itu juga sempat berseloroh dengan membalas, “ya, sama-sama” membuatkan lebih ramai peminat yang terhibur dengan gelagat mereka.
Kredit foto: Instagram Bruno Mars
Sebelum ini, muncul desas-desus mendakwa Mars berhutang sebanyak 50 juta dolar kepada syarikat kasino MGM disebabkan tabiat berjudi. Walaupun pihak MGM menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa residensi sembilan tahun Mars di kasino itu bukan disebabkan hutang, Mars seakan-akan seronok bermain dengan teori konspirasi itu.
Ads
“Saya suka mitos yang mengatakan saya ini penyanyi lounge Las Vegas yang berhutang dengan geng mafia,” kata Mars dalam sebuah temubual bersama Las Vegas Review-Journal, menunjukkan beliau tidak kisah jika cerita itu terus berlegar.
Kredit foto: Instagram Bruno Mars
Dalam pada itu, bagi peminat tegar pelantun lagu ‘Leave The Door Open’ ini, hal yang dilakukan oleh Mars mengingatkan kepada kisah Elvis Presley, yang suatu ketika dahulu ‘terpaksa’ melakukan residensi di Las Vegas kerana pengurusnya, Colonel Tom Parker, mengalami masalah kewangan.
Ads
Selain itu, Mars yang juga mula dikenali sejak kecil kerana meniru gaya Elvis, seolah-olah mengikuti jejak langkah penyanyi legenda tersebut.
Menurut Finance Monthly, nilai kekayaan Mars kini dianggarkan sekitar 175 juta dolar dan beliau menjana sekitar 90 juta dolar setahun hanya daripada residensi di Las Vegas.
Ads
Kredit foto: Instagram Bruno Mars
Malah, kolaborasi terbarunya bersama Rosé menerusi lagu ‘APT’ juga telah memecahkan rekod sebagai lagu K-Pop terpantas mencecah satu bilion di platform penstriman muzik.
Sementara itu, di media sosial pula rata-rata peminat menyambut baik gurauan Mars dan ada yang meninggalkan beberapa komen menandakan mereka terhibur dengan personaliti santai beliau.
Walau apa pun yang terjadi, sama ada betul atau tidak beliau sedang berhutang, jelas peminat tetap menganggap Bruno Mars luar biasa! just the way he is!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak dibuka pada Jun 2017, taman tema MAPS yang terletak di Ipoh telah mendapat sambutan yang tidak kurang hebatnya jika nak dibandingkan dengan taman tema lain.
MAPS atau Movie Animation Park Studios yang terletak di Bandar Baru Meru Raya, Ipoh Perak itu bagaimanapun telah dikritik oleh netizen di media sosial disebabkan harga tiket masuknya yang berada di luar kemampuan mereka.
Kerajaan negeri Perak nampaknya mendengar keluhan pengunjung apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan MAPS akan dibuka secara percuma kepada semua orang mulai 1 Mac 2019.
WHOA!
Konsep sama seperti di taman tema tertutup Genting Highland akan diguna pakai di mana pengunjung hanya perlu membayar serendah RM3 untuk bermain tarikan ataupun menonton persembahan yang disediakan.
Untuk pengetahuan korang, taman tema animasi pertama di Asia ini menawarkan lebih daripada 40 jenis tarikan di 6 zon berbeza.
Cer tengok apa yang ada..
Restoran Starship 3 Tingkat
Foto: The Star
Restoran terbesar di MAPS ini boleh memuatkan 500 orang pengunjung pada satu-satu masa.
Permainan Smurfs Pertama Di Asia
Foto: The Star
Terdapat kehadiran karakter dari filem Smurfs (Hi Papa Smurf!), persembahan Cgi 3 Dimensi Smurfs dan persembahan LIVE di animation theatre.
Penyanyi popular, Taylor Swift atau nama sebenarnya Taylor Alison Swift (37) baru-baru ini dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan bersama bintang NFL, Travis Kelce dalam sebuah majlis yang dikatakan berlangsung selama dua hari di New York City, Amerika Syarikat, dengan konsep sambutan tertutup dan juga majlis berskala besar.
Memetik laporan The New York Times, pasangan tersebut difahamkan memilih Madison Square Garden sebagai lokasi utama acara, di mana hari pertama dijangka lebih intim melibatkan sekitar 100 tetamu, sebelum disusuli majlis resepsi besar-besaran pada hari berikutnya.
Dalam pada itu, sumber yang sama turut menyatakan bahawa hari kedua sambutan tersebut akan menyaksikan kehadiran tetamu yang jauh lebih ramai, dianggarkan antara 1,000 hingga 2,000 orang, menjadikan ia antara acara selebriti paling besar pernah dianjurkan di lokasi ikonik berkenaan.
Difahamkan, Swift dan Kelce mula menjalinkan hubungan pada tahun 2023 sebelum bertunang pada musim panas tahun lalu selepas hampir dua tahun mengenali antara satu sama lain secara lebih rapat.
Sebelum ini, terdapat pelbagai spekulasi mengenai lokasi perkahwinan mereka termasuk Rhode Island, namun dakwaan tersebut telah dinafikan. Walau bagaimanapun, beberapa individu dilihat berada di kediaman Swift di negeri itu baru-baru ini, sekaligus mencetuskan andaian ia mungkin lokasi bagi majlis pra-perkahwinan seperti ‘bachelorette party’.
Sementara itu, jika benar Madison Square Garden menjadi lokasi rasmi, Swift tidak mempunyai masalah daripada segi kewangan untuk merealisasikannya. Ini kerana penyanyi yang popular menerusi lagu hit seperti Love Story, Cruel Summer, Fortnight dan Wildest Dream itu kini berada pada kedudukan sangat kukuh dalam industri muzik global.
Untuk rekod, Taylor Swift kini memiliki nilai kekayaan bersih sekitar AS$2 bilion pada Mac 2026, sekaligus mengekalkan statusnya sebagai antara figura paling berpengaruh dalam industri hiburan dan muzik dunia hasil kejayaan luar biasa jelajah konsert Eras Tour serta strategi perniagaan semula rakaman katalog muziknya.
Penyanyi itu sebelum ini berjaya mengukuhkan kawalan terhadap hasil karya muziknya sendiri selepas mengambil langkah merakam semula beberapa album lamanya yang memberi kesan besar terhadap aliran pendapatan serta hak miliknya sebagai artis.
Sumber: The New York Times
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berbanding beberapa ahli F.T. Island lain seperti Lee Hongki dan Jong-hoon yang lebih terbuka mengenai hidup peribadi mereka, Choi Minhwan dilihat lebih pentingkan privasi.
Selain foto bersama ahli band-nya dan selfie, Minhwan jarang berkongsi foto lain di Instagram. Oleh sebab itu, pemain drum F.T. Island ini mencuri tumpuan apabila selamat dikahwinkan kepada isterinya, Yulhee pada hujung minggu lalu.
Kedua-duanya mengikat tali perkahwinan pada hari Jumaat dalam sebuah majlis tertutup di Seoul. Dan pasangan sama cantik, sama padan ini juga mengumumkan mereka telah menjadi ibu-bapa kepada seorang anak lelaki sejak bulan Mei lalu.
Menurut kenyataan rasmi FNC Entertainment, mereka mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang memberikan ucapan tahniah kepada Minhwan.
Cantik pulak solekan bibir gelap pada pengantin.
“Selain dihadiri oleh keluarga pengantin lelaki dan perempuan serta rakan mereka, majlis turut dihoskan oleh ahli F.T. Island, Seunghyun. Sementara itu, Jaejin dan ahli N.Flying iaitu Lee Seung Hyub dan Yoo Hwe Seung juga sempat menyanyikan beberapa lagi.”
Cuba korang lihat beberapa foto rasmi yang dikongsikan di Instagram ini, comel!
Yulhee menangis ke tu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!