Kalau korang OTW balik ke rumah petang tadi dan asyik terdengar lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza asyik dimainkan di radio, mesti korang dapat agak yang hari ini merupakan hari kelahiran ke-39 penyanyi nombor satu negara itu.
Sekarang, cantik, ceria dan glowing je Tok Ti kalau kita melihat beliau di posting Instagram, di kaca televisyen, akhbar dan muka hadapan majalah. Iyalah, seri bakal ibu orang kata.
Tapi sebenarnya sejak Tok Ti mula menjadi penyanyi selepas memenangi pertandingan Bintang RTM 1995 pada usia 16 tahun saja, Tok Ti memang pandai untuk menjaga kecantikan wajah dan aura sebagai seorang selebriti.
Tak percaya? Cuba korang tengok setiap kali Tok Ti menghiasi cover majalah REMAJA dahulu:
Majalah Remaja September 2002
Tot Ti nampaknya bercerita tentang impian hidupnya. Mungkin tengah merancang untuk membuka empayar kosmetik kot. Pada bulan ini, beliau baru saja selesai dengan persembahan secara langsung lagu ‘Badarsila’ di Anugerah Era 2002.
Ads
Imej dengan lilitan shawl ringkas atau bandana juga amat popular pada masa ini, terutamanya foto Jennifer Lopez untuk album ‘This Is Me Then’ dan foto Christina Aguilera untuk album ‘Stripped’.
Majalah Remaja Januari 2003
Isu khas untuk mengenengahkan isu kecantikan, Tok Ti berkongsi rahsia dan petua yang diturunkan oleh ahli keluarga beliau sejak dulu. Ada juga terselit segmen khas bersama Maybelline yang menjadikan Tok Ti sebagai duta mereka pada waktu itu.
Ads
Pada tahun ini, Tok Ti tersangatlah sibuk dengan persembahan baik di dalam negara mahupun di luar. Antara yang sempat dijayakan oleh beliau adalah persembahan LIVE in Japan ‘Treasure The World’, LIVE in Indonesia TransTV dan HMI untuk RTM.
Tok Ti pun sempat untuk melancarkan album E.M.A.S dua bulan selepas majalah REMAJA isu Januari ini dikeluarkan
Majalah Remaja Julai 2003
Ads
Wow, lain sangat Tok Ti dalam cover ini berbanding cover beliau pada bulan Januari! Isi kandungannya menjawab persoalan Tok Ti yang kononnya dikaitkan dengan berita ‘kacang lupakan kulit’ dan skandal cinta.
Majalah Remaja Jun 2004
Tok Ti nampaknya memang tak dimakan zaman, semakin muda! Dah macam Benjamin Button pula kami tengok hehe. Mengenakan fesyen rambut bertocang, Tok Ti nampaknya sudah mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.
Pada tahun ini juga, Tok Ti banyak mencapai kejayaan yang kami rasakan masih merupakan antara yang terhebat dalam sejarah karier beliau. Antaranya, penganjuran konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, kemenangan hebat di Anugerah Planet Muzik, persembahan di Golden Melody Awards Taiwan sebagai artis pertama bukan berbangsa Cina dan pengeluaran album favourite ramai, Prasasti Seni.
REMAJA ambil kesempatan ini untuk mendoakan agar Tok Ti sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan, kegembiraan dan comel je selalu okay! Amin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekali lagi, UNIQLO memahami citarasa remaja di Malaysia apabila kembali dengan koleksi batik kapas untuk Aidilfitri, tahun ini.
Siapa kata batik sudah ketinggalan zaman?
Ia merupakan pakaian yang mudah dibawa ke mana-mana dengan penuh selesa. Corak batik cetak ala Indonesia ini juga menerapkan warna lembut di samping potongannya yang agak longgar bagi menjamin keselesaan semasa membasuh pinggan. Banyak kan nak basuh!
REMAJA amat menggemari alternatif yang disediakan oleh UNIQLO ini bagi meraikan lebaran. Iyalah, bukan semua di antara kita merupakan peminat baju kurung moden dan kebaya. Tambahan pula dengan musim Perintah Kawalan Pergerakan Berkala (PKPB) yang mengehadkan perancangan kita untuk berhari raya. Lamberrtt lagi nak bergaya sakan.
Bagi yang ingin rasa santai, penulis mengesyorkan korang memadankan blaus kapas bermotif batik daripada UNIQLO ini bersama skirt midi/maxi ataupun seluar berpotongan skinny. Personally, penulis gemar jika ia dipadankan dengan seluar flare berwarna solid untuk memberi ilusi oversized.
RM79.90
Bagi peminat lelaki UNIQLO, korang juga tidak dilupakan apabila jenama itu sekali lagi mengeluarkan pilihan kemeja batik cetak untuk korang gayakan – bukan sahaja semasa musim perayaan Aidilfitri malah sepanjang tahun.
Ia datang dalam 4 pilihan corak dengan kolar kecil bagi injeksi gaya moden.
RM79.90 setiap satu.
*
Amacam, onz ke tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak semua orang suka travel ‘level atas’ dan mahal-mahal je.
Ada juga ramai remaja yang bercuti sambil melakukan aktiviti menarik seperti sukan ekstrem.
Antara yang memang awesome adalah pengembaraan yang dilakukan oleh beauty influencer popular, Mong Chin di 6 buah negara ASEAN. Cer tengok, ada tak yang pernah korang cuba sebelum ni?
01
Standard Chartered Marathon, Kuala Lumpur
Mong Chin akan berlari dengan pelari seluruh dunia untuk acara larian paling dinantikan di Malaysia. Kalau korang pernah join, mesti tahu sepayah mana preparation yang diperlukan dari segi fizikal dan mental.
02
Air Terjun Buo Ton, Thailand
Khas buat pencinta trekking di hutan. Di Chiang Mai, Mong Chin perlu mendaki air terjun Bua Ton yang unik. Bukan je cantik di sana, tetapi pengunjung perlu memanjat batu-batu licin dan melawan arus air sungai yang deras.
03
Hash Hound Harriers, Vietnam
Kalau di Hanoi Vietnam, korang boleh ikut Mong Chin sertai Hash Hound Harriers iaitu sebuah kelab larian tempatan di sebuah kawasan kampung. Korang perlu ikuti trek ekspedisi yang ditentukan oleh ‘Hares’ sebelum sampai ke lokasi misteri.
04
Larian Rinjani 100, Indonesia
Hiker tegar mesti pernah dengar tentang larian Rinjani 100 di Lombok Indonesia. Mong Chin telah melawat gunung berapi kedua terbesar di Indonesia ini untuk larian tersebut.
Sebelum itu, korang boleh sertai larian pendek Bukit Sisek sebagai persediaan stamina.
05
Spartan Race Cebu, Filipina
Last sekali, Mong Chin teruskan pengembaraan ke Cebu, Filipina. Mong Chin sertai acara larian Spartan Sprint dan di sana, dia perlu memanjat serta merangkak melintasi api, lumpur dan pagar besi sebelum boleh habiskan larian.
Best kan aktiviti ekstrem ini. Kalau nak tengok macam mana Mong Chin habiskan semua ni, tonton Who Runs The World With Mong Chin bermula 23 Julai ini (Isnin) pada jam 9.30 malam. Hanya di saluran LIFETIME ASIA (Astro 709)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Raeesah Khan yang baru berusia 26 tahun bertanding dengan tiket Parti Buruh dan memenangi bahagian baharu yang baru diperkenalkan, Sengkang (GRC). Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Singapura terhadap Raeesah itu telah mendapat pandangan positif daripada orang kebanyakan .
Ini termasuklah ucapan tahniah yang hadir daripada ahli Parlimen Muar iaitu Yang Berhormat Syed Saddiq.
Kata beliau, “Tahniah @RaeesahKhanwpsg dan rakyat Singapura kerana meletakkan kepercayaan kepada pemimpin muda. Ini ada waktu terbaik untuk orang muda terlibat sama dalam pembentangan polisi dan mewakili negara mereka. Let’s move forward together.”
Congratulations @RaeesahKhanwpsg & Singaporeans for putting your trust in young leaders.
Exciting times for young people to get involved in policy making and representing their nation.
Jika korang masih ingat, Syed Saddiq sendiri merupakan salah seorang ahli Parlimen termuda yang pernah dilantik pada tahun 2018 pada usia 25 tahun. Seorang lagi ahli Parlimen muda yang dilantik selepas Pilihan Raya ke-14 ialah P. Prabakaran, 24 untuk kawasan Parlimen Batu.
Tahniah juga kami ucapkan kepada Raeesah Khan. Cuma kami tertanya-tanya, siapakah diri wanita muda ini?
01
Selain daripada dilantik menjadi ahli Parlimen termuda dalam dunia politik moden Singapura, Raeesah juga merupakan ahli pembangkang pertama wanita berbangsa Melayu di parlimen mereka.
02
Sebelum menceburi bidang politik, Raeesah pernah bergelar aktivis semasa usia remajanya. Apabila dia dilihat bersama-sama dengan beberapa ahli politik sejak awal tahun ini, ramai yang mula berspekulasi bahawa dia bakal menjadi salah seorang calon pembangkang.
03
Untuk pengetahuan, Raeesah juga bergelas penasihat pemasaran digital dan juga pengasas kepada Pergerakan Reya iaitu sebuah NGO yang dikhususkan untuk memperkasakan wanita menerusi program komuniti disamping membantu golongan yang memerlukan.
04
Raeesah pernah bertukar tular di Singapura apabila hashtag #IstandWithRaeesah telah menjadi trending di laman Twitter, manakala sebuah grup bernama We Stand Behind Raeesah! telah diwujudkan apabila Raeesah terlibat dalam kontroversi yang melibatkan laporan polis.
*
REMAJA menyambut baik peluang yang diberikan kepada pemimpin muda dalam dunia politik. Inilah masa untuk kita mencari calon pelapis sebagai langkah jangka masa panjang pengurusan negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!