
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini telah mencadangkan agar pergerakan rentas negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan berikutan situasi kes baharu COVID-19 yang masih mencatatkan angka membimbangkan.
Semalam saja, Malaysia telah mencatatkan 1,889 kes baharu berbanding 1,767 kes pada hari Selasa.

Sumber Foto: Bernama
Menurut beliau, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menerima pelbagai rayuan agar pihak kerajaan menangguhkan kebenaran untuk merentas negeri kerana enggan memburukkan lagi keadaan semasa.
“Seperti mana kita sedia maklum, kebanyakan negeri ketika ini masih di bawah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) sehingga 28 April.
“Memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil, maka pergerakan ini perlu ditangguhkan.
“Program vaksinasi pun masih dijalankan,” katanya pada sidang media hari ini semasa melancarkan buku ‘Malaysia Health Sector Response to COVID-19: Perspectives From The Field’.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Video YouTube 2018 Paling Trending Di Malaysia, Termasuk Awek Cendol!

Dah nak akhir tahun ini, lagi banyak carta ‘Best of 2019’ yang telah dikeluarkan.
Ini termasuklah video paling trending di tonton oleh netizen Malaysia di YouTube. Korang rasa video mana yang tersenarai.
10
Medley Lagu Ruffedge
Yes, kalau ada anugerah comeback pada tahun ini, that goes to Ruffedge!
09
Awek Cendol ‘Pipi Merah’
Tak tahulah berapa banyak video parodi awek cendol yang dicipta oleh netizen. Sama ada korang suka atau meluat, ayat “Alah muka merah, panas eh.” “Lapar? Tak dapat Cendol..” memang viral awal tahun ini.
08
Gimik Munafik 2 Maya Karin
Mungkin kerana Munafik 2 adalah salah satu daripada filem paling hangat diterima pada tahun ini, semua orang nak menonton kemunculan para pelakonnya. Tak sangka pulak sampai muntah darah ya Nabil!
Hehe, method acting betul.
07
Nurul Iman Suara Sedap
Walaupun menyanyi di kaki jalan, kalau rezeki Allah berikan suara yang sedap, sedap juga! Diharap selepas ni, ramai lagi anak pinggiran akan diberikan perhatian.
06
Kugiran Masdo – Bunga
Tahun 2018 memang adalah tahun Kugiran Masdo. Kami pun kecewa juga guys bila Bunga tak melangkah ke Anugerah Juara Lagu 33.
05
Dugaan Puasa Teruk Dikecam?
Disebabkan pemilik akaun Alieff Farhan ini mengecam wanita ‘berjil-boob’ dan ada memasukkan beberapa ayat yang cringe gila, netizen teruk mengecam video ini sehingga perlu disable comment-lah.
04
OST Srikandi Cintaku
Promosi filem Hantu Kak Limah memang awesome. Apa-apa yang dimuat naik seperti OST pun ditonton oleh netizen. Ke sebab Uqasha Senrose ni… hehe
03
Tayangan Awal Hantu Kak Limah
Kan dah cakap!
02
Gaya Raya Paling Ori
Setiap tahun, mesti semua syarikat berebut nak cipta video raya paling viral. Nampaknya tahun 2018 milik Astro!
01
Aku Cinta – AJL 32
Walaupun video ini dimuat naik pada Januari 2018, tapi disebabkan penangan paduan suara Erni Zakri dan Syamel, penulis sendiri pun meremang bila menontonnya semula. Setakat ini, ia sudah mencatatkan 9.7 tontonan. Boleh achieve 10 juta tak sebelum 2019?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes ‘Belasah’ Kucing Bunting Depan Rumah: Wanita Mengaku Tak Bersalah

Masih berbekas lagi kejadian seekor kucing bunting yang dipukul oleh seorang wanita sehinga mati hanya disebabkan haiwan terbiar itu membuang najis di hadapan kediamaanya di Pulau Pinang, akhir Disember lalu.
Dalam kejadian tersebut, broker hartanah berusia 51 tahun yang dikenali sebagai Hah Chong Kheng dilihat memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi hingga menyebabkan seekor mati dan seekor lagi cedera di bahagian mulut.
Sumber Foto: Sinar Harian.
Sumber Foto: Sinar Harian.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian tersebut telah disedari oleh penduduk yang kebetulan sedang duduk berehat di sebuah pondok berhampiran.
Hasil daripada aduan mereka, sepasukan pegawai Jabatan Veterinar hadir ke tempat kejadian, melakukan pemeriksaan dan mengambil bangkai serta kucing yang cedera balik ke Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar.
Hari ini, wanita tersebut dihadapkan dengan pertuduhan memukul dua ekor kucing di Mahkamah Seksyen Butterworth di bawah Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh membawa denda sehingga RM100,000 jika disabit kesalahan.
Wanita tersebut mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu dan diikat jamin RM10,000. Terdahulu, beliau telah direman selama 4 hari untuk membantu siasatan.
*
Haih, memang kejam betul tindakan wanita ini sekiranya benar didapati bersalah. Tak perlulah sampai tahap nak pukul dengan batang besi sekiranya kucing menaburkan najis di hadapan rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: Kena Cakar Kucing, Jangan Abaikan. Boleh Jadi Punca Hilang Penglihatan! – REMAJA
Antara cara termudah adalah meletakkan botol berisi air merah di hadapan rumah. Ini kerana kucing dikatakan takut untuk menghampiri warna merah. Ada juga petua orang tua-tua yang menyuruh menyiram minyak tanah di kawasan bertanah yang selalu dihampiri kucing kerana mereka tidak suka dengan bau kuat seperti ini.
Bagi korang yang penat melayan kucing yang sesuka hati ‘melabur’ ini, sudah tiba masa untuk korang menyemburkan beberapa jenis air semburan yang boleh dihasilkan sendiri di rumah. DIY je!
Jenis semburan pertama adalah campuran air, cuka dan sedikit sabun cecair. Semburan jenis campuran air dan peluntur pun popular kerana ia mempunai bau yang kuat.
Sekiranya korang tidak berapa gemar dengan bau kuat clorox dan cuka, tempatkan saja daun serai wangi di kawsan luar dan dalam rumah kerana ia boleh menghalau haiwan dan serangga.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelajar Luar Negara Puji Kerajaan & Frontliners Atas Tahap Kecekapan Uruskan Individu Kuarantin

Jika sebelum ini masyarakat Malaysia di’momokkan’ dengan perangai kluster oversea yang menjengkelkan, namun tidak semua mereka yang dari luar negara berkelakuan seperti itu.
Seorang pelajar jurusan Ekonomi di United Kingdom (UK) antaranya yang memuji kecekapan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia serta usaha yang diberi oleh barisan hadapan ketika menjalankan tugas menguruskan mereka yang baru pulang dari luar negara.
Shacind Ananthan berkongsi kisahnya di Facebook dan disebabkan postingnya itu menjadi viral, dia juga telah ditemu bual oleh stesen Bernama.
Jelasnya, sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 April, mereka disambut mesra oleh dua anggota beruniform yang sentiasa mengingatkan tentang jarakan sosial satu meter dan membawa mereka ke sky train.

Setiap pusat pemeriksaan, terdapat sekurang-kurangnya seorang atau dua pekerja yang melaksanakan tugas mereka dengan dedikasi dan segalanya berjalan dengan lancar. Seolah-olah prosedur ini dibuat secara teliti, telah berjalan bertahun-tahun.
Selepas melepasi kaunter Imigresen, seorang pegawai memberinya borang penilaian diri iaitu dia perlu memantau dan melaporkan simptomnya setiap hari.
“Keceriaan berterusan di wajahnya apabila memanggil saya sebagai ‘adik’ membuatkan saya rasa selamat,” catatnya dan menambah persoalan yang bermain dalam fikiran mereka ialah: “di manakah mereka akan dibawa?”.

“Saya terdengar mereka berharap agar ditempatkan di hotel lima bintang di KL. Walau dalam situasi ‘sekarang’, rakyat Malaysia masih mengharapkan kemewahan dan keselesaan, bukan?.
“Anggota polis dengan sopan menjawab bahawa dia tidak pasti di mana kami akan ditempatkan untuk dikuarantin, tetapi memberi jaminan kami akan tetap mendapat tempat yang baik,” kata Shacind dan menambah beliau sangat kagum dengan kecekapan setiap pegawai.
Setiap bilik tempat mereka dikuarantin, disediakan dua kotak air botol, beg plastik untuk pakaian kotor dan beg besar dipenuhi kopi dan makanan ringan, serta turut disediakan makanan berkhasiat tiga kali sehari, semuanya percuma.

Pasukan kuarantin itu turut memasukkan mereka dalam grup WhatsApp, dan mereka tidak putus-putus dibanjiri pesanan berbaur harapan, optimistik dan penghargaan untuk petugas barisan hadapan yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka.
Jelasnya lagi, dia menulis keterangan ini kerana menganggap Malaysia antara negara yang paling proaktif dalam menangani ancaman COVID-19. Oleh itu saya menyeru ‘armchair economists’ di rumah yang hanya pandai bercakap – pembantah berterusan – jika anda tidak dapat mengiktiraf kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan, sekurang-kurangnya janganlah jadi penghalang.
Nah, begitu matang sekali kenyataan yang diberikan oleh pemuda berusia 18 tahun ini. Sebenarnya kerajaan kita sudah melakukan sehabis baik demi menjaga kebajikan setiap rakyatnya. Jika mahu dibandingkan dengan negara lain, tidak keterlaluan jika kami katakan Malaysia adalah antara yang terbaik dalam menangani situasi sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


